Wednesday 30 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Hilangkan Bau Badan dengan Vitamin C Shaklee

Sebenarnya bau badan yang busuk dan tengik  ini disebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Toksin boleh berkumpul di mana-mana sama ada di bawah kulit, dalam salur darah, dan pada organ contohnya perut dan usus.Apabila kebersihan diri tidak diambil berat menyumbang kepada bau yang tidak menyenangkan.

Badan dan mulut berbau berlaku kerana proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin. Tak guna kalau sembur berbotol-botol minyak wangi tapi kita tak bantu untuk flush out toksin tu keluar daripada badan.

Bagaimana nak buang? Selain banyak minum air kosong, boleh juga ambil produk yang menggalakkan detoksifikasi secara semulajadi.

Siapakah yang sering mengalami masalah bau badan?

●    Remaja yang akil baligh kerana mengalami perubahan hormon
●    Pesakit yang obes atau terlalu gemuk kerana sering mengambil ubat khusus
●    Faktor genetik
●    Diet pemakanan - Kerap mengambil makanan berempah, minuman berkafein, bawang putih, daging, telur, kekacang dan ikan.
●    Perokok
●    Pesakit tiroid
●    Hypoglicemia
●    Pesakit kencing manis
●    Mereka yang kurang menjaga kebersihan badan
   

Makanan yang menjadi punca bau badan

●    Daging merah
●    Alkohol
●    Ikan - sesetengah orang mengalami masalah metabolisme yang menyebabkan mereka berbau seperti ikan selepas memakan ikan terutama salmon
●    Asparagus
●    Serbuk kari/jintan
●    Coffee
●    Makanan ringan yang banyak bahan perisa

Cara menghapuskan bau badan

1)    Kerap mandi - sekurang-kurangnya 2 kali sehari
2)    Memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas (cotton) dan longgar
3)    Berhenti merokok
4)    Elakkan makanan yang boleh menjadi punca bau badan
5)    Amalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan.
6)    Amalkan  pengambilan Alfalfa,herblax dan vitamin c secara konsisten.

Cadangan supplemen Shaklee untuk Masalah Bau Badan

1) Alfalfa Complex

Agen detoks yang terkenal. Ia membantu membuang toksin daripada salur darah, usus, dan hati. Perjalanan darah menjadi lancar begitu juga proses perkumuhan oleh organ hati dan perut.Pengambilan 10 biji sehari bersama dengan pengambilan air masak dalam kuantiti yang betul sangat membantu toksin dikeluarkan dari tubuh melalui organ perkumuhan seperti buang air besar dan melalui perpeluhan.

2) Herb-lax

Merangsang usus untuk melakukan proses pembersihan secara lembut dan mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus.
Selepas bantu tubuh kita menyingkirkan toksin, badan akan lebih sihat dan segar, masalah badan berbau busuk masam tiada lagi dan kita boleh bergerak dengan bebas dan yakin.Bukan itu sahaja,perut yang buncit akan semakin berkurang dan anda pasti kembali berkeyakinan.

3) Vitamin C Sustained Released

   Peningkatan Sistem Imun manusia dengan  membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun seterusnya memperbaiki kesihatan kulit supaya kelihatan lebih bermaya dan tidak kusam.

Gabungan 3 supplemen ini ternyata hebat untuk anda yang mempunyai masalah bau badan...Amalkan minum air masak secukupnya bagi membantu buah pinggang anda memproses dan membawa keluar toksin melalui urin.Air masak ni sebaiknya diminum sehingga 3 liter sehari dan jika berlebihan pun tidak memudaratkan kesihatan.

Bantu diri anda untuk bebas daripada masalah bau badan supaya orang di sekitar merasa tidak terganggu dengan masalah anda ni.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Tuesday 29 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Atasi Masalah Pigmentasi dengan Set Pigmen Shaklee

Kebiasaannya masalah pigmentasi berlaku kepada wanita yang berusia di antara 30 hingga 45 tahun. Menurut Pakar Kulit Dr Koh Chuang Keng, pigmentasi tidak boleh dirawat walau dengan menggunakan teknologi secanggih mana pun. Ia hanya boleh dikurangkan atau dihalang kemunculannya.

Kata Dr. Koh lagi yang merupakan Presiden Persatuan Dermatologi Malaysia, pigmentasi terbentuk akibat aktiviti melasma yang berpunca daripada tindakan hormon yang merangsang sel melanin pada kulit. Selain faktor hormon, genetik juga mempengaruhi masalah pigmentasi ini.

Bebaskan Wajah Daripada Pigmentasi Dengan Shaklee

Melasma ialah longgokan pigmen kulit sama ada di lapisan epidermis (lapisan atas), dermis (lapisan bawah kulit) atau kedua-duanya.

Menurut Dr. Koh, 90% wanita memiliki melasma  dan pigmentasi mungkin berwarna sedikit cerah pada awalnya. Kemudian akan bertukar menjadi semakin gelap seiring peningkatan usia. Lelaki kurang terdedah kepada masalah pigmentasi kerana hormon.

Wanita mempunyai hormon estrogen semulajadi yang akan meningkat ketika mengandung dan juga ketika terdedah kepada sinaran matahari. Bagi wanita yang mengambil pil perancang keluarga juga terdedah kepada pigmentasi kerana di dalamnya mengandungi estrogen. 

Ada sebahagian wanita melasma akan hilang selepas bersalin  (jika penyusuan badan yang berterusan). Kadang kala ia kekal pada kulit. Ada juga sesetengah wanita menghadapi masalah pigmentasi yang lebih serius selepas mengandung.

Langkah pencegahan pigmentasi:

#1 ) Guna pelindung cahaya matahari
Sunblock sepatutnya digunakan semenjak di usia remaja lagi. Jika anda mengamalkannya dari muda ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah pigmentasi malah mengekalkan kandungan kolagen daripada dirosakkan oleh sinaran ultra ungu.

Anda boleh melindungi daripada pancaran cahaya ultra ungu sekaligus mengurangkan kemunculan pigmentasi dengan cara mengurangkan aktiviti di luar dan juga pemakaian bahan yang mampu melindungi daripada sinarannya.

#2 ) Pakai payung atau topi
Jangan sesekali merasa malu untuk menggunakan payung terutama jika anda berjalan di tengah panas. Anda boleh menggantikan payung dengan topi sahaja. Ia bertujuan untuk melindungi kulit anda dari sinran ultra ungu secara langsung.

Pendedahan terhadap ultra ungu bukan sahaja menggalakkan pembentukan pigmentasi, malah ia juga boleh mengundang kepada kanser kulit. Namun keadaan itu mengambil tempoh yang agak panjang.

#3 )  Set penjagaan wajah
Gunalah set penjagaan kulit wajah yang mengandungi fungsi pencerahan dan produk yang kaya dengan vitamin C. Ia tidak dapat menghilangkan pigmentasi tetapi dapat mengurangkan kegelapan warnanya.

#4 ) Amalkan gaya hidup sihat.
Pencegahan yang terbaik dan semulajadi ialah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Minum air sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. Jangan merokok, amalkan diet yang seimbang dan lakukan senaman dalam 30 minit 2-3 kali seminggu.

VITAMIN YANG DISYORKAN

1) Vitamin C sustained released

Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

2) ESP

Kandungan protein dalam setong ESP ni berbentuk serbuk yang sangat halus dan gebu.Ianya diperbuat daripada kacang soya bermutu tinggi yang ditanam secara semulajadi tanpa diubah cara penyediaannya.Diperkaya dengan asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh manusia.

3) Vitamin E Complex

Diperkaya dan diformulasikan daripada ekstrak biji anggur yang terpilih.Pakar nutrisi mencadangkan pengambilan Vitamin C,Vitamin E dan yang mengandungi beta carotenoid seperti Carotomax untuk menggandakan kesan antioksidan dalam melawan radikal bebas.Kapsul Vitamin E ini juga boleh disapu pada tempat yang terdapat masalah pigmen.

#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
#sayapengedarsahshaklee
#shakleeTenomSabah

♡Kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Buku terpilih yang terbaik hanya dari PTS Bookcafe

Nak Beli Buku ke?

Monday 28 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Kecutkan Jerawat Remaja dengan Vitamin C Shaklee

Masalah jerawat remaja tidak  susah sebenarnya nak hilang. Kena dengan produk yang betul dan teknik yang diguna berkesan untuk mendapatkan kulit bebas jerawat.

Punca utama jerawat ialah dari dalaman seperti hormon dan keturunan. Jadi, pencuci muka adalah cara TERAKHIR untuk atasi jerawat.Masa ni bolehlah gunakan set kulit luaran iaitu Enfuselle ataupun Nutriwhite.

Kedua, kulit tidak sihat. Kulit tidak  mampu nak melawan bakteria dalam liang kulit. Bakteria ini yang akan menjadikan jerawat merah dan lebam.Masa ni ada yang kita nampak kulit menggerutu dan nampak kesan kehitaman juga.

Ketiga, produk dan cara yang salah. Kita kena tahu punca sebenar jerawat dan barulah boleh hendak mengatasinya. Setakat cuci kulit dari luar tak boleh selesaikan PUNCA TERBESAR jerawat remaja.
Macam mana nak hilangkan jerawat?

Teknik 1 : Kawal Hormon Lelaki

Atasi jerawat dari puncanya

Ramai yang tahu bahawa perempuan ada hormon lelaki yang dipanggil Testosterone. Bila hormon ni naik, jerawat akan tumbuh.

Jadi, hormon ni paling tak stabil pada usia remaja. Biasanya dalam lingkungan belasan hingga akhir 20 an.

Hormon sebabkann kilang minyak terlalu aktif. Minyak yang banyak akan terkumpul dan menggelembung.

Lepas tu, bakteria akan masuk dari bukaan liang roma dan kulit jadi merah.Sebaiknya jangan dipicit nanah pada bahagian yang berjerawat tu.Takut bakteria dari kuku akan masuk ke dalam tempat yang terluka dan mengakibatkan semakin merah dan kemungkinan bernanah.

Teknik 2: Kuatkan Daya Tahan Kulit

SET JERAWAT REMAJA

Walaupun usia masih muda tak semestinya kulit kuat melawan bakteria.  Jadi, kulit remaja boleh dikuatkan dengan mengambil vitamin C. Vitamin C ialah zat terpenting kulit.

Sebabnya, Vitamin C akan tolong kulit hasilkan kolagen. Bila cukup kolagen, kulit akan kuat dan sangat sihat.Inilah fungsi sebenar vitamin C iaitu membekalkan nutrisi bagi kulit untuk hasilkan kolagen.

Selain dari tu, bila kulit kuat, merah, lebam, luka dan parut akan sembuh dengan sangat cepat.

VITAMIN YANG SESUAI DIAMBIL.

● GLA Complex

petua kecutkan jerawat

GLA Complex berfungsi untuk bantu kawal hormon. GLA akan menstabilkan hormon dan halang jerawat dari tumbuh.

Kesannya, wajah akan kurang berminyak dan jerawat kecut. GLA ni berbentuk soft gel, tanpa bau dan mudah ditelan.

Antara kesan hebat GLA Complex ialah:

✔ Mengandungi vitamin E yang mencerah kulit jerawat
✔ Mengurangkan rasa gatal dan sakit pada jerawat
✔ Meningkatkan kadar pemulihan luka jerawat
✔ Menegangkan kulit

● Vitamin C Sustained Released

Vitamin C Plus ni sangat semulajadi dan berfungsi untuk naikkan paras kolagen dalam kulit.

Gabungan teknologi moden akan memastikan vitamin C ini kekal dalam darah untuk tempoh 5 jam selepas diambil.

Antara fungsi aktif vitamin C ini ialah:

✔ Mengecutkan jerawat dengan cepat
✔ Mencerahkan kulit jerawat
✔ Memudarkan parut jerawat
✔ Menguatkan daya tahan kulit pada radikal bebas
✔ Membantu mengatasi masalah sendi

● Zinc

Bila bercakap tentang Zinc Complex, ramai yang tidak mengetahui bahawa Zinc sangat penting utk kesihatan badan. Selain dari vitamin-vitamin, mineral seperti zinc, boron, magnesium, kalsium, zat besi dan lain-lain mineral juga memainkan peranan penting dalam kesihatan badan.

      Zinc adalah penting dalam memadamkan jerawat daripad kulit.
Ia bertindak mengawal dan menyelia jumlah testosterone di dalam badan yang memainkan peranan terbesar dalam menyebabkan jerawat.
Zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Jika anda berminat hendak mendapatkan rawatan wajah dari dalam ni bolehlah hubungi saya dan dapatkan produk perawatan dari dalam ni ya.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH :Hindarkan Keletihan dan Kelesuan Dengan Vitamin C Shaklee


♡Shaklee Family Wellness Set - Supplemen Asas Untuk Seisi Keluarga♡

♧ Shaklee Family Wellness Set merupakan set supplemen asas untuk kesihatan tubuh badan. Sesuai untuk semua peringkat umur dan sesiapa sahaja seperti mereka yang menjalani kehidupan aktif,mementingkan kesihatan, pelajar dan warga emas.

♧ Set ini memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

♧ Kebaikan Shaklee Family Wellness Set

1》  Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
2》 Membantu seisi keluarga rasa lebih bertenaga
3》  Menguatkan sistem imun anda
4》  Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot.

Cara makan herblax untuk first time ambil 4 biji selama 3 hari sebelum tidur...selepas tu hanya makan 3-4 biji 2 kali seminggu sahaja untuk detox dan kesihatan usus yang sihat.Namun jika berat anda dalam lingkungan 70 kg dan ke atas perlukan dos yang lebih.Ni kena konsultasi selepas belian la ya..

Shaklee Family Wellness Set terdiri daripada 4 supplemen asas dan merupakan vitamin yang popular, iaitu :

■ Energizing Soy Protein (ESP)��

Membekalkan 14gram non-GMO protein berkualiti tinggi (dalam setiap hidangan) yang mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh bagi mengekalkan tisu yang sihat,termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.Ia membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh dan separuh daripada jumlah keperluan kalsium harian,serta membantu membina dan perbaiki tisu badan yang rosak.

■  Vitalea Iron Formula��

Merupakan multivitamin semulajadi yang mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita sebagai pelengkap nutrisi harian. Penyediaan makanan yang tidak sihat, diet tidak seimbang, sayur-sayuran dan buah-buahan yang tercemar dengan pesticides(racun makhluk perosak),menyukarkan tubuh kita memperolehi bekalan nutrien yang sepatutnya. Ini akan menyebabkan prestasi tubuh kita merosot sedikit demi sedikit tanpa disedari. Cara terbaik untuk memastikan tubuh kita dilengkapi dengan nutrien yang diperlukan ialah melalui pengambilan multivitamin dan mineral setiap hari, kerana ia dapat menampung mana-mana kekurangan vitamin dalam badan.

■  Sustained Release Vita-C 500MG��

Satu tablet vitamin C bersamaan dengan 7 biji setengah oren asli.Vitamin C Shaklee didatangkan dengan fungsi sustained release,di mana ia akan dilepaskan secara berperingkat mengikut masa demi memastikan vitamin C tersebut kekal dalam badan,kerana vitamin C merupakan vitamin larut air dan mudah musnah.Sangat penting untuk pembentukkan kolagen,sistem imun badan,bertindak sebagai antioksidan dan sangat penting dalam melawan penyakit.

■  B-Complex��

Mengandungi 8 kumpulan vitamin B untuk memenuhi keperluan tubuh.Bertindak sebagai penjana tenaga (melalui tindakbalas glukos) di samping memberi ketenangan pada tubuh.Di sebabkan itu, vitamin B merupakan vitamin paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan.Ia mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma,tenaga dan kesihatan otak serta membantu kulit wajah kelihatan berseri dan tidak kusam.

Siapa pun anda, apa pun keperluan anda, Shaklee Family Wellness Set adalah set yang sesuai untuk semua.Anda boleh memilih untuk membuat tambahan vitamin mengikut keperluan anda.

Tips untuk anda yang masih menyusui bayi;

Tambahkan supplemen Alfalfa dan Ostematrix.

Jika anda IBU HAMIL  :  Tambahkan supplemen Ostematrix dan Omega Guard

Jika anda ada MASALAH KULIT  :

Tambahkan  Vitamin E,GLA dan Zinc 

Jika anda IBU BERPANTANG selepas melahirkan  :

Tambahkan supplemen Zinc Complex dalam rangkaian vitamin family wellness anda..

Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Info lebih lanjut...
Bolehlah berhubung terus dengan saya melalui telefon/whataspp/Emel

012-8373981
irene_adel26@yahoo.com
wwwirenevitamin.blogspot.com

SHAKLEE TENOM SABAH : Vitamin C Shaklee Bantu Kurangkan Risiko Penyakit Batu Karang

Antara Faktor Penyebab berlakunya Batu Karang

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.
Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis-jenis Batu Karang

Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

1) Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.                                                  
2) Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
3) Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
4) Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Apakah Tanda-tandanya

1) Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk.

2) Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

3) Air kencing berdarah.

4) Air kencing keruh dan berbau busuk.

5) Mual dan muntah.

6) Sentiasa terasa hendak kencing.
Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Supplemen Shaklee yg disyorkan untuk merawat/mencegah batu karang

B COMPLEX : Mengurangkan oksalat (garam) yg membentuk batu karang.

VITAMIN C : Menambah keasidan urin. batu karang tidak akan terbentuk di dalam urin yg berasid. Juga membantu penyembuhan luka dalaman.

OSTEMATRIX : mengandungi magnesium yg mengurangkan oksalat (garam) dan MENCEGAH pembentukan batu karang.

ALFALFA COMPLEX : mengurangkan infeksi dan inflamasi.

OMEGA GUARD : membakar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang.

LECITHIN : mengemulsi lemak dan minyak makanan yg dimakan dan menghalang daripada diserap oleh badan.


#SayaPengedarSahShaklee 

#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH : Gout dan Vitamin C Shaklee

▶ GOUT adalah sejenis penyakit sendi yang diakibatkan oleh kandungan asid urik yang tinggi dalam darah. Biasanya lelaki lah yang lebih berisiko untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan pun ada kaitan juga.

Bagaimana Gout Berlaku?

▶Jika banyak sangat asid urik ini akan membentuk “KRISTAL ASID URIK” pada bahagian sendi-sendi.  Asid urik adalah satu bahan hasil pemecahan sel-sel tua yang mati (DNA dan RNA) yang berlaku di dalam hati. Kebiasaannya, gout menyerang sendi pada ibu jari kaki.

Akibatnya?

  ▶  sendi akan rasa sakit
  ▶ sukar untuk bergerak
  ▶ sendi membengkak dan merah
  ▶  Inflamasi (Radang Sendi)

▶ Apa yang lebih merisaukan ianya boleh menyerang sendi-sendi lain dan boleh menyebabkan tumbuhnya gout tophus iaitu bengkak pada sendi di seluruh badan. Walaupun ia tidak menyakitkan tetapi ianya berkekalan.

▶Pesakit gout juga berisiko untuk sakit jantung dan kejadian batu karang pada buah pinggang.
Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu serangan akut iaitu secara tiba-tiba dan serangan kronik yang berpanjangan.

1)  Simptom Serangan Akut

  ▶  serangan boleh berulang-ulang
  ▶  sendi menjadi bengkak & rasa berdenyut (menyucuk) berpanjangan dalam tempoh antara 5-6 hari.

2)  Simptom Serangan Kronik

   ▶ pesakit tidak rasa berdenyut-denyut tapi tetap rasa tidak selesa.
   ▶  tempoh sakit yang lama antara 2-3 minggu.
   ▶ Biasanya pesakit terpaksa makan pain killer untuk tahan sakit.

▶ Gout dan Shaklee, pasti tak mengecewakan!

>> Antara cadangan suplement yang akan membantu mengurangkan masalah gout <<

1. ALFALFA

▶   Sifatnya yg beralkali membantu meneutralkan asid urik serta menyingkirkan lebihan asid urik dalam badan. Ia juga bertindak menyingkirkan toksin dalam badan.

2. OMEGA GUARD

▶   Kandungan omega 3 yang bertindak sebagai anti-keradangan membantu mengurangkan radang sendi dan sekaligus mengelakkan sendi dari bengkak.

3. PERFORMANCE DRINK

▶   Sangat penting bagi pesakit gout untuk mengekalkan air di dalam badan. Jika badan kekurangan air, paras asid urik semakin meningkat dan menyebabkan gout bertambah parah. Performance drink membantu mengawal kehilangan bendalir dalam badan dengan mengekalkan kesimbangan air dalam badan. Ia juga turut berperanan penting bagi mengeluarkan lebihan asid urik dalam badan. Senang cerita, kalau air tak cukup dalam badan, macam mana nak flush keluar asid urik tadi..

4. AJHT

Advanced Joint Health membantu anda untuk keselesaan sendi (Ekstrak Boswellia) dengan menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

5. VITAMIN C SUSTAINED RELEASED

Pesakit gout perlu mengambil Vitamin C secara sederhana. Kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C mampu mengurangkan 45% risiko gout.

Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan apabila pesakit mengambil air masak yang mencukupi.
Ideal dose: 500mg-1000mg sehari sahaja. Jika pesakit gout hendak mengambil melebihi 1000 mg sehari, disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Sid 1072569
Wassap 012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH : Tips Cegah Diabetes Dengan Set Diabetes Shaklee

Apakah sebenarnya Diabetes Melitus atau kencing manis itu ?

    Diabetes adalah suatu penyakit di mana tubuh tidak dapat menghasilkan insulin (hormon pengatur gula darah) atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi atau insulin tidak bekerja dengan baik. Oleh karena itu akan menyebabkan gula darah meningkat semasa diperiksa.

   Ada 2 jenis  dalam Diabetes iaitu:

●    Diabetes type 1

Suatu keadaan dimana tubuh sudah sama sekali tidak dapat memproduksi hormon insulin. Sehingga penderita harus menggunakan suntikan insulin dalam mengatur gula darahnya. Sebagian besar penderitanya adalah anak-anak & remaja.

●    Diabetes type 2

Terjadi kerana tubuh tidak menghasilkan hormon insulin yang mencukupi atau kerana insulin tidak dapat digunakan dengan baik (resistensi insulin). Jenis ini merupakan yang terbanyak dideritai saat ini (90% lebih), sering terjadi pada mereka yang berusia lebih dari 40 tahun, gemuk dan mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga.
    
    
   Bagaimana mengetahui apakah kita menderita Diabetes atau tidak ?

    Mereka yang menderita Diabetes sering menunjukkan gejala sebagai berikut :

· Haus dan banyak minum
· Lapar dan banyak makan
· Sering kencing
· Berat badan menurun
· Mata kabur
· Luka lama sembuh
· Mudah terjadi infeksi pada kulit (gatal-gatal), saluran kencing dan gusi
· Nyeri atau baal pada tangan atau kaki
· Badan terasa lemah
· Mudah mengantuk
Gejala-gejala di atas sering dijumpai, tapi pada beberapa orang sering tidak dijumpai gejala sama sekali. Untuk memastikannya, diperlukan pemeriksaaan darah di laboratorium.

Suplemen-suplemen Shaklee yang boleh membantu mencegah diabetes:

VIVIX

Mencegah penghasilan AGE protein. Apa itu AGE protein? Ia adalah bahan merbahaya yang terhasil apabila gula yang berlebihan bergabung dengan protein di dalam tubuh badan kita. AGE protein ini boleh merosakkan pembuluh arteri dan membuatnya keras dan kaku.. Dan akhirnya pembuluh darah kita boleh meletup!!

ESP

Mengandungi rendah Glycemic Index yang boleh mengekalkan tahap gula yang sihat. Selain itu, hormon daripada kacang soya NON-GMO ini menggalakkan penghasilan hormon insulin secara semulajadi.

GLA COMPLEX

Mengandungi Omega-6 fatty acid yang boleh membantu mengurangkan kesakitan saraf yang di alami oleh pesakit diabetik.

VITAMIN C SUSTAINED RELEASED

Mencegah gula dalam sel bertukar menjadi sorbitol. Apa itu sorbitol? Sorbitol adalah sejenis pemanis buatan yang boleh menyebabkan pengembangan urat saraf. Saraf yang kembang boleh menyebabkan penyakit pada mata iaitu katarak.

VITALEA

Membekalkan nutrisi lengkap yang diperlukan oleh badan kita kerana kebiasaannya, penghidap diabetik mengalami kekurangan Chromium dan menyebabkan pengambilan gula ke dalam sel menjadi kurang efektif.

ALFALFA

Mempunyai kandungan mineral yang tinggi untuk menyahtoksik bahan-bahan yang tidak diperlukan dalam badan.

ZINC

Mempercepatkan penyembuhan luka, kerana kebiasaannya penghidap diabetik mengalami masalah luka yang lambat atau tidak sembuh sama sekali.

Diabetes pula lazimnya terjadi disebabkan rintangan insulin dimana membran sel telah rosak menyebabkan reseptor insulin tidak sensitif terhadap insulin.

Apabila binaan asas dalam tubuh rosak, atau tidak normal, inilah punca badan kita sakit..Bayangkan kalau rumah kita, tiang, atau foundation nya retak, rosak,sudah pasti rumah kita tidak lagi selamat untuk diduduki kan? Sama lah juga dengan badan kita.

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH : Vitamin C Sustained Released Bantu Hilangkan Kolesterol

Anda sering berfikir bahawa orang yang gemuk itu mempunyai kolesterol tinggi berbanding orang yang kurus?
Anda silap sebenarnya kerana komposisi kolesterol individu lain dengan yang lain sangat berbeza.Dahulu saya pun berfikiran begitu tetapi apabila saya mempelajari bagaimana kolesterol ini boleh wujud juga pada tubuh orang yang kurus,baharulah saya tahu bagaimana kolesterol wujud melalui pengambilan pemakanan yang diambil oleh kita sehari-hari. Jom baca selanjutnya ya...

Apakah Itu Kolesterol Baik Dan Kolesterol Jahat?

Tubuh memerlukan kolestrol ‘baik’ untuk berfungsi dengan sempurna. Namun, kita biasanya akan makan terlalu banyak lemak dan kolestrol sehingga menyebabkan peningkatan kolestrol jahat iaitu kolestrol LDL.

Kolestrol LDL ini mengakibatkan plak terkumpul di arteri lalu mengakibatkan sakit jantung. Anda perlu meningkat kolestrol HDL (kolestrol baik) untuk menurunkan paras kolestrol jahat kerana kolestrol baik membantu membersihkan kolestrol buruk dari darah anda. Mulakan dengan pola pemakanan yang sihat.


6 Tips Penjagaan Makanan Secara Sihat

1. Sajian Makanan Untuk Kesihatan Jantung

Penuhkan pinggan anda dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti 5 hingga ke 9 ‘potion’ sehari untuk membantu mengatasi kolestrol jahat. Antioksidan dalam pemakanan tersebut boleh membantu menurunkan paras kolestrol. Secara tak langsung, kita boleh mengurangkan pengambilan makanan berlemak. Banyakkan juga pengambilan makan yang diperkaya dengan sterol iaitu molekul organik yang terkandung dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang penyerapan kolestrol ke dalam darah.

2. Jika Sayangkan Jantung Anda, Pandanglah Ke Laut

Pola pemakanan yang sihat bagi jantung mestilah mengandungi menu ikan dalam kekerapan dua kali seminggu. Ikan kaya dengan Omega 3 yang membantu menurunkan paras ‘trigylcerides’ iaitu sejenis lemak dalam darah. Omega 3 juga membantu memperlambatkan pertumbuhan plak di arteri. Pilihan ikan seperti salmon, tuna, trout dan lain-lain adalah yang terbaik kerana mengandungi kadar Omega 3 yang tinggi.

3. Mulai Hari Anda Dengan Bijirin Oat

Oatmeal

Semangkuk oat memiliki serat dan karbohidrat kompleks yang boleh bertahan sepanjang hari. Anda akan merasa kenyang lebih lama sehingga kurang makan pada waktu lain. Gandum yang terkandung dalam bijirin oat juga dapat membantu mengurangkan kolestrol jahat dan sekaligus merupakan antara menu sihat yang penting dalam usaha anda untuk menurunkan paras kolestrol dengan cepat. Anda amat disarankan untuk mengambil bijirin oat untuk sarapan pagi kerana ianya memberikan kesan kekenyangan yang lebih lama.

4. Lemak Tak Tepu Melindungi Jantung

Kita semua memerlukan sedikit lemak dalam gizi pemakanan kita sekitar 25 ke 35 peratus dari kalori sehari. Jenis lemak yang dimaksudkan adalah lemak tak tepu seperti yang terkandung dalam minyak zaitun atau minyak safflower. Lemak ini membantu menurunkan paras kolestrol LDL jahat dan dapat meningkatkan paras kolestrol ‘baik’. Namun, elakkan pengambilan lemak tepu secara berlebihan seperti mentega dan minyak kelapa sawit kerana ianya menyumbang kepada peningkatan kolestrol ‘jahat’.

5. Lebih Banyak Makanan Berserat Tetapi Berhati-hati Dengan Karbohidrat Kekacang

Kita Memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga. Makanan berserat seperti kekacang, beras perang, gandum dan lain-lain membantu menurunkan paras kolestrol kerana mengandungi lebih serat dan kurang meningkatkan kandungan gula dalam darah berbanding dengan karbohidrat dari roti putih, beras putih dan kentang yang meningkatkan paras gula dalam darah dengan cepat dan menyebabkan anda akan cepat lapar dan berisiko untuk makan secara berlebihan dan sembrono.

6. Apa Yang Harus Dilakukan Ketika Makan Di Luar

Seelok-eloknya kita banyak meluangkan masa untuk makan di rumah kerana ianya dalam kawalan kita dan mudah untuk menjaga kadar pengambilan kolestrol. Namun, jika anda terpaksa menjamu selera di luar ianya adalah di luar kawalan kerana bukan anda yang menyediakan makanan tersebut. Namun, ia bukanlah satu alasan untuk merosakkan diet sihat anda. Ada beberapa strategi yang boleh diamalkan ketika mengambil makanan di luar:

●    Pilih makanan yang dipanggang, dikukus dan dibakar. Elakkan makanan yang digoreng.
●    Ambil sos dalam kuantiti yang sedikit dan asingkan di tepi pinggan. Tak perlu dihabiskan.
●    Belajar mengawal potion makanan anda dan biasakan untuk meminta separuh makanan dibungkus untuk dibawa pulang.

Berapa Jumlah Kolestrol Yang Diperlukan Oleh Tubuh Dalam Sehari?

Sebenarnya kolestrol ini diperlukan oleh tubuh. Menurut American Heart Association dalam sehari tubuh manusia memerlukan kolestrol baik untuk mengawal fungsi tubuh.

Tapi rata-rata rakyat Malaysia dalam sehari mengambil lebih dari sepatutnya. Anda tahu kenapa?

Vitamin C sustained released bantu pemendapan kolesterol jahat!

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

Dapatkan set kolesterol anda hari ini.Saya amat mengesyorkan kepada anda set antioksidan berkuasa seperti Vivix,phytocol st,Omega guard,Lecithin dan Vitamin C SR.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia






Saturday 26 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Kurangkan Risiko Serangan Jantung dengan Vitamin C Shaklee

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung dan Strok

Vitamin C adalah antioksidan yang sangat hebat. Ia dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan dinding arteri yang boleh membentuk plak dan mengundang risiko darah tinggi, penyakit jantung dan strok. Vitamin C juga melindungi kolestrol dari teroksida dalam aliran darah yang boleh menyebabkan penyakit jantung dan strok. Sebab itulah orang yang ada darah tinggi digalakkan ambil vitamin C untuk elakkan risiko penyakit jantung dan strok.

Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara PALING MURAH & SELAMAT menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

Sebotol Vitamin C ni sangat berbaloi kerana mengandungi 180 biji dalam sebotol dan ianya hanya RM92.50. Dapatkan lebih penjimatan dengan mendaftar ahli dan diskaun dalam 20%!

Pm/whatapp saya
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia
SID 1072569

SHAKLEE TENOM SABAH : Tips tidur berkualiti dengan Vitamin C dan Ostematrix

Anda sukar tidur lena? Tidur - tidur ayam selama beberapa hari ni ataupun mungkin lebih hari lagi?Saya pun pernah mengalami masalah ni apabila sudah tidur tapi bila tetiba terjaga sukar mahu tidur semula..Akibatnya keesokkan hari nya kepala rasa pening,tekanan darah rendah dan rasa kurang rehat.Nasib baik saya telah bertemu dengan supplemen ni..Syukur Puji Tuhan♡♡♡♡

Sukar tidur atau Insomnia terjadi apabila seseorang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam.

Ciri Insomnia :

●    Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

●    Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

●     Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep) Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

Beberapa kajian menunjukkan yg insomnia dikaitkan dengan kekurangan MAGNESIUM. Magnesium ini adalah mineral yg membantu otot dan saraf kita lebih rileks yang turut membantu kita untuk tidur dengan lebih lena.

Pada orang yang lebih berumur, menurut kajian yang dibuat, penambahan supplemen MAGNESIUM telah menunjukkan perubahan pada kualiti tidur dengan mengurangkan hormon kortisol yg menganggu tidur malam dengan lena, Magnesium juga boleh membuatkan kita lebih rileks dan bersifat anti stress.

Semasa kita tidur, otot dalam badan akan bergerak dan meregang untuk persediaan pada esok hari dan magnesium diperlukan untuk bekerja dengan kalsium bagi membantu otot kita mengecut dan berehat. Kalsium dalam badan membantu untuk otot mengecut dan magnesium pula membantu untuk otot rileks, bermakna tanpa magnesium otot tidak boleh berehat selepas mengecut yang membawa kepada tidur yang tidak lena dan kekejangan otot juga boleh berlaku.

Magnesium pilihan saya ialah Ostematrix! Diperkaya dengan vitamin D,Magnesium dan kalsium yang mencukupi untuk keperluan tubuh.Ostematrix ni membekalkan
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.Sebanyak 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan.

Vitamin C sustained released adalah gabungan vitamin terbaik untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.Tahukah anda vitamin c keluaran Shaklee ni berbeza dengan vitamin c di pasaran kerana "Sains pembebasan berterusan secara semulajadi".Setiap tablet mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam.Ianya dapat membantu memperbaiki insomnia,stress dan masalah berkaitan mental seperti keresahan @ depresi.

Jika anda mempunyai masalah tidur yang sering terganggu,inilah suplemen yang sangat sesuai diambil oleh anda.

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Wednesday 23 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Psiorasis dan Shaklee

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisasi melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Psoriasis adalah penyakit autoimun yang mengenai kulit, ditandai dengan sisik yang berlapis berwarna keperakan, disertai dengan penebalan warna kemerahan dan rasa gatal atau perih. Bila sisik ini dilepaskan maka akan timbul bintik perdarahan di kulit dibawahnya.

Supplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex

Mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation. Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E Shaklee

Mengandungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sangat bernilai dan istimewa.Vitamin E shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yang merosakkan sel.

Selenium yang terkandung dalam Vitamin E membantu badan dengan:

● Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel.
● Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:

-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) B complex Shaklee

Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka B complex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee

Interferon semulajadi terbaik. Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag

5) Omega Guard Shaklee

Adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis.

6) Vivix Shaklee

Adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH :Alfalfa Bantu Cegah Badan Berbau

Badan berbau? Masalah ni sangat menyeksakan terutama bagi wanita.Usah risau,Alfalfa Shaklee boleh selesaikan masalah badan berbau.

Masalah bau badan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberikan kesan rendah diri kepada pemilik badan berbau. Kalau pun berwajah cantik, tampan atau segak bergaya, tetapi memiliki masalah bau badan, sudah tentu ia boleh menyebabkan rasa rendah diri kepada empunya diri. Orang sekeliling yang berurusan dengan mereka juga sudah tentu berasa kurang selesa. Jadi, sebelum masalah ini berlarutan, saya ingin berkongsi tentang suplemen yang mampu menyelesaikan masalah badan berbau ini.

Tapi, sebelum itu kita perlu tahu apa punca utama masalah bau badan ini. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, sebahagian besarnya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Sekiranya ada masalah seperti sembelit dan sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan boleh menyebabkan bau badan yang kuat.

Selain itu, tabiat banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar peluh yang sangat aktif.

Cara Atasi :

1. Mandi dengan lebih kerap setiap hari. Kalau biasa mandi 2 kali sehari, apa kata selepas ini cuba mandi 3-4 kali setiap hari..tapi larat ke nak mandi banyak-banyak kali setiap hari?

2. Elakkan diri daripada banyak makan makanan yang kuat berbau seperti rempah ratus dan bawang putih.

3. Pakailah deodoron yang sesuai dengan badan sendiri.

4. Sentiasa keringkan ketiak setiap kali selepas mandi supaya bawah lengan sentiasa kering dan mengelakkan bau keringat yang kuat.

5. Mengamalkan ALFALFA Complex Shaklee yang boleh mengelakkan sembelit serta mengeluarkan toksin daripada badan supaya dapat mengelakkan bau yang tidak enak pada badan.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

kedai online saya
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia