Showing posts with label nutriferon. Show all posts
Showing posts with label nutriferon. Show all posts

Monday, 26 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Rawat Demam Kepialu dengan Shaklee

Apa itu Demam Kepialu @ tifoid ?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah,urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkit kepada orang lain.

Bagaimana Penularan Berlaku?

●    Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi
●    Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
●    Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi
●    Menggunakan bekalan air yang tidak bersih

Bahaya demam kepialu ini boleh menyebabkan:

1)    Bahagian usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan boleh menyebabkan pendarahan
2)    Bakteria yang masuk ke dalam sistem darah boleh menyebabkan komplikasi di organ-organ lain selain usus
3)    Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan secukupnya

Tanda-tanda anda menghidapi demam kepialu

Demam kepialu mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan segera.

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas, Sebaik-baiknya masak sendiri di rumah dan dapatkan bekalan air yang bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu

Di antara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil Vitamin E atau Vitamin C bagi tujuan menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang dan anda perlu menyimpan atau makan bila perlu iaitu Nutriferon iaitu suplemen yang dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. Bukan setakat demam kepialu sahaja, serangan bakteria dan virus lain dapat dicegah dengan pengambilan secara berterusan vitamin ini.Garlic complex pula dapat dijadikan sebagai antibodi untuk kesejahteraan secara keseluruhan.Malah serangan jerebu juga dapat dikurangkan.

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi.

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya di masa hadapan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat.

Hubungi saya perunding kesihatan Shaklee anda
0128373981 Irene
Penghantaran seluruh Malaysia

Sihat itu kekayaan

Saturday, 24 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Rawat Penyakit Kencing Tikus dengan Shaklee

Apa itu Leptospirosis atau Penyakit Kencing Tikus?

Leptospirosis atau Penyakit kencing tikus merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir.

Sumber:wiki

Tanda-tanda/Komplikasi Penyakit kencing Tikus

■    Sakit kepala yang melampau
■    Demam
■    Sakit otot dan sendi
■    Mata merah
■    Leher tegang
■    Kerosakan hati
■    Pendarahan usus dan peparu
■    Denyutan jantung yang tidak sekata atau kegagalan jantung
■    Kegagalan fungsi buah pinggang R
■    Ruam kulit
■    Loya, muntah, sakit di bahagian abdomen dan cirit- birit

Rawatan untuk penyakit kencing tikus

●    Menghentikan ejen penyebab dan melawan semua komplikasi yang mungkin berlaku Antibiotik dan penicilin mungkin diperlukan
●    Glucose dan larutan garam atau dialisis(bagi yang berada di tahap kritikal)
●    Penjagaan organ secara spesifik sangat penting seperti buah pinggang, jantung atau hati.

Kaedah mengurangkan risiko kepada penyakit kencing tikus

●    Cuci tutup tin minuman dengan bersih sebelum minum atau sentuh

●    Biasakan diri untuk mencuci bersih semua peralatan seperti sudu dan garfu, pinggan mangkuk dan cawan sebelum digunakan

●    Amalkan menjaga kebersihan setiap masa

●    Bersihkan diri setiap kali selepas melakukan aktiviti luar

●    Jaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal anda

Sekarang ni ada bermacam jenis penyakit dan virus..apakata anda kuatkan tahap imunisasi badan dengan NutriFeron Shaklee..tapi sebelum tu jom baca tentang Nutriferon Shaklee yang sangat hebat ni..

Nutriferon shaklee, tingkatkan sistem imun, tingkatkan antibodi tubuh

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon ialah vitamin penggalak sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan vitamin yang sanagt hebat dan sangat berkesan, ia telah melalui satu set ujian-ujian saintifik yang sangat ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Masih ingatkah pada pelawak terkenal Din Beramboi yang meninggal dunia disebabkan oleh virus kencing tikus. Simptom yang dianggap biasa sahaja hingga menyebabkan kematian.

Memang Leptospirosis boleh membawa maut apabila sistem pertahanan dalam badan kita menjadi lumpuh.

Mencegah lebih baik kan.

Sejarah Nutriferon

Nutriferon dicipta oleh ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954.

Nutriferon ni untuk siapa?

Sangat sesuai untuk anda semua yang sering jatuh sakit, demam , selsema, demam ,menghidap kanser, asma… tetapi harus diingat yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Cara Nutriferon bertindak

Nutriferon membantu mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan.

Vivix Agen antioksidan berkuasa

Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya.

Vitamin C 500mg (sustained released)

Membekalkan anti oksidan semulajadi dengan mengekalkan integriti sel.Selain itu dengan pengambilan vit c ini juga dapat memperbaiki salur darah.

Apabila anda atau ahli keluarga mengalami masalah virus kencing tikus ni segera lah ke hospital yang berdekatan dan boleh berikhtiar mengambil supplemen Shaklee ni.

Hubungi saya Perunding kesihatan Shaklee anda Irene 0128373981

#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
#ShakleeMurah
#shakleeMampuMilik

Wednesday, 23 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Psiorasis dan Shaklee

Shaklee bukanlah 'ubat' yang sering disalahtafsirkan. Shaklee adalah makanan tambahan semulajadi yang mencukupkan nutrisi keperluan badan bagi menjamin kesihatan berpanjangan dan mempunyai kekuatan antibodi serta sistem imunisasi melawan sebarang penyakit secara semulajadi.

Psoriasis adalah penyakit autoimun yang mengenai kulit, ditandai dengan sisik yang berlapis berwarna keperakan, disertai dengan penebalan warna kemerahan dan rasa gatal atau perih. Bila sisik ini dilepaskan maka akan timbul bintik perdarahan di kulit dibawahnya.

Supplemen Shaklee lebih istimewa dan bernilai adalah kerana kualiti bahan botani yang menjadi sumber adalah dimiliki oleh shaklee sendiri (bukan sumber dari pengeluar lain). Contohnya seperti ladang soya, tumbuhan alfalfa dan lain-lain sumber alam. Ini menjadikan suplemen shaklee bukan sebarangan sumber dan diuji kualitinya melebihi 80,000 ujian setiap tahun selain keaslian yang dijamin dengan 350 ujian pencemaran untuk setiap bahan botani.

Bagaimana Shaklee berkesan membantu pesakit psoriasis?

1) GLA Complex

Mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. SHAKLEE GLA ini memang secara saintifiknya telah terbukti dapat membantu memperbaiki masalah eczema, psoriasis dan chronic inflammation. Dr Weil menyokong GLA membantu penyakit psoriasis. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.

2) Vitamin E Shaklee

Mengandungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sangat bernilai dan istimewa.Vitamin E shaklee antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yang merosakkan sel.

Selenium yang terkandung dalam Vitamin E membantu badan dengan:

● Membuat protein khas, yang dipanggil enzim antioksidan, yang memainkan peranan dalam mencegah kerosakan sel.
● Beberapa kajian perubatan menunjukkan bahawa selenium boleh membantu:

-Mencegah kanser tertentu
-Mencegah penyakit kardiovaskular
-Membantu melindungi tubuh daripada kesan-kesan beracun logam berat dan bahan-bahan berbahaya yang lain

3) B complex Shaklee

Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. memandangkan salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, maka B complex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4) Nutriferon Shaklee

Interferon semulajadi terbaik. Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi, nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia. Antara kebaikan Nutriferon adalah kukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari.
Kajian menunjukkan interferon mampu meransang dan mempertingkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh untuk membunuh T-cells, B-cells & Makrofag

5) Omega Guard Shaklee

Adalah minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun. Dr Weil jugak turut menyokong Omega 3 dalam membantu mengawal psoriasis.

6) Vivix Shaklee

Adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.
Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Friday, 18 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Penyakit Asthma Hilang dengan Shaklee

Penyakit asthma salah satu penyakit yang agak lazim di Malaysia.. Penyakit ashtma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana, ketika pesakit diserang ashtma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.

Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi, paru-paru akan kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.

Pembengkakan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas dalam pesakit ashtma

Asthma di kalangan kanak-kanak..

Menurut kajian jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat, dan selalunya akan sembuh apabila usia meningkat hingga 12-13 tahun.

Kira-kira 50%-60% akan sembuh apabila mencapai usia 20-25 tahun manakala 20% akan mendapat asthma berterusan.

Pencetus biasa serangan asthma antaranya termasuk:

alahan hidung seperti habuk, debunga, spora kulapuk, epitalial binatang peliharaan, udara sejuk, senaman, jangkitan sistem pernafasan, tekanan emosi, aspirin dan ubat seumpamanya

■Suplemen untuk asthma■

1) Omega Guard (Asid lemak Omega-3)

Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.

Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.

Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.

2) NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara.

Bagaimana interferon membantu? Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.

Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

3. Meal Shakes

Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya di mana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard, Meal.Shakes dan Nutriferon.

4. Vitalea for Children(kunyahan)

*sesuai untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas
*menyediakan 19 vitamin & mineral penting untuk membantu kanak-kanak yang menghidap asthma
*sumber kalsium untuk pembinaan tulang
*baik untuk kesihatan secara menyeluruh.
*sumber harian tambahan bagi vitamin B
*Berbentuk kunyahan (chewable)
*Berperisa anggur

Siapa yang perlukan?

*kanak-kanak dari usia 4 tahun ke atas
*anak yang susah makan
makanan berkhasiat seperti sayuran & buahan
*anak yang aktif dan mengalami masalah pernafasan seperti asthma,ekzema dan alergi.
*sesiapa sahaja
*anak yang sukar menelan vitamin

Kita boleh mengambil vitamin yang bersesuaian dengan peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak dengan konsultasi selepas belian.Dapatkan set asthma ni dari saya dan konsultasi percuma!

#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

SHAKLEE TENOM SABAH : Rawat Alergi Hidung dengan Esp

Adakah anda selalu hadapi masalah seperti ini:-

☆    Kerap bersin di waktu pagi?
☆    Alah dengan habuk?
☆    Tak boleh makan udang sotong dan makanan2 laut?
☆    Hidung , mata , muka terasa gatal-gatal?
☆    Minum minuman sejuk dan berais akan sakit kepala dan jadi berhingus?
☆    Alah pada cuaca, kadang-kadang terlampau sejuk tidak tahan dan terlampau panas akan sakit kepala?
☆    Hidung sentiasa berair?
☆    Nafas berbau?

Semua masalah-masalah tersebut ramai dikalangan kita menghidapinya, cuma bezanya antara teruk dan tidak sahaja.Jika dibiarkan dan tidak dirawat akan memudaratkan dikemudian hari.

Bukan di kalangan dewasa sahaja yang menghidapi masalah alergi hidung ini, di kalangan kanak-kanak pun sama. Cegah dan rawatlah dari sekarang supaya kita dapat menjalani kehidupan dengan lebih sihat dan ceria!

Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan sekular.

Nutriferon - Mempertingkatkan sistem imun

Vita-C 500mg - Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)

Garlic - Antibiotic semulajadi

Caratomax - Mempertingkatkan fungsi imun

Zinc complex - Mempertingkatkan fungsi imun

Vita-E Complex - Mempertingkatkan fungsi imun

ESP Soy Protein - Meningkatkan tenaga

Alfalfa Complex - Detoksifikasi (detoxification), anti-keradangan

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com 012-8373981
Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Friday, 5 September 2014

Set resdung shaklee

Hai salam damai buat semua...
&& ymv
Hari ini saya cuti,hanya duduk di rumah saja.Time beginilah saya menghabiskan masa terluang untuk menjaga dan bermain dengan anak- anak di rumah.Mereka pun seronok juga jika saya tidak kerja.Boleh masakkan makanan untuk famili..

Hari ini saya nak share sedikit tentang masalah resdung.Tak kisah lah ada yang masih baru mengalami resdung atau yang sudah bertahun mengalami sakit resdung ni.Secara saintifiknya,pesakit resdung akan mengalami gatal-gatal pada hidung,hidung berair,mata merah,kerapkali bersin dan ada yang merasai gatal pada muka.Saya pernah juga mengalami seperti ini,tapi mujurlah saya makan supplemen shaklee seperti nutriferon,vitamin c dengan b complex.Rasa lega dalam seminggu saya makan supplemen ni.Saya kurang bersin,dan hidung pun tidak berair sentiasa.muka pun tidak gatal lagi.Haa..sangat teruja masa ni,saya masih kekalkan juga pengambilan supplemen ni sebab saya sangat mengharapkan ianya akan berakhir...

Pasal ni lah saya nak sangat kongsikan dengan kawan-kawan tentang kehebatan supplemen ni.Mencegah lebih baik dari merawatkan?Mari saya nak kongsikan bagaimana supplemen ini membantu anda semua untuk menjalani hidup dengan lebih sihat.


 Set Resdung SHAKLEE terdiri daripada;

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex 
4) Garlic
5) Nutriferon

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.

* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

 NUTRIFERON

-Membantu dalam peningkatan sistem imunisasi manusia.Iaitu interferon.Kajian yang dibuat selama 40 tahun oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.
-dapat membunuh kuman T-cells,B-cells dan makrofag.
-membantu melawan kanser dan tumor dengan merangsang dan mempertingkatkan sistem pertahanan tubuh dalam melawan sel kanser dan tumor drp merebak.
-dalam masalah resdung ini,nutriferon membantu mengurangkan radikal bebas,virus dan kuman resdung daripada terus merebak.

Cara makan Set Resdung
~~~~~~~~~~~~
1) ALFAFA - 2 biji 3 kali sehari ( selepas  sarapan.. Selepas  lunch..selepas  dinner )
2) VITAMIN C - 1 biji selepas  lunch
3) B-COMPLEX - 1 biji selepas  sarapan
4) GARLIC - 1 biji selepas  lunch
5) ESP - 1 sudu 3 kali sehari
6)NUTRIFERON-2 peket seminggu

Ini adalah sebagai panduan kita bersama.
Sehingga kita berjumpa di lain entri lagi ya.