Tuesday 5 January 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Jangan lagi mengambil minuman segera 3 dalam 1

Apa azam tahun baru anda sempena 2016 ini?Saya cadangkan berhentilah mengambil kopi @ teh instant yang lebih dikenali sebagai minuman 3 dalam 1.Ianya boleh memudaratkan kesihatan di samping membahayakan nyawa dalam jangka panjang.

Memang agak mudah disediakan kerana dalam sepaket telah tersedia gula dan krimmer yang menampakkan warna pada minuman yang amat enak diminum.Dulu saya pun adalah penggemar teh instant jenama XX juga.Tapi bilamana banyak info kesihatan dari agensi NGO dan pihak kementerian kesihatan mengeluarkan beberapa maklumat terkini tentang minuman yang mengandungi bahan-bahan terlarang ni lebih baik saya berhenti mengambilnya.

Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:

1) Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.

2) Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3) Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan

4) Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5) Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.

6) Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.

7) Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

8) Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Bagi saya,berpada-padalah mengambil minuman yang berkhasiat,mudah disediakan dan yang penting sesuai dengan tekak kita.Mencegah lebih baik daripada mengubati.Saya mendoakan agar para pembaca blog ini memilih yang terbaik dan diberikan kesihatan yang baik.Jumpa lagi!

#WinnersNetworkTeam
#SayaJualShaklee
#ShakleeTenomSabah

Hubungi saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.Saya akan bantu anda dalam konsultasi produk Shaklee dan jika ingin menjana pendapatan dengan Shaklee amat dialu-alukan kerana kami mempunyai team yang hebat dan terbukti berkesan membantu ramai orang.

Pm/whatapp 012~8373981 Irene
Penghantaran Poslaju seluruh Malaysia