Sunday 28 September 2014

Gejala penyembuhan setelah makan supplemen

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Penyembuhan (Healing Crisis)Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
1) Krisis Penyembuhan Sakit kepala yang melampau:Penyebab Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
2) Krisis Penyembuhan Demam, tidak cukup rehat:Penyebab Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
3) Krisis Penyembuhan Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau:Penyebab Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar 
4) Krisis Penyembuhan Kembung perut:Penyebab Sistem penghadaman yang lemah 
5) Krisis Penyembuhan Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir:Penyebab Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
6) Krisis Penyembuhan Penghasilan lendir seperti selsema, kahak:Penyebab Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin 
7) Krisis Penyembuhan Pendarahan Hidung:Penyebab Mungkin petanda bagi kekurangan darah
😎 Krisis Penyembuhan Rasa sakit pada otot dan sendi:Penyebab Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
9) Krisis Penyembuhan Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah:Penyebab Mempercepatkan krisis penyembuhan
10) Krisis Penyembuhan Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif:Penyebab Sistem saraf yang lemah
11) Krisis Penyembuhan Kitaran haid yang tidak menentu:Penyebab Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit,penghasilan lendiran yang banyak
12) Krisis Penyembuhan Lapar, Pening:Penyebab Tekanan darah rendah, anaemia
13) Krisis Penyembuhan Loya, sembelit, tersedu:Penyebab Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
14) Krisis Penyembuhan Edema (membengkak):Penyebab Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

Monday 8 September 2014

Hilangkan gastrik dan pedih ulu hati dengan supplemen Shaklee

Hilangkan gastrik dan pedih ulu hati dengan supplemen Shaklee

Bila ramadhan je, mesti dengar alasan gastrik. Jadi kawan kawan, Boleh ke gastrik hilang dengan produk Shaklee? Kali ni kita akan kongsikan ya.

Artikel Ini Akan Membantu Kawan Kawan Untuk;

 1. Mengetahui Tanda  Penyakit Gastrik. Macam Mana Nak Tahu? 

 2. Mengetahui Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Penyakit Ini


Apa Tanda Anda Menghidap Gastrik?

Menurut Tuan Haji Lokman dari pusat rawatan Al Hidayah ramai pesakit gastrik tidak menunjukkan tanda tanda mengalaminya diperingkat awal. 

Kerosakan pada dinding perut disebabkan asid perut menyebabkan gastrik. Kenapa? Bila kita skip makan, dinding perut akan mula terhakis. Antara tanda tanda awal yang memberikan petunjuk anda mempunyai gastrik

>> Sakit perut
>> Hilang selera makan
>> Rasa loya 
>> Muntah-muntah
>> Pening kepala yang berpanjangan

Kalau kawan kawan tak buat sebarang rawatan, penyakit gastrik akan semakin teruk dengan adanya ulser di perut. Cuba bayangkan, ulser dimulut pun sakit, apa lagi didalam perut? Cuba fikirkan sejenak ya..

Tanda gastrik anda semakin kronik ialah

1) Pendarahan di dinding perut

Pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam 

2) Muntah darah.

Kalau anda mempunyai tanda tanda diatas, dapatkan rawatan hospital atau pergi ke klinik segera. 

Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Gastrik
Sekali lagi Mazni nak ingatkan, produk Shaklee bukan ubat, dan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Apa yang dicadangkan ini akan memberikan zat zat yang diperlukan badan untuk beroperasi dengan lebih baik. Bila khasiat cukup, badan mula menyembuhkan dirinya sendiri.


Antara produk shaklee yang sesuai untuk pesakit gastrik ialah

1. ) Energizing Soy Protein (ESP)
Asid dalam perut yang menyebabkan ulser akan bertindakbalas dengan ESP yang dibuat dari soya. Sifat soya berlawan dengan asid kerana ia adalah alkali. Ini akan mengurangkan kesan asid tu.

Lagi terbaik, ESP akan bekalkan badan dengan 20 jenis asid amino untuk membina sel baru dan menggantikan tisu rosak didinding perut semasa penghadaman. Jadi sekarang badan kita ada bekalan bahan mentah untuk pemulihan luka dalam perut menyebabkan gastrik. 


2.) Ostematrix

Ostematrix mengandungi Kalsium yang bersifat alkali. Sama macam makan ESP, kesan asid akan berkurangan. Ianya terdapat dalam bentuk kapsul.

3.) Vitamin B Complex

Selalunya pesakit gastrik akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit. Ubat ni kalau digunakan dalam jangka masa panjang ada kesan sampingan. Contoh ubat tahan sakit yang biasa kita dengar ialah PONSTAN.

Menurut Dr Zubaidi, kesan mengambilnya berterusan untuk masa yang lama akan menyebabkan keradangan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan besar. Belum cerita kesan pada kulit dan buah pinggang..

Jadi cara lain nak kurangkan sakit boleh makan vitamin B complex. Ada manfaat untuk membantu melegakan ketegangan  (stress). Bila kita stress, antibodi badan akan lemah.B complex ni juga boleh membantu memulihkan sel-sel DNA manusia kembali normal.

Kalau boleh jangan bergantung harap sangat pada ubat ubatan. Produk Shaklee bukan ubatan ya, ia makanan tambahan untuk memulihara kesihatan manusia.

4.)  Peppermint Ginger Plus

Produk Shaklee ini membantu melegakan rasa tak selesa disebabkan oleh masalah penghadaman. Antara bahan bahannya ialah halia dan pudina.Jika ingin membuat supplemen ni mudah dihadamkan,hanya ambil 1-2 biji peppermint ginger ni dan masukkan ke dalam segelas air berisi air suam- suam kuku.sedia  untuk diminum..


Bila kita tahu apa penyebab gas gastrik mudah terkena pada kita,kita mampu mengubah cara pemakanan dan gaya hidup kepada yang lebih baik.Senang kata,upgrade kan kesihatan ke tahap maksima.Supplemen ni hanya sebagai bantuan dalam merawati di antara kita yang menghidap gastrik ni.

Paling penting,jaga makan minum dan lakukan senaman secara kerap dan berterusan..Jadi,apabila badan sihat,automatiknya kita akan dapat  menikmati hidup ini dengan lebih baik pada masa akan datang..Mudahkan?Jom,kita fikir-fikirkan ya..

Sehingga kita berjumpa di lain perkongsian lagi.Salam damai..

Friday 5 September 2014

Set resdung shaklee

Hai salam damai buat semua...
&& ymv
Hari ini saya cuti,hanya duduk di rumah saja.Time beginilah saya menghabiskan masa terluang untuk menjaga dan bermain dengan anak- anak di rumah.Mereka pun seronok juga jika saya tidak kerja.Boleh masakkan makanan untuk famili..

Hari ini saya nak share sedikit tentang masalah resdung.Tak kisah lah ada yang masih baru mengalami resdung atau yang sudah bertahun mengalami sakit resdung ni.Secara saintifiknya,pesakit resdung akan mengalami gatal-gatal pada hidung,hidung berair,mata merah,kerapkali bersin dan ada yang merasai gatal pada muka.Saya pernah juga mengalami seperti ini,tapi mujurlah saya makan supplemen shaklee seperti nutriferon,vitamin c dengan b complex.Rasa lega dalam seminggu saya makan supplemen ni.Saya kurang bersin,dan hidung pun tidak berair sentiasa.muka pun tidak gatal lagi.Haa..sangat teruja masa ni,saya masih kekalkan juga pengambilan supplemen ni sebab saya sangat mengharapkan ianya akan berakhir...

Pasal ni lah saya nak sangat kongsikan dengan kawan-kawan tentang kehebatan supplemen ni.Mencegah lebih baik dari merawatkan?Mari saya nak kongsikan bagaimana supplemen ini membantu anda semua untuk menjalani hidup dengan lebih sihat.


 Set Resdung SHAKLEE terdiri daripada;

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex 
4) Garlic
5) Nutriferon

Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.

* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

 NUTRIFERON

-Membantu dalam peningkatan sistem imunisasi manusia.Iaitu interferon.Kajian yang dibuat selama 40 tahun oleh Dr.Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954.
-dapat membunuh kuman T-cells,B-cells dan makrofag.
-membantu melawan kanser dan tumor dengan merangsang dan mempertingkatkan sistem pertahanan tubuh dalam melawan sel kanser dan tumor drp merebak.
-dalam masalah resdung ini,nutriferon membantu mengurangkan radikal bebas,virus dan kuman resdung daripada terus merebak.

Cara makan Set Resdung
~~~~~~~~~~~~
1) ALFAFA - 2 biji 3 kali sehari ( selepas  sarapan.. Selepas  lunch..selepas  dinner )
2) VITAMIN C - 1 biji selepas  lunch
3) B-COMPLEX - 1 biji selepas  sarapan
4) GARLIC - 1 biji selepas  lunch
5) ESP - 1 sudu 3 kali sehari
6)NUTRIFERON-2 peket seminggu

Ini adalah sebagai panduan kita bersama.
Sehingga kita berjumpa di lain entri lagi ya.


Wednesday 3 September 2014

Pesanan hebat daripada Master Norita Idris


Salam damai dan bertemu semula dalam entri kali ini.Sebenarnya saya amat teruja mempunyai seoang master yang berjaya dan menjadi working at home mom(WHAM)


Saya ingin kongsikan pesanan dari Super-Upline saya iaitu Norita Idris berkaitan bagaimana seseorang boleh berjaya dalam Shaklee. Mari kita baca untuk pengetahuan dan pengajaran bagi diri kita sendiri.

(sumber: http://www.anakkuwiraku.com/2014/08/motivasi-mengapa-dia-boleh-berjaya.html)



Motivasi : Mengapa dia boleh berjaya? 

Mengapa dia berjaya?
  
Pasti ramai yang terdetik dalam hati bila buat Shaklee...mengapa dia boleh berjaya? Namun sikap biasa manusia suka melihat orang luar dan jarang nak lihat cermin diri sendiri. Kita mudah nampak kelebihan orang, kemudahan dan apa sahaja tentang orang. Bila kita fokus begitu kita akan melihat diri kita banyak kekurangan tanpa sedar perkara ini yang buatkan kita masih dibelakang dan ketinggalan.


1. Niat :

Anda kena ada niat anda buat Shaklee kerana apa? Adakah kerana nak duit semata-mata? Adakah untuk menjadi kaya membuta tuli? Atau adakah untuk membantu ramai kawan sihat dengan cara yang betul iaitu berniaga dengan cara yang sah. Kalau anda mempunyai niat untuk membantu ramai orang sihat dan membantu ramai orang mempunyai ekonomi yang lebih baik, satu kena ingat.... CABARANnya sangat hebat! Anda kena sabar dan terus sabar. 
Apa yang saya dan leader2 lain kecapi hari ini adalah atas apa yang kami niatkan dan atas apa yang telah kami lalui ujian yang diberi. Malah sehingga hari ini ujian tidak pernah berhenti. Kerana ujian ini membuatkan leader menjadi mantap dan berpendirian.


2. Berniaga kena ada cara.

Kita nak bantu orang sihat dengan cara berkongsi kebaikan Shaklee dan nak bantu orang lain ada ekonomi hebat untuk mereka bangunkan diri dan keluarga. Kita bukan nak buka wellfare yang mana kita kena jual produk lebih rendah dari harga ahli. Inilah yang merosakkan market dalam jangka panjang. Berniaga jangan beri hutang. Itulah prinsip yang perlu dipegang.
Perlu jaga akaun perniagaan seolah-olah ia adalah bisnes yang besar kerana hakikatnya ia boleh jadi besar jika anda usahakan dengan bersungguh-sungguh.

3. Untung rugi 

Semua orang meniaga memang nak untung. Mana ada orang yang suka rugi? Namun dah nama meniaga kena ada modal. Modal ni adalah satu yang mengikat kita kepada sebuah nilai 'komitmen'. Bila nak berniaga pastikan modal tidak sesekali diusik. Belajarlah order sendiri melalui online atau no telefon 03-56223188. Jangan mengharap stok semua dari upline. Belajar berdikari. Ini ada distributor nak amik stok dengan upline ...taknak bayar RM10 atau RM20  untuk kos penghantaran. Bila semua fikir nak untung...akhirnya tak ke mana sebab sentiasa ada niat nak mudah, nak senang, nak untung tetapi waktu yang sama tak fikir upline pun order tetap kena bayar duit penghantaran jika jumlah pesanan tak mencecah RM800.


4. Mengorak langkah

Kenapa ada yang kata Shaklee tu susah? Sebab dia jual produk yang dia tak makan. Malah ada yang join ahli memang untuk berjual tanpa makan. Maka perkongsian itu tidak ikhlas. Banyak amik testimoni orang lain. Walhal kalau nak berjaya kena makan dan rasa sendiri kesan vitamin. Bila buat perkongsian lebih mudah. Beli stok vitamin yang kita makan supaya bila dah share dan ada orang berminat nak beli, kita dah bersedia dengan stok. Kan mudah? Buat sharing kena istiqamah dan jadikan rutin. Bukan hari ni nak buat esok nak rehat. Tak de istilah rehat sebab dalam bisnes hasil bergantung pada kerajinan. Tak macam makan gaji. Maka kena istiqamah berusaha.


5. Etika

Berniaga perlu ada etika supaya kita beroleh rezeki yang memudahkan kita, yang menyenangkan kita dan menguntungkan kita.
Saya dah jumpa kawan yang buat bisnes ...untung besar berjuta income tahunan. Tapi kesian, diri sendiri selalu tak sihat. Makan pun tak jadi apa. Suami sibuk dengan bisnes. Anak juga banyak ujian. Selalu rugi dalam berbeli. Beliau berniaga tiada etika. Semuanya boleh asal untung.
Itu beratnya bila berniaga tiada etika.

Etika berniaga yang asas 
1. Menjual dengan harga yang ditetapkan dan jangan menjual lebih rendah dari harga kos kerana ini akan merugikan diri sendiri.
2. Elakkan mengambil downline [ ahli berdaftar] orang lain.
3. Menjual produk mengikut keperluan dan jangan kerana nak mata ganjaran produk yang tak sesuai kita kata sesuai.
4. Elakkan menipu dalam urusniaga.


6. Sabar.

Apa juga aspek kehidupan kita perlu bersabar. Ibu mengandung perlu 9 bulan untuk melahirkan anak. Pokok pun perlu masa berbunga, putik dan berbuah sebelum buah masak ranum. Hujan akan turun bila awan mula berat. Semuanya ada proses dan proses ini menuntut kesabaran.

Jangan melihat orang hebat terus pada penilaian anda hari ini. Cuba lihat 5 - 10 tahun belakang mereka. Apa yang mereka lalui....semuanya hampir sama. Perjuangan dengan cabaran yang menuntut kesabaran.
Paling utama adalah istiqamah.

Jangan sesekali merasa diri kita hebat kerana hebat itu milik ALLAH dan bila2 masa ALLAH boleh tarik apa yang kita ada pada hari ini dengan sekelip mata.

Bersyukur dengan ujian dan nikmat yang kita perolehi kerana itulah yang mendidik jiwa yang tenang.

Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH kerana Allah sentiasa membantu mereka yang berusaha.


Salam sayang
 Norita Idris
Euphoria founder.

(kredit Master Norita Idris)
Anakkuwiraku.com

Inilah yang dipesan oleh beliau kepada semua anak-anak di bawah kumpulan beliau.Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kumpulan kami amat dialu-alukan.
Silalah berhubung dengan saya untuk mengetahui bagaimana anda boleh bermula sebagai pengedar Shaklee yang hebat dan sentiasa sihat,di atas kehendakNya juga.

Selamatkah.pengambilan supplemen yang telah melebihi tamat tempoh?

Selamatkah makan vitamin yang tamat tarikh luput??

Ada pengguna yang tertanya-tanya selamatkah makan vitamin yang dah melepasi tarikh tamat tempoh atau tarikh luput? Adakah ia memberi kemudaratan atau tidak mengapa makan vitamin tamat tarikh luput? Adakah sama kondisi antara makanan biasa dengan vitamin setelah tamat tarikh luput? Entri ini akan menjawab persoalan-persoalan di atas lebih lanjut untuk info pengguna vitamin. Jika vitamin anda sudah habis tempoh luput, anda tahu apa yg perlu dibuat :)



Apakah yg dimaksudkan dengan vitamin tamat tempoh?
Vitamin tamat tempoh bermakna Vitamin itu kehilangan potensi dan keberkesanan selepas tempoh masa yang panjang. Haba, kelembapan dan pembungkusan produk menyumbang keapda faktor untuk menentukan jangka hayat vitamin.Vitamin berbentuk tablet kehilangan potensi lebih cepat daripada vitamin yang bersalut atau datang dalam bentuk kapsul.

Jadi adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh? 

Jawapannya cukup mudah!
SELAMAT tapi anda tidak akan mendapat manfaat maximum dariapda penyerapan vitamin tersebut seperti mula-mula anda beli. Dan untuk pengetahuan, FDA tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan akn kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maximum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pd badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang dah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yg terbaik adalah buang dan beli baru

Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?
Seperti yg diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yg tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yg telah berubah bau dan warna.

Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?
Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yg terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapanterbentuk dalam botol. Sebanrnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

Kesimpulannya, vitamin biasanya mempunyai tarikh tempoh lebih dari 2thn melainkan makanan tambahan yg berbentuk serbuk, lebih cepat tarikh luputnya. Untuk mengelakkan anda dari terlebih tarikh luput, makan secara konsisten start dr awal lagi. Lagi lama dihabiskan akibat dari culas makan, lg kurang keberkesanan vitamin kerana vitamin semakin menghampiri tarikh tamat tempoh. 

Monday 1 September 2014

September promosi yang sangat gempak!

Hello semua,selamat malam.Apa khabar?

Setelah closing Ogos yang mendebarkan kini 1 September menjelang tiba.
Sangat gembira kerana buat julung kalinya Shaklee telah memberi 2 promosi yang hebat.

Kolagen dan juga mealshake yang sangat bermanfaat untuk seisi keluarga.
Best kan?

Serba sedikit tentang kolagen ni yang menurut pembacaan saya ialah ianya diperbuat daripada 
Sisik ikan merah yang mengandungi 4000rss iaitu sukatan dalam kiraan Dalton.Kolagen ni berfungsi sebagai kolagen pada tisu dalam badan kita terutama kulit,bebola mata,dan fungsi otak.

Apa yang membuatkan kolagen ni sangat berbeza dengan kolagen yang dijual di pasaran ialah
Mempunyai tujuh ramuan utama..Sungguh berbeza sekali kerana kolagen daripada shaklee ni terdiri daripada ekstrak biji camelia japonica,kolagen ikan,ekstrak kekerang,lactobasilus acidophilus,vitamin c dan b yang digabungkan kesemuanya untuk menyokong kecantikan anda dari luar dan dalam tubuh.

Semua orang pasti menyukai kolagen ni kerana ia akan menjadikan kulit muka,lengan dan tubuh seakan elastik.Kulit kita yang sering terdedah kepada sinaran matahari,udara yang tercemar dan radikal bebas di udara mempercepatkan lagi garis halus serta kedutan pada wajah.
Di sini lah fungsi kolagen ini yang dapat mengenyalkan permukaan kulit,kurangkan parut,membantu menguatkan akar rambut.

Selain itu,kolagen ini juga berfungsi untuk menguatkan struktur pada tulang dan mengurangkan kemungkinan daripada rapuh.Ini juga akan dapat mengurangkan kesakitan sendi apabila bergeser dengan sendi.

Kornea mata iaitu bahagian yang kenyal ini akan dapat dibantu mengekalkan kekeanjalannya.Begitu juga dengan sistem otak yang memerlukan  kolagen kerana ianya mengandungi sel glya yang bekalkan nutrisi pada otak.

Cara memakannya pun sungguh mudah.
Hanya campurkan ke dalam minuman anda tidak kira panas atau sejuk.
Mengandungi 15 sachet sahaja.Pengambilannya boleh juga 2 kali sehari selepas makan.