Saturday 27 December 2014

Herbal blend Shaklee,krim pelbagai guna!

Hai selamat bertemu kembali...Kali ini saya ingin mencanangkan kepada para pembaca entri blog irenevitamin tentang kebaikan dan Keistimewaan dalam tiub Herbal Blend Multipurpose Cream ini.Saiznya kecil dan didatangkan dalam bentuk tiub berisi  113 gram bersamaan 4oz  sahaja.

Sebelum ini saya hanya menggunakan krim daripada farmasi  tetapi apabila diperkenalkan oleh upline saya iaitu Huiren Chee saya telah mengaplikasikan kegunaan krim ni dalam kegunaan seharian.Malah saya menjadikannya sebagai satu langkah keselamatan,kiranya seperti first aid kit dalam rumah dan pastinya boleh dicapai oleh sesiapa sahaja yang mengalami luka-luka ringan,gigitan serangga dan nyamuk.Malah ruam panas di celah-celah peha anak ketiga saya yang pada masa itu berumur 4 bulan telah hilang dan tidak meninggalkan kesan kehitaman pun.

Herbal Blend Multipurpose Cream Shaklee..

Krim ini adalah krim kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan krim kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dan sebagainya.

Saya juga sangat suka menggunakannya terutama untuk mengatasi luka-luka kecil dan kesan gigitan nyamuk. Anak saya juga sukakannya kerana krim kulit ini berasa dingin berangin dan menenangkannya.

    Seluruh ahli keluarga boleh menggunakannya  tambahan pula ianya tidak mengandungi sebarang bahan kimia terutama sekali paraben, selamat dan berkesan.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:

1. Ruam,

2. Luka kecil ,

3. Calar,

4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun),

5. Eczema,

6. Masalah kulit Gatal

7. Menghilangkan Parut jerawat dan akibat luka-luka ringan.

8. Melembutkan Kulit Yang Kasar terutama pada telapak tangan..

9. Melicinkan kawasan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.

11. Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin Dengan Cara Urutan Terutama Pada Bahagian Perut

12. Losyen Kegunaan Harian yang boleh digunakan bila-bila masa.

13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chicken pox.

Kena cuba dahulu! Anda pun akan jatuh cinta pada krim kulit ini seperti saya dan ramai lagi pengguna Herbal Blend
Multipurpose Cream ini.Harganya sangat berbaloi dan mampu milik! Hanya rm27.50 sahaja.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Friday 26 December 2014

Rawat penyakit chikungunya dengan supplemen semulajadi!

Selamat membaca kepada pembaca entri blog irenevitamin pada pagi ini..Saya rasa kita patut mengetahui serba sedikit keadaan selepas banjir yang melanda di beberapa negeri dalam Malaysia yang mengalami bencana alam seperti banjir yang sedang berlaku.Selain penyebaran penyakit denggi,masyarakat tentu tahu juga tentang penyakit bawaan nyamuk iaitu chikungunya. Agak asing daripada kita yang belum pernah mengalami penyakit ini.Namun jangan bimbang,dengan kaedah pembersihan kawasan sekitar dan langkah-langkah meningkatkan sistem imuniti badan seseorang mampu melawan penyakit ini.

Fakta-Fakta mengenai penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.  Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

Nyamuk Aedes

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

    Demam panas mengejut

    Sakit teruk pada sendi

    Ruam pada badan

    Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

    Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
    Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
    Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk.

    Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

    Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

    Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit

10. Perbezaan antara demam denggi dan penyakit chikungunya ?
Chikungunya tidak ada pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian. Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari

11. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

12. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sumber info;
Hospital Daerah Kuala Penyu,Sabah

Bagaimana supplemen shaklee rawat penyakit chikungunya?

  Nutriferon, Zinc & Vitamin C

     Bantu badan percepatkan penghasilan antibodi untuk lawan virus chikungunya.

        Performance Drink

      Kawal keseimbangan paras elektrolit dalam badan dan elak badan kehilangan air/dehidrasi

Zinc Complex

Zinc Complex adalah supplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan manusia melawan penyakit.Ianya dapat membantu dalam penyembuhan luka.

Vitamin C 500mg (sustained released)

Membekalkan anti oksidan semulajadi dengan mengekalkan integriti sel.Selain itu dengan pengambilan vit c ini juga dapat memperbaiki salur darah.

Memang tiada ubat untuk rawat penyakit chikungunya.  Sebab itu mereka yang disahkan penyakit ini akan dibekalkan ubat seperti paracetamol dan air garam dalam bentuk peket sahaja. Sementara itu doktor hanya mampu berikan air supaya tidak dehidrasi. Ada setengah doktor berikan antibiotik (tidak membantu sebenarnya) dan kebanyakan doktor akan tunggu badan hasilkan antibodi sendiri. 

Itulah yang supplemen Shaklee bantu. Bezanya dengan pengambilan Shaklee, badan lebih cepat hasilkan antibodi yang diperlukan untuk lawan virus chikungunya rawat demam dan sakit sendi dengan cepat.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Wednesday 24 December 2014

Set penjagaan kulit Enfuselle Shaklee

Shaklee bukan sahaja ada set pencerahan kulit seperti Nutriwhite , malah Shaklee ada pengalaman selama 55 tahun untuk mencipta set penjagaan kulit yang termaju di pasaran. Apa yang ditekankan oleh Shaklee dalam setiap produknya termasuk set kecantikan kulit adalah nutrisi. Pemilihan nutrisi yang betul, sukatan yang betul dan juga sesuai pada setiap individu memainkan peranan yang amat penting.Penggunaan bahan kimia seperti paraben ditegah sama sekali.Shaklee menekankan kualiti produk secara organik dan bebas bahan kimia!


Perbezaan Shaklee berbanding Set Kecantikan Kulit lain di pasaran

* Berasaskan nutrisi
* Terbukti secara klinikal
* Mempunyai 7 paten khas oleh Shaklee Corporation
* Diuji oleh Pakar dermatology
* Sentiasa tidak menimbulkan alahan
* pH yang seimbang
* Tidak diuji pada binatang
* Set Kecantikan Kulit Shaklee juga dirumus TANPA:

1) Parabens
2) Natrium lauril sulfat atau natrium
3) Propilena glikol
4) Penghasilan daripada haiwan atau produk sampingan daripada haiwan
5) Minyak mineral atau petrolatum
6) FD&C atau pewarna
7) Ftalat
8) 1,4-dioksana


Empat urutan langkah setiap pagi dan petang akan menjadikan kulit anda kekal sihat dan gebu:

€ Membersih

€ Meneutral

€ Melembab

€ Memperbaiki



Set Penjagaan ENFUSELLE

Bagi mereka yang alami kulit berminyak boleh menggunakan Set NORMAL TO OILY.
Kalau kulit kering boleh menggunakan Set NORMAL TO DRY.

Masalah Kulit Kering boleh menggunakan:
1. Hydrating Cleansing Lotion;

Bertindak sebagai losyen pencuci yang mengandungi krim yang menanggalkan kotoron,bahan pencemaran dan solekan tanpa jejaskan lapisan minyak semulajadi pada kulit.

2. Hydrating Toner;
 
Formula toner yang bebas alkohol dan mengandungi minyak pelembap semulajadi.

3. Hydrating Moisturizer;

Formulanya bebas minyak dan mampu lembapkan kulit.

4. Eye Treatment;

Bahan yang berasaskan tumbuhan yang mengandungi anti penuaan dan vitamin c untuk merawat kulit sekitar mata .Kurangkan kesan lebam bawah mata ( eye bag )

Masalah Kulit Berminyak, Berjerawat ataupun mempunyai bekas jerawat:
# Boleh menggunakan Set ENFUSELLE
Normal-Oily iaitu:

 1. Purifying Cleasing Gel;

Berbentuk gel pembersih bebas sabun dan pH yang seimbang.Turut mengandungi vitamin E.Mampu menjadikan kulit kekal lembut dan segar.

 2. Purifying Toner;

Mengekalkan dan menganjalkan semula kulit,menghaluskan struktur kulit dan mengawal muka berkilat dengan hapuskan lebihan minyak pada muka.

 3. Balancing Moisturizer;

Formula ringkas ,tidak berminyak,mampu mengawal pengeluaran minyak.
Bertindak bekalkan kelembapan segera.




=================================================================


Sihat dan berjaya,
Jom sertai kami.Bagaimana menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini?
Sila hubungi saya segera:
Perunding Vitamin Anda:

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee
Kawasan Negeri Sabah
Gdex seluruh Malaysia
Contact number: 012~8373981
( Whatsapp / instagram )



FB:irene chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma selepas belian serta produk Shaklee dari saya.
Hubungi segera!


Monday 22 December 2014

Set kecantikan Enfuselle

Selamat membaca kepada pembaca entri blog irenevitamin...Hari ni hari selasa setelah 2 hari kampung ku mengalami banjir pada musim tengkujuh ni.Memang agak sukar untuk keluar ke pekan yang berhampiran,nasib baik kami sekeluarga telah bersiap sedia dengan bekalan susu anak-anak,barangan makanan basah dan kering serta beberapa barangan dapur yang lain.Dalam kesempatan ni saya ingin berkongsi sedikit tentang produk kecantikan dan penjagaan kulit Enfuselle khas untuk pembaca blog ni..

Ramai antara customer saya yang mempunyai masalah kulit berminyak / berjerawat sedang tercari-cari produk skin care yang sesuai untuk mereka.

Sebelum mencuba apa-apa produk, anda mesti tahu jenis kulit anda. Ia sangat penting kerana kebarangkalian tersilap menggunakan set skin care adalah amat tinggi jika anda tak tahu jenis kulit anda.

Kemudian mulalah menyalahkan produk, sedangkan anda yang gagal mengenalpasti jenis kulit anda sendiri.
Kenali Jenis Kulit Berminyak / Berjerawat

1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan pencuci muka atau air biasa.

2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan berminyak pada waktu tengahari.

3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.

4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di bahagian belakang badan.

5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan krim malam.

6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black head.

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, ini bermakna kulit anda adalah jenis berminyak / berjerawat.

Oleh yang demikian, anda boleh cuba set skin care untuk kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee yang terdiri daripada:

1. Purifying Cleansing Gel (177ml) RM88.75 - Pencuci muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah, mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.

Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan membilasnya dengan air suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.

2. Purifying Toner (177ml) RM78.75 - Menghentikan kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengurangkan kulit berminyak.

Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda.

Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.

3. Balancing Moisturizer (48g) RM83.75 - Menyubur, melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda. Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat.  Sapu nipis di kulit wajah anda pada waktu siang dan malam.

4. Eye Treatment (14ml) RM52.50 - Mengurangkan garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye bag di bawah mata. Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.

Harga Set Skin Care untuk Kulit Berminyak / Berjerawat Enfuselle ialah RM303.75 sahaja.

Di samping menggunakan set skin care, anda juga perlu merawat kulit berminyak / berjerawat dari dalam, iaitu dengan pengambilan Sustained Release Vita-C Plus, B-Complex, ESP, GLA Complex, Zinc Complex  dan Alfalfa Complex.

Apabila jerawat anda telah kering, anda boleh mengambil Vita-E Complex untuk menghilangkan kesan parut jerawat sebelum ini. Anda juga mesti minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.

Selain itu, anda juga mestilah mengurangkan makanan berminyak, kacang tanah, makanan laut dan elakkan lap muka dengan tuala yang anda guna untuk lap badan.

Seeloknya gunakan tuala muka khusus untuk lap muka. Jika anda ada bajet, anda boleh memasang penapis air luar rumah supaya anda sentiasa mendapat air bersih semasa mencuci muka dan mandi.
Gunakan Dengan Konsisten.

1. Enfuselle Shaklee Purifying Cleansing Gel

Gel berbusa bertindak lembut menyingkirkan mekap, kotoran di wajah dan minyak berlebihan

       Bebas sabun
       pH yang seimbang
      Hipoalergenik (risiko alergik sangat rendah)
        Mencerahkan tona kulit
        Dilengkapi Vitamin E menjadikan kulit wajah terasa segar dan lembut selepas dicuci

2. Enfuselle Shaklee Purifying Toner

Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit. Merangsang dan menyegarkan kulit untuk rawatan Enfuselle

        Keberkesanan terbukti secara klinikal
        Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
       pH yang seimbang
        Membantu mengawal kulit berminyak
       Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’, ginseng dan likoris untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
       Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
       Hipoallergenik

3. Enfuselle Shaklee Balancing Moisturizer

Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Mengekalkan kelembapan segera pada kulit menjadikan kulit halus dan tidak nampak berkilat dan terbukti secara klinikal

       146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
      268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
       173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari
       Mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
       Hipoallergenik

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Sunday 7 December 2014

Rambut beruban?Cegah dengan B Complex!

Hai selamat malam dan selamat membaca kepada para pembaca entri blog irenevitamin...Anda pasti teruja bila saya highlightkan entri saya kali ni tentang rambut beruban kan.Ramai yang taknak rambut hitam tetiba saja berubah kepada rambut putih..Apatah lagi bagi kaum wanita.Kiranya nampak lebih berusia sebelum tua..Hmm..jom baca entri yang akan saya kongsikan ya.

Saya akan syorkan kepada kawan-kawan yang mengalami masalah ni sekiranya rambut beruban bukanlah disebabkan oleh faktor usia dan faktor genetik serta persekitaran.Memang ada di antara kita yang mengalami rambut beruban kerana faktor-faktor yang saya sebutkan tadi . Kekurangan nutrien pada akar rambut,tekanan yang menyebabkan sakit kepala,migrain,insomnia dan kemurungan atau stres merupakan faktor penyumbang rambut beruban.Mari kita buat spot check sedikit pada rambut kita ni.Manalah tahu ada sesetengah tempat sudah pun dipenuhi uban..terutamanya tepat atas kepala.Kadang sendiri tidak perasan tapi ada kawan-kawan yang baik hati tolong beritahu dekat kita..Ha,masa tu rasa segan atau tidak?Hmm..

Sebenarnya B complex keluaran Shaklee ni sangatlah berbeza..Eksklusif gitu..Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia beserta dengan kadar keboleh serapan yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana asid folik yang semulajadi tidak mudah diserap oleh tubuh.Mengandungi 8 komponen penting vitamin B,iaitu Biotin dan asid folik.8 jenis komponen utama terdiri daripada B1,B2,B3,B5,B6,B12,asid folik dan biotin.Ianya membantu kita perangi tekanan,bila tiada tekanan,kepala pun rasa ringan ja kerana nutrien cukup.Barulah uban segan nak tumbuh..Ianya amat baik untuk mata dengan mengurangkan masalah kesihatan mata,mencegah katarak meningkatkan kualiti penglihatan dan daya pemerhatian.
Ubah pengambilan supplemen yang semulajadi dan terbukti selamat dan berkesan . Bertindak lah sekarang menggunakan supplemen keluaran Shaklee!

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Wednesday 3 December 2014

Diet sihat dan berkesan

Cara Kurus Cepat Dengan Shaklee Shape Up Programme

Masih ramai lagi yang suka mengambil produk “cepat kurus” untuk menurunkan berat badan. 
Mereka hanya ingin kurus dengan cepat, dan tidak cuba memahami konsep atau cara yang betul untuk turunkan berat badan.

Ini antara komen-komen yang biasa kita dengar …

 “Saya pun ambil produk XYZ tapi tak kurus-kurus pun?”
"Kenapa  saya nak amik produk ni, produk XYZ boleh kurus 10kg dalam 1 minggu la..."
“Kalau saya boleh kurus dengan diet (tidak makan) sendiri, buat apa saya nak ambil produk ini?”

Jika hendak turunkan berat badan dengan cara yang betul... 

Mula-mula kita perlu faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat. 
Tahukah anda, pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan. 

Faktor terpenting adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.

Apa maksud keseimbangan pengambilan kalori ?

Maknanya, jumlah kalori yang diambil harus seimbang dengan kalori yang digunakan. Berat badan akan kekal bila kalori masuk sama dengan kalori keluar (Weight Maintain if Calories In = Calories Out)   . 

Sekiranya kita mengambil makanan atau kalori lebih daripada yang digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak simpanan. Lemak simpanan lah yang menjadikan berat kita naik.Sebaliknya bila kita kurangkan pengambilan kalori atau menambahkan aktiviti fizikal, berat badan kita akan berkurangan.   

Secara ringkasnya, jika anda membakar (burn) lebih banyak daripada yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan.Jika anda makan lebih daripada membakar (burn), berat badan anda akan naik.

Oleh itu, jangan sesekali anggap sesuatu program diet atau produk pelangsingan itu magik sebab Ia hanyalah sesuatu cara untuk kita kuruskan badan. 

Kenapa ada yang gagal berdiet?  
*         Kurang nutrisi kerana kurang makan
*         Kadar metabolisma menjadi rendah
*         Otot mengecut dan rosak

Kenapa ada yang gagal juga walaupun mengambil produk kurus?
*         Tidak dapat mengikuti cara khusus yang ditetapkan
*         Tidak sabar menunggu hasilnya  
*         Kandungan produk yang tidak selamat

Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma. Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!

Justeru itu, cara betul yang akan menurunkan berat badan dengan cepat adalah:

Stabilkan CALORIE IN = CALORIE OUT.

Kurangkan makanan kalori tinggi, makanlan makanan yang sihat dan bernutrisi dan perbanyakkan bersenam atau aktifkan diri.

Oleh itu, kita perlu mengambil Set Shape Up Programme Shaklee (yang mengandungi LECITHIN, HERBLAX, CINCH ENERGY TEA MIX dan CINCH SHAKE MIX) untuk menambahkan kualiti nutrisi pemakanan kita, meningkatkan tenaga badan dan membakar lemak dengan efisien. 

Produk kurus yang bagus tidak akan menjadikan kita kurus secara ajaib tetapi kurus secara sihat dan mencecah berat yang optimum. 

Kelebihan produk Shaklee berbanding dengan produk kurus badan yang lain:

Mengandungi nutrien yang mencukupi.
Membantu mengawal kelaparan dengan baik
Melindungi, membina otot dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Indeks glisemik yang rendah.
Membakar lemak dan meningkatkan tenaga
Menyokong metabolisma optimum
Penggunaan bahan-bahan asli bebas GMO.
Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
Diuji secara klinikal

**Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Perbezaan Supplemen shaklee dengan ubat!

UBAT DAN SUPPLEMENT NAMPAK SERUPA TETAPI TIDAK SAMA
Jom kita senaraikan PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMEN

PERBEZAAN #1

UBAT : Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit.

SUPPLEMENT : Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit.

Saya dulu pun tak faham langsung apa beza UBAT dan VITAMIN. Waktu muda kan kita kuat dan sihat lagi. Kenapa perlu telan macam-macam tablet. Kalau sakit barulah makan. Kalau tidak sakit buat apa makan ubat vitamin tu..Ketara sangat salah fahamnya saya masa tu. Panggil pun "UBAT VITAMIN". Hahaha..

Untuk pengetahuan anda, dulu saya kerap juga SAKIT KEPALA, SELESEMA, SAKIT TEKAK, dan BATUK BERKAHAK. Penyakit biasa saja ni kan. Tapi kerap kali berulang. Kadang-kadang disertakan demam. Kadang-kadang tidak demam. Memang tahap imun tu rendah sangat. Makanan berkhasiat pun tidak pantau sangat.

Biasalah kan..sikit-sikit cari paracetamol untuk legakan sakit kepala..
Hampir setiap bulan lawat klinik atau hospital untuk merawat masalah demam selsema ni.Kalau ke klinik swasta maknanya perlu ada RM dalam poket. Dengan anak-anak lagi sakit, maka perlu buang Rm100 untuk ke klinik sahaja setiap bulan.Kadang-kadang lebih lagi..Huhu..sedih masa tu.Sudah la sakit,duit pun banyak keluar

Syukurlah, sekarang ni, sejak konsisten mengamalkan supplemen Shaklee sejak tahun lepas, jarang-jarang sangat saya sekeluarga mengalami masalah di atas.

Kalau kena pun, Saya cuma ambil setiap hari 2 biji Vitamin C, 3 biji minyak ikan OmegaGuard dan 4 biji Garlic Complex. Di samping makan vitamin biasa yang saya ambil setiap hari macam Vitalea, B COMPLEX, ESP, GLA dan OSTEMATRIX.

Biasanya masalah di atas akan selesai dalam tempoh 1 minggu lebih, dan tak perlu pergi jumpa doktor pun. Untuk masalah kesihatan yang ringan macam ni, sudah boleh jadi doktor kepada diri sendiri dan keluarga.Lagipun, Ubat selsema ni sebenarnya TIADA. Kita cuma diberi ubat untuk senang nak rehat dan tidak terasa sangat penyakit tu.Bila tertidur demam selsema tu boleh dilupakan seketika..kan..
Virus selsema ni tiada ubat dan akan pulih sendiri ikut antibodi dalam badan kita.

PERBEZAAN #2

UBAT : Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdos juga boleh membawa MAUT!!

SUPPLEMENT : Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita.

TAPI AWAS!! Ada juga supplemen di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan ia dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

Mungkin ada yang fikir "Lambatnya sakit nak baik, sampai 1-2 minggu. Kalau makan ubat doktor, 2-3 hari je dah baik.". Hehe.. Saya dulu sebelum kenal Shaklee pun fikir macam tu juga.Sekarang,tidak lagi..

Tahukah anda? Kebanyakan pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani DIALISIS, adalah terdiri daripada pesakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL yang bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital, atau yang sering makan PARACETAMOL (contoh untuk MIGRAIN, SENGGUGUT).

Puncanya? BUAH PINGGANG TERBEBAN DENGAN BAHAN ASING yang masuk ke dalam badan pesakit setiap hari dan tertinggal di dalamnya. Memang kebanyakan pesakit dialisis adalah di kalangan mereka yang dah bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital yang diperbuat daripada dadah. Kalau tak percaya, anda boleh pergi sendiri ke pusat-pusat dialisis yer..Pergi dekat hospital kerajaan berdekatan anda pun boleh menyaksikan sendiri..

Anda boleh cari entry di google tentang seorang wanita yang sering mengalami Senggugut dan ambil Pain Killer setiap bulan, selama bertahun-tahun. Akhirnya buah pinggang beliau rosak, terpaksa buat dialisis sebab buah pinggang sudah tidak dapat berfungsi dengan baik.

Jadi, Bila saya sedar yang ubat doktor bagi tu adalah DADAH dan akan bagi kesan sampingan pada buah pinggang untuk jangka masa panjang, Saya lebih rela sembuh dengan penyelesaian secara SEMULAJADI.

Ini kerana supplemen Shaklee memang diperbuat daripada bahan-bahan makanan dan semulajadi. Contohnya Vivix daripada Anggur Muscadine, Collagen dari sisik ikan merah, ESP daripada kacang soya, Herblax daripada Daun Senna, Omegaguard daripada minyak ikan laut dalam, dan lain-lain lagi.

PERBEZAAN #3

UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit.

SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari.

UBAT berasaskan dadah kebanyakannya cuma menutup dan mengubati kesakitan. Sedar tak? Tiada penyakit yang berpunca daripada kekurangan apa-apa ubat dalam badan.

Contohnya bila kita sakit kepala ambil Paracetamol. Sakit kepala tu bukan berpunca daripada kekurangan Paracetamol dalam sistem badan kita kan? Tapi cuma untuk hilangkan kesakitan sahaja. Jangan pula ambil ubat bila tidak sakit yer, nanti dapat penyakit lain pula..

Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, mineral yang PERLU ADA DALAM SEL BADAN kita untuk berfungsi dengan baik.

Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.

Contohnya kalau kita selalu demam selesema, ia kemungkinan besar disebabkan badan kita kurang Vitamin C. Jadi, kita rawat lah daripada PUNCA penyakit tu, iaitu makan supplemen Vitamin C untuk menampung kekurangan tu. Tentunya ia dapat mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.

Dan ingat, supplement ni BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Tapi ia adalah PELENGKAP makanan kita setiap hari. Sebab itu supplemen sebaiknya di makan bersama makanan seharian supaya ia lebih mudah diserap dan lebih berkesan.

Ia bertindak perlahan-lahan dalam jangka masa panjang untuk mengisi lompong-lompong nutrien yang kurang dalam badan kita.

PERLUKAH SUPPLEMEN?

Terpulanglah kepada apa yang kita makan setiap hari. Kalau kita boleh pastikan setiap hari makanan yang kita masak atau beli tu cukup keperluan vitamin, mineral yang diperlukan macam dalam Piramid Makanan di bawah, mungkin kita tak perlukan supplement.

Amacam, cukup tak nutrien makanan kita setiap hari macam yang disarankan? Kalau kita kerap makan Fast Food dan Processed Food, biasanya memang tak cukuplah macam ni kan...Huhu..

Sebenarnya, selain makanan, banyak lagi faktor lain yang boleh merosakkan badan kita. Contohnya persekitaran yang dipenuhi pencemaran udara, asap rokok sekunder, radiasi, gaya hidup yang sibuk dan stress berpanjangan.

Jadi, supplemen sebenarnya membantu juga untuk mengatasi masalah disebabkan faktor-faktor di atas tu untuk jangka masa panjang. Sebelum kita TERPAKSA makan macam-macam ubat lepas dah kena penyakit, tak salah kita amalkan supplemen untuk pastikan badan kita cukup vitamin dan mineral. Betul ke betul? ;)

Kita tengok contoh Tun Mahathir Mohamad. Kalau anda nak tahu, beliau adalah pengamal suppplemen sejak muda lagi. Sekarang Tun dah pun berumur hampir 90 tahun. Cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan pemikiran) dengan atuk kita yang sebaya yang tak mengamalkan supplement. Hmm..nampak jelas perbezaannya?

Saya berharap penjelasan di atas dapat memberi info dan bermanfaat kepada kita semua.

ADAKAH SUPPLEMEN BOLEH BERI KESAN KEPADA KESIHATAN?

Jawapannya YA, kalau supplemen yang anda ambil tu diperbuat daripada bahan SINTETIK atau bahan kimia.
Oleh itu carilah supplement yang SENTIASA SELAMAT,BERKESAN DAN MESRA ALAM Macam shaklee ni.
Pilihan Terbaik untuk kami seisi Keluarga.Sudah tentunya Terbaik untuk anda Seisi keluarga juga.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

Promosi Disember Double Trouble!

Hai selamat pagi dan Salam damai kepada para pembaca entri blog irenevitamin...
Disember ni Shaklee memberikan promosi yang amat mengujakan sekali kepada peminat tegar Vita E dan juga Vitamin C sustained released!Jom rebut peluang ni kerana ianya amatlah berbaloi baloi..2 HOT ITEM yang sering terlajak laris...best kan?

Tahukah anda perbezaan Vita E Shaklee?

Setiap kapsul diperbuat daripada soya organik serta gabungan minyak biji gandum yang sangat kaya dengan vitamin E,diekstrak d-alpha tocopheryl,d-alpha tocopherol yang aktif secara semulajadi dan digabungkan bersama 8 jenis vitamin E (alpha,beta,gama,delta).Vita E Shaklee inilah yang paling lengkap di pasaran!
Bukan itu sahaja ya,terdapat 10 mg selenium semulajadi yang membantu badan kita menyerap vitamin E,memelihara sel ,sel darah merah dan tisu pada otot juga . Maknanya vitamin E ni dapat menyahtoksik logam berat seperti raksa,kadmium dan melindungi retina mata.

Manfaat Utama Vita E

1)Melindungi jantung
Pengambilan harian sebanyak 800IU sehari @ 2 kapsul membantu melindungi sel darah merah daripada pengasidan lipid,meningkatkan kolesterol baik iaitu HDL,menghalang platelet darah daripada melekat ke dinding pembuluh darah dan penyakit jantung.

2) Meningkatkan kemampuan reproduktif
Kajian yang dijalankan pada tahun 1924 mendapati pengambilan secara konsisten Vita E mampu meningkatkan kiraan sperma lelaki dalam kuantiti 600IU hingga 800IU.

3) Anti penuaan
Hanya 1 biji kapsul sehari mampu melambatkan kedut di wajah!Malah garis halus,akne,parut dan bintik penuaan.

4)Antioksidan yang kuat

Jangan tak tahu Vita E Shaklee ni mampu melawan kanser,mengukuhkan sistem imun tubuh,menghalang atau melambatkan pertumbuhan sel tumor,mengurangkan kerosakan sel akibat daripada radikal bebas dan masalah katarak serta masalah penglihatan jika diambil lebih daripada 1,200IU sehari.

5)Memperbaiki arthritis

Membantu meningkatkan keanjalan salur darah ,memperbaiki kitaran darah,merawat bahu kejang,pening,buasir,urat varikos dan sakit sendi.

Sustained released Vita C 500mg

Shaklee Sustained Release Vita C 500mg

MANFAAT UTAMA :
-Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
-Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
-Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
-Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
-Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
-Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
-Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.