Thursday 17 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:9 Jenis Asid Amino Perlu dalam ESP

Apa itu Asid Amino?

Asid amino adalah unit asas bagi protein.Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita. Asid amino boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen,sulfur dan hidrogen molekul.Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein bagi memastikan tubuh manusia berfungsi dengan sempurna.

Asid Amino terdiri dari dua jenis iaitu asid amino esential dan asid amino tidak esential . Asid amino tidak essential merupakan asid amino yang boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita manakala asid amino essential tidak dapat dihasilkan tubuh dan perlu diperolehi dari sumber makanan. 9 jenis asid amino essential ialah histidine, isoleucine, leucine, lysine, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan and valine

ESP mengandungi kesemua sembilan asid amino essential yang tidak dapat dihasilkan tubuh

Kepentingan setiap asid amino essntial (asid amino perlu) adalah seperti berikut:

1) Histidine
Pembentukan dan replikasi sel

2) Isoleucine
Bersama gabungan leucine dan Vline, isoleucine membaiki dan membina otot selepas senaman. Ia juga membentuk hemoglobin dan membantu peredaran tahap gula dan tenaga dalam darah di samping terlibat dalam pembentukan rangkaian darah.

3) Leucine
Menggalakkan insulin dibebaskan dari pankreas, melindungi otot dan meningkatkan tahap penghasilan tenaga di samping meningkatkan pemulihan tisu dan membaiki struktur kulit.

4) Lysine
Membantu melindungi dari infeksi penyakit Herpes

5) Methionine
Membantu fungsi metabolisma, mengurai lemak dan ianya merupakan unsur asas sulfur di dalam tubuh. Ianya amat perlu dalam menyingkirkan logam berat seperti lead dan merkuri.

6) Phenylalanine
Tubuh menukarkan phenylalanine kepada tyrosine, sejenis asid amino yang diperlukan untuk membentuk protein, kimia otak termasik L-dopa, epinephrine, dan norepinephrine, dan hormon thyroid.

7) Threonine
Membantu pembetukan kolagen dan elastin dalam kulit. Sebab tulah pengamal ESP ni kulitnya cantik dan gebu.

8) Tryptophan
Hasil dari Niacin, berfungsi menghasilkan serotonin yang pentig untuk fungsi saraf dan otak. Serotonin pentin untuk tidur, menstabilkan emosi, kawalan rasa sakit inflamasi dan lain2.

9) Valine
Mempunya kesan stimulasi dan diperlukan untuk metabolisma otot, membaiki dan pertumbuhan tisu dan memelihara keseimbangan nitrogen dalam tubuh.

Kesan kekurangan Asid Amoni Essential ke atas Tubuh

Dah tahu kepentingan setiap asid amino essential, jadi apa pula akan jadi jika tubuh kita tidak mendapat cukup bekalan asid amino?

Masalah Perkembangan dan Tumbesaran

Lysine merupakan asid amino yang memainkan peranan penting dalam memastikan perkembahgan dan tumbesaran yang normal. Ia memastikan tubuh menyerap kalsium yang yang diperlukan untuk kesihatan tulang. Ia juga diperlukan dalam menghasilkan kolagen yang perlu dalam membina rangkaian tisu seperti tendon, tulang rawan dan kulit. Lysine juga secara tidak langsung membantu menukarkan lemak kepada tenaga nak merendahkan paras kolestrol. Individu yang tidak mendapat Lysine yang cukup dalam diet mereka boleh mengalami masalah pertumbuhan yang lambat, anemia, masalah kesuburan, pitam, pening dan hilang selera makan.

Pertambahan Risiko Diserang Penyakit

Kita terdedah kepada risiko radikal bebas yang membahayakan setiap hari. Unsur ini wujud secara semulajadi dalam tubuh, selain berpunca dari pencemaran alam sekitar, asap rokok, radiasi dan sinaran ultraungu. Ia dikaitkan dengan beberapa penyakit termasuk kanser dan penyakit jantung. Dalam hal ini, asid amino memainkan peranan penting bukan sahaja dalam memastikan proses dalaman berfungsi secara optimum tetapi juga melindunginya dari penyakit. Tubuh menukarkan cysteine kepada glutathione, yang merupakan antioksida berkuasa yang membantu meneutralkan dan menghalang kerosakan selular yang disebabkan radikal bebas.

Kekurangan Tenaga dan Daya Tumpuan

Paras asid amino dalam tubuh kita memainkan peranan penting dalam kebolehan kita untuk fokus dari segi mental dan fizikal. Menurut Universiti Middle Tennessee, makanan tinggi protein yang mengandungi tyrosine yang tinggi seperti ikan, ayam, telur, produk tenusu taufu dan daging amat membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan. Tyrosine meningkatkan penghasilan "neurotransmitter" di dalam tubuh seperti  dopamine dan epinephrine, yang diketahui membaiki kebolehan mental untuk lebih fokus. Tanpa kuantiti tyrosine yang cukup, kita mungkin rasa mengantuk dan kurang daya tumpuan.
Meningkatkan Keresahan dan Stress
Tryptophan ditukarkan kepada serotonin apabila ia memasuki otak. Ianya merupakan "neurotransmitter" yang berfungsi mengurangkan rasa sakit, mengurangkan selera makan dan meningkatkan taham ketenangan. Indivdu yang selalu tidak mendapat cukuptryptophan boleh mengalami kesan negatif seperti keresahan dan stress.

Dengan sebab itulah, asid amino amat diperlukan dalam kehidupan kita seharian. Memandangkan asid amino essential hanya boleh diperolehi melalui makanan, cara mudah ialah dengan megamalkan supplemen semulajadi yang terbukti berkesan dan selamat, bukannya supplemen sintetik yang belum tentu kesan dan faedahnya ke atas manusia.

Kenapa ESP menjadi pilihan terbaik?

Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

1)    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
2)    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
3)    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
4)    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Pastikan tubuh kita mendapat bekalan asid amino yang cukup untuk kesihatan yang unggul.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment