Wednesday 23 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH :Alfalfa Bantu Cegah Badan Berbau

Badan berbau? Masalah ni sangat menyeksakan terutama bagi wanita.Usah risau,Alfalfa Shaklee boleh selesaikan masalah badan berbau.

Masalah bau badan bukanlah masalah yang boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberikan kesan rendah diri kepada pemilik badan berbau. Kalau pun berwajah cantik, tampan atau segak bergaya, tetapi memiliki masalah bau badan, sudah tentu ia boleh menyebabkan rasa rendah diri kepada empunya diri. Orang sekeliling yang berurusan dengan mereka juga sudah tentu berasa kurang selesa. Jadi, sebelum masalah ini berlarutan, saya ingin berkongsi tentang suplemen yang mampu menyelesaikan masalah badan berbau ini.

Tapi, sebelum itu kita perlu tahu apa punca utama masalah bau badan ini. Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, sebahagian besarnya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan ataupun toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Sekiranya ada masalah seperti sembelit dan sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan boleh menyebabkan bau badan yang kuat.

Selain itu, tabiat banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiriod. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar peluh yang sangat aktif.

Cara Atasi :

1. Mandi dengan lebih kerap setiap hari. Kalau biasa mandi 2 kali sehari, apa kata selepas ini cuba mandi 3-4 kali setiap hari..tapi larat ke nak mandi banyak-banyak kali setiap hari?

2. Elakkan diri daripada banyak makan makanan yang kuat berbau seperti rempah ratus dan bawang putih.

3. Pakailah deodoron yang sesuai dengan badan sendiri.

4. Sentiasa keringkan ketiak setiap kali selepas mandi supaya bawah lengan sentiasa kering dan mengelakkan bau keringat yang kuat.

5. Mengamalkan ALFALFA Complex Shaklee yang boleh mengelakkan sembelit serta mengeluarkan toksin daripada badan supaya dapat mengelakkan bau yang tidak enak pada badan.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

kedai online saya
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment