Tuesday 5 January 2016

SHAKLEE TENOM SABAH:Jangan lagi mengambil minuman segera 3 dalam 1

Apa azam tahun baru anda sempena 2016 ini?Saya cadangkan berhentilah mengambil kopi @ teh instant yang lebih dikenali sebagai minuman 3 dalam 1.Ianya boleh memudaratkan kesihatan di samping membahayakan nyawa dalam jangka panjang.

Memang agak mudah disediakan kerana dalam sepaket telah tersedia gula dan krimmer yang menampakkan warna pada minuman yang amat enak diminum.Dulu saya pun adalah penggemar teh instant jenama XX juga.Tapi bilamana banyak info kesihatan dari agensi NGO dan pihak kementerian kesihatan mengeluarkan beberapa maklumat terkini tentang minuman yang mengandungi bahan-bahan terlarang ni lebih baik saya berhenti mengambilnya.

Minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.

Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara faktor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitu antara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkan minuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:

1) Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.

2) Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3) Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan

4) Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5) Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.

6) Jumlah kalori itu sama dengan dua keping roti atau sepinggan nasi.

7) Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

8) Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

Bagi saya,berpada-padalah mengambil minuman yang berkhasiat,mudah disediakan dan yang penting sesuai dengan tekak kita.Mencegah lebih baik daripada mengubati.Saya mendoakan agar para pembaca blog ini memilih yang terbaik dan diberikan kesihatan yang baik.Jumpa lagi!

#WinnersNetworkTeam
#SayaJualShaklee
#ShakleeTenomSabah

Hubungi saya pengedar sah Shaklee seluruh Malaysia.Saya akan bantu anda dalam konsultasi produk Shaklee dan jika ingin menjana pendapatan dengan Shaklee amat dialu-alukan kerana kami mempunyai team yang hebat dan terbukti berkesan membantu ramai orang.

Pm/whatapp 012~8373981 Irene
Penghantaran Poslaju seluruh Malaysia

Saturday 31 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH: 5 Khasiat Mentega Kacang yang ramai tidak tahu

5 Kebaikan Mentega Kacang Yang Anda Tidak Tahu

Mentega Kacang

Sesetengah orang tidak meminati mentega kacang kerana ianya manis dan berlemak. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama kita perolehi dan harganya mengikut kemampuan masing-masing. Tahukah anda, mentega kacang mempunyai kebaikan tersendiri yang anda tidak tahu. Jom kita lihat apakah 5 kebaikan ada pada mentega kacang ini :

1. Membina Otot

Dalam mentega kacang, terdapat protein penting untuk membina dan memperbaiki otot dalam tubuh manusia. Selain dari itu, ia dapat membantu menahan rasa lapar yang lama berbanding dengan sarapan yang lain.

2. Menjaga Kesihatan Jantung

Selain kaya dengan Protein, mentega kacang juga mengandungi lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu ini mampu melindungi kesihatan terutama jantung dari penyakit kardiovaskular. Jika pengambilan yang banyak, ia tidak berbahaya.

3. Menguatkan Tulang

Mentega kacang juga mengandungi kalsium dan megnesium yang tinggi bagi menguatkan tulang. Bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk orang dewasa dari mencegah penyakit osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.

4. Membaiki Saluran Pencernaan

Ia mengandungi serat yang baik bersama protein dan nutrisi yang lain. Jika anda mengalami masalah pencernaan, pengambilan mentega kacang juga baik untuk anda.Jangan fikir pisang sahaja boleh memulihkan pencernaan anda, mentega kacang juga boleh.

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Dengan kandungan protein, kalium, magnesium, antioksidan, serat, dan juga lemak tidak tepu sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jika kita amalkan, pasti kita kelihatan muda sentiasa.

Jadikan sarapan bersama roti dengan mentega kacang melengkapi sarapan pagi anda.

#ShakleeTenomSabah
#ShakleeMalaysia
#ShakleeMurah
#ShakleeMampuMilik

Hubungi saya Irene 0128373981
Untuk konsultasi vitamin anda dan jadilah sebahagian dari kami.

SHAKLEE TENOM SABAH:Promosi November Ini

Salam hari Ahad semua!

Hari ni nak update bermula 1 November promosi Vitamin C SR dan juga Vitalea for Children berlangsung selama sebulan.Teruja sangat nak update promosi Vitamun C SR ni.Best tau♡♡♡♡

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Apa yang nak saya tekankan di sini ialah sebagai pengguna setia produk ni selama 2 tahun saya mendapati walaupun vitamin c di pasaran  kebanyakkannya diperbuat daripada buah oren namun Vitamin C SR Shaklee ni eksklusif diperbuat daripada ekstrak buah jagung yang kurang berasid dan pengguna tidak akan mendapat gastrik.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee kawasan Sabah
Irene 0128373981

Wednesday 28 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Mengapa Shaklee pilihan kami sekeluarga?

Antara bisnes yang tetap bertahan dikala ekonomi bergelombang adalah bisnes berkaitan kesihatan.

Sebab orang TERKENA penyakit tak tengok taraf ekonomi, hanya tengok cara dia menjaga diri sebelum sakit.
Bila dah sakit (ini yang saya kata try-sick), mahu tak mahu.. memang kena cari jalan untuk kembali sihat.

Walaupun vitamin Shaklee bukan ubat, namun asbab bahan bahan utamanya dari sumber semulajadi, dan ia fokus pada keperluan asas tubuh badan.. dan dah berjaya bantu ramai orang kembali sihat..orang yang sudah TERKENA penyakit akan sanggup spend duit demi nak sembuh.

Kami bukan fokus nak untung semata-mata tapi Kami fokus nak ramai rakyat Malaysia kekal sihat bebas penyakit .Syukur juga poket kami pun berjaya sihat bila bantu orang sihat.

Happy Month Of Oktober

SHAKLEE TENOM SABAH:Bagaimana OmegaGuard membantu merawat sakit sendi

Hai selamat petang dan kembali bersiaran lagi.Mengapa saya suka cadangkan pengambilan omega guard dalam set sendi? Minyak ikan ni bertindak sebagai minyak pelincir dan membantu imflamasi @ radang pada sendi.Kiranya mudah saja sambungan sendi tu nak bergerak.Bukan sahaja warga emas yang mengalami masalah ini,mereka yang kurang mengambil kalsium,mengambil kafein berlebihan pun boleh terjejas kesihatan sendi mereka.Mari saya kongsikan sedikit nota ini ya.

Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.

Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.

Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.

Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Cara yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi adalah dengan menggunakan UBATAN dan SUNTIKAN. Tetapi ubatan dan suntikan ini hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara  waktu sahaja. Dan pengambilan secara banyak dan berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ badan.

Selain itu, kaedah pembedahan juga turut digunakan bagi merawat penyakit ini. Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu melakukannya disebabkan kos yang mahal, dan juga akan menyebabkan pergerakan menjadi terhad selepas pembedahan.

Jika anda ingin mengelakkan cara-cara ini dan inginkan cara yang lebih selamat, jom sambung pembacaan anda!

3 Langkah ke arah sendi yang sihat

Langkah 1: Membantu Mengekalkan Tulang Rawan Yang Sihat (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara, iaitu;

i- menyokong keselesaan sendi (melalui kesan daripada ekstrak Boswellia),

ii- meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina),

iii- memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).

cara ajht shaklee bertindak

Ekstrak Boswellia yang terdapat dalam AJHT ini telah diguna secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Di dalam ekstrak Boswellia ini terdapat  AKBA (Asetil-Keto-Beta-Boswellik Asid) yang merupakan agen anti-radang semulajadi. AKBA ini bertindak menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.

Langkah 2: Mengurangkan Inflamasi (Omega Guard)

Omega Guard dimasukkan ke dalam set sendi sihat ini kerana kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.

Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.

Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan yang hanyir.

Langkah 3: Mengekalkan Sel Tulang Yang Sihat (OsteMatrix)

OsteMatrix Shaklee bukan hanya sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya), vitamin D (merangsang penyerapan kalsium), boron (membantu dalam metabolisma tulang), serta mangan, tembaga, dan zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang).

Hanya dengan 3 langkah mudah segala keperluan nutrien untuk sendi yang sihat.Cubalah hari ini dan saya menunggu testimoni anda sendiri bagaimana khasiat supplemen ini membantu anda bergerak dengan bebas.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin untuk sendi yang bebas bergerak.
Perunding Kesihatan Shaklee anda
Irene Chew
PM/Whatapp/sms
0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia/Singapura/Brunei/Indonesia

SHAKLEE TENOM SABAH:Vitamin sihat untuk minda anak

Salam damai dan selamat petang pembaca blog entry irenevitamin.Masa kini ramai ibu bapa amat mementingkan perkembangan minda anak agar tumbuh dengan sihat dan cerdas.Saya sebagai ibu kepada 4 orang cahayamata juga mengambil supplemen yang berkhasiat seperti omega guard,mealshakes,lecithin dan juga vitamin c chewable sebagai pelengkap makanan tambahan mereka.Jom kita lihat apa kepentingan DHA kepada minda anak anda.

Kepentingan DHA Untuk Minda

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.


Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

*Meningkatkan daya fokus

*Perkembangan otak yang baik

*Menajamkan penglihatan

*Meningkatkan sistem imun

*Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.

*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.

*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

TESTIMONI

Puan Norita Idris

Lecithin membantu meningkatkan daya ingatan serta sangat bagus dalam membantu proses pembuangan yang lebih lawas.

Anak-anak saya dah amalkan dengan konsisten selain dari Omega Guard Shaklee. Sangat mudah bila dua beradik dah pandai makan.

Mereka makan setiap hari 2-3 biji Lecithin, 1 biji Omega, 1-2 biji Ostematrix, 1 biji Carotomax, minum ESP+PD+Mealshake setiap pagi dan malam.

Perkongsian dari Puan Norita yang telah mengamalkan pegambilan supplemen Shaklee selama 17 tahun.

Saya sangat teruja dengan perkembangan anak saya yang semakin fokus dan bertenaga walaupun sistem ko kurikulum di sekolah amat padat dan boleh menerima pembelajaran di sekolah serta di rumah.Jika anda pernah mengalami masalah atau ingin mendapatkan set kesihatan minda cerdas ni bolehlah hubungi saya.

Perunding Kesihatan Shaklee Anda
Irene Chew
PM/whatapp/sms
0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia/Brunei/Singapura/Indonesia

Monday 26 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Rawat Demam Kepialu dengan Shaklee

Apa itu Demam Kepialu @ tifoid ?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah,urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkit kepada orang lain.

Bagaimana Penularan Berlaku?

●    Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi
●    Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
●    Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi
●    Menggunakan bekalan air yang tidak bersih

Bahaya demam kepialu ini boleh menyebabkan:

1)    Bahagian usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan boleh menyebabkan pendarahan
2)    Bakteria yang masuk ke dalam sistem darah boleh menyebabkan komplikasi di organ-organ lain selain usus
3)    Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan secukupnya

Tanda-tanda anda menghidapi demam kepialu

Demam kepialu mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan segera.

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas, Sebaik-baiknya masak sendiri di rumah dan dapatkan bekalan air yang bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu

Di antara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil Vitamin E atau Vitamin C bagi tujuan menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang dan anda perlu menyimpan atau makan bila perlu iaitu Nutriferon iaitu suplemen yang dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. Bukan setakat demam kepialu sahaja, serangan bakteria dan virus lain dapat dicegah dengan pengambilan secara berterusan vitamin ini.Garlic complex pula dapat dijadikan sebagai antibodi untuk kesejahteraan secara keseluruhan.Malah serangan jerebu juga dapat dikurangkan.

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi.

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya di masa hadapan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat.

Hubungi saya perunding kesihatan Shaklee anda
0128373981 Irene
Penghantaran seluruh Malaysia

Sihat itu kekayaan