Thursday 15 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Mengapa Minyak Ikan diberi di Klinik Swasta berbanding klinik kerajaan?

Salam damai dan kembali bersiaran lagi...Petang ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman Dr.Hana iaitu pakar kanak-kanak di salah sebuah klinik kesihatan kerajaan yang menyatakan mengapa minyak ikan diberikan kepada ibu mengandung seawal usia kandungan 3 bulan sehingga 7 bulan iaitu pada trimester kedua dan ketiga.

Kebanyakan klinik swasta memberikan preskripsi vitamin termasuk minyak ikan manakala di klinik kerajaan ibu hamil hanya dibekalkan dengan vitamin mengikut kesesuaian ibu hamil seperti ferrous fumarate,B complex,magnesium.Minyak ikan tidak dibekalkan oleh kementerian kesihatan disebabkan oleh faktor kos yang agak mahal.Berikut saya sertakan di sini perkongsian dari Dr Hana.

PRIVATE LEBIH CANGGIH?

Klient hamil saya yang ada checkup di private, biasanya akan menerima antenatal supplemen yang lebih "canggih" sedikit berbanding di klinik kesihatan kerajaan. Antara supplemen yang mereka dapati dari private hospital, adalah fish oil seperti Neurogain.

.
Kajian memang menunjukkan Omega-3 diperlukan untuk pembentukan neurologi (termasuk otak) serta perkembangan visual (penglihatan) bayi dalam kandungan. Ketika mengandung, dijangka ibu akan kekurangan Omega-3 kerana banyak yang disalurkan kepada bayi dalam rahim.

.
Selepas bersalin, Omega-3 (terutamanya DHA dan EPA) turut menjadi antara "ramuan" penting untuk penghasilan susu badan yang berkualiti, yang akan terus merangsang perkembangan otak dan visual si bayi yang menyusu. Tanpa pengambilan yang mencukupi, Omega-3 akan terus berkurang dan berkurang dalam badan si ibu, apatah lagi bila ia mengandung, menyusu, mengandung, dan menyusu silih berganti.

.
Omega-3 banyak terdapat di dalam ikan seperti sardin, herring, salmon dan sebahagian ikan lain. Tetapi ikan segar dari laut kadangkala dicemari toksin seperti merkuri yang merbahaya terutama untuk ibu mengandung. Atas faktor ini, American Pregnancy Association mencadangkan supaya Omega-3 diambil dari PURIFIED FISH OIL SUPPLEMENTS.

.
Kerana faktor kos, klinik kesihatan kerajaan tidak memberikan fish oil supplements secara rutin. Tapi, saya amatlah menggalakkan pengambilan Omega-3 purified fish oil sebagai salah satu supplemen ibu hamil & ibu menyusu sekalian, kerana banyak research membuktikan pengambilan Omega-3 oleh ibu hamil memberikan efek positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi selepas lahir

-Kredit Sharing Dr Hana -

Bulan Oktober ni berlangsung lagi promosi omega guard beli 6 botol percuma sebotol @ boleh juga membeli dengan diskaun 5 % dengan 2 botol sahaja.Sungguh jimat dan berbaloi dengan nilai wang.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment