Wednesday 28 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Bagaimana OmegaGuard membantu merawat sakit sendi

Hai selamat petang dan kembali bersiaran lagi.Mengapa saya suka cadangkan pengambilan omega guard dalam set sendi? Minyak ikan ni bertindak sebagai minyak pelincir dan membantu imflamasi @ radang pada sendi.Kiranya mudah saja sambungan sendi tu nak bergerak.Bukan sahaja warga emas yang mengalami masalah ini,mereka yang kurang mengambil kalsium,mengambil kafein berlebihan pun boleh terjejas kesihatan sendi mereka.Mari saya kongsikan sedikit nota ini ya.

Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.

Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.

Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.

Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Cara yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi adalah dengan menggunakan UBATAN dan SUNTIKAN. Tetapi ubatan dan suntikan ini hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara  waktu sahaja. Dan pengambilan secara banyak dan berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ badan.

Selain itu, kaedah pembedahan juga turut digunakan bagi merawat penyakit ini. Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu melakukannya disebabkan kos yang mahal, dan juga akan menyebabkan pergerakan menjadi terhad selepas pembedahan.

Jika anda ingin mengelakkan cara-cara ini dan inginkan cara yang lebih selamat, jom sambung pembacaan anda!

3 Langkah ke arah sendi yang sihat

Langkah 1: Membantu Mengekalkan Tulang Rawan Yang Sihat (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara, iaitu;

i- menyokong keselesaan sendi (melalui kesan daripada ekstrak Boswellia),

ii- meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina),

iii- memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).

cara ajht shaklee bertindak

Ekstrak Boswellia yang terdapat dalam AJHT ini telah diguna secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Di dalam ekstrak Boswellia ini terdapat  AKBA (Asetil-Keto-Beta-Boswellik Asid) yang merupakan agen anti-radang semulajadi. AKBA ini bertindak menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.

Langkah 2: Mengurangkan Inflamasi (Omega Guard)

Omega Guard dimasukkan ke dalam set sendi sihat ini kerana kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.

Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.

Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan yang hanyir.

Langkah 3: Mengekalkan Sel Tulang Yang Sihat (OsteMatrix)

OsteMatrix Shaklee bukan hanya sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya), vitamin D (merangsang penyerapan kalsium), boron (membantu dalam metabolisma tulang), serta mangan, tembaga, dan zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang).

Hanya dengan 3 langkah mudah segala keperluan nutrien untuk sendi yang sihat.Cubalah hari ini dan saya menunggu testimoni anda sendiri bagaimana khasiat supplemen ini membantu anda bergerak dengan bebas.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin untuk sendi yang bebas bergerak.
Perunding Kesihatan Shaklee anda
Irene Chew
PM/Whatapp/sms
0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia/Singapura/Brunei/Indonesia

No comments:

Post a Comment