5 Kebaikan Mentega Kacang Yang Anda Tidak Tahu
Mentega Kacang
Sesetengah orang tidak meminati mentega kacang kerana ianya manis dan berlemak. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama kita perolehi dan harganya mengikut kemampuan masing-masing. Tahukah anda, mentega kacang mempunyai kebaikan tersendiri yang anda tidak tahu. Jom kita lihat apakah 5 kebaikan ada pada mentega kacang ini :
1. Membina Otot
Dalam mentega kacang, terdapat protein penting untuk membina dan memperbaiki otot dalam tubuh manusia. Selain dari itu, ia dapat membantu menahan rasa lapar yang lama berbanding dengan sarapan yang lain.
2. Menjaga Kesihatan Jantung
Selain kaya dengan Protein, mentega kacang juga mengandungi lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu ini mampu melindungi kesihatan terutama jantung dari penyakit kardiovaskular. Jika pengambilan yang banyak, ia tidak berbahaya.
3. Menguatkan Tulang
Mentega kacang juga mengandungi kalsium dan megnesium yang tinggi bagi menguatkan tulang. Bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk orang dewasa dari mencegah penyakit osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
4. Membaiki Saluran Pencernaan
Ia mengandungi serat yang baik bersama protein dan nutrisi yang lain. Jika anda mengalami masalah pencernaan, pengambilan mentega kacang juga baik untuk anda.Jangan fikir pisang sahaja boleh memulihkan pencernaan anda, mentega kacang juga boleh.
5. Meningkatkan Kesihatan Kulit
Dengan kandungan protein, kalium, magnesium, antioksidan, serat, dan juga lemak tidak tepu sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jika kita amalkan, pasti kita kelihatan muda sentiasa.
Jadikan sarapan bersama roti dengan mentega kacang melengkapi sarapan pagi anda.
#ShakleeTenomSabah
#ShakleeMalaysia
#ShakleeMurah
#ShakleeMampuMilik
Hubungi saya Irene 0128373981
Untuk konsultasi vitamin anda dan jadilah sebahagian dari kami.