Friday 26 December 2014

Rawat penyakit chikungunya dengan supplemen semulajadi!

Selamat membaca kepada pembaca entri blog irenevitamin pada pagi ini..Saya rasa kita patut mengetahui serba sedikit keadaan selepas banjir yang melanda di beberapa negeri dalam Malaysia yang mengalami bencana alam seperti banjir yang sedang berlaku.Selain penyebaran penyakit denggi,masyarakat tentu tahu juga tentang penyakit bawaan nyamuk iaitu chikungunya. Agak asing daripada kita yang belum pernah mengalami penyakit ini.Namun jangan bimbang,dengan kaedah pembersihan kawasan sekitar dan langkah-langkah meningkatkan sistem imuniti badan seseorang mampu melawan penyakit ini.

Fakta-Fakta mengenai penyakit Chikungunya

1. Apa itu Penyakit Chikungunya?

Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk.  Chikungunya pertama kali dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di Negara Eropah. Ia endemik (selalu berlaku) di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, Asia Tenggara, Indonesia dan Filipina. Ia bukanlah satu penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.

Nyamuk Aedes

2. Bagaimana penyakit ini boleh berlaku?
Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae.

3. Adakah ia berjangkit?
Ya. Virus Chikungunya berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut. Nyamuk Aedes juga menyebarkan virus penyakit demam denggi.

4. Apakah masa pengeraman bagi Chikungunya?
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari 3 hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya di antara dari 3 hingga 7 hari.

5. Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

    Demam panas mengejut

    Sakit teruk pada sendi

    Ruam pada badan

    Sakit kepala Seorang pesakit boleh demam dari dari 1 hingga 7 hari (kebiasaannya 5 hari).

Penyakit Chikungunya boleh disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

6. Adakah penyakit ini boleh membawa maut?
Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berumur boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

7. Apakah rawatan bagi penyakit ini?
Seperti penyakit-penyakit yang disebabkan oleh virus, ia tiada rawatan yang khusus. Selalunya rawatan diberi berdasarkan gejala klinikal yang dialami oleh seseorang pesakit. Kebanyakan kes yang terjadi hanya memerlukan rawatan pesakit luar sahaja. Tiada vaksin bagi penyakit ini.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika dijangkiti penyakit?
Jika mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, orang ramai adalah dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

9. Cara pencegahan penyakit Chikungunya

    Guna sapuan pencegah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
    Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
    Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk.

    Bersihkan kawasan rumah dan persekitaran supaya bebas daripada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Ini boleh dilakukan melalui aktiviti gotong royong. Adalah terbukti tiada kes baru yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang melakukan gotong- royong.

    Periksa rumah dan persekitaran sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes.

    Dapatkan rawatan dengan segera di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami tanda dan gejala penyakit

10. Perbezaan antara demam denggi dan penyakit chikungunya ?
Chikungunya tidak ada pendarahan hebat, renjatan mahupun kematian. Dengan rehat yang secukupnya serta rawatan asimptomatik, penyakit ini akan sembuh sendiri dalam masa 7 hari

11. Bolehkah kawasan saya dijangkiti penyakit Chikungunya?
Boleh, kerana penyakit ini dibawa oleh nyamuk Aedes albopictus dan Aedes aegypti yang terdapat di negara kita.

12. Situasi semasa penyakit Chikungunya di seluruh negara

Sumber info;
Hospital Daerah Kuala Penyu,Sabah

Bagaimana supplemen shaklee rawat penyakit chikungunya?

  Nutriferon, Zinc & Vitamin C

     Bantu badan percepatkan penghasilan antibodi untuk lawan virus chikungunya.

        Performance Drink

      Kawal keseimbangan paras elektrolit dalam badan dan elak badan kehilangan air/dehidrasi

Zinc Complex

Zinc Complex adalah supplemen untuk meningkatkan sistem imunisasi badan manusia melawan penyakit.Ianya dapat membantu dalam penyembuhan luka.

Vitamin C 500mg (sustained released)

Membekalkan anti oksidan semulajadi dengan mengekalkan integriti sel.Selain itu dengan pengambilan vit c ini juga dapat memperbaiki salur darah.

Memang tiada ubat untuk rawat penyakit chikungunya.  Sebab itu mereka yang disahkan penyakit ini akan dibekalkan ubat seperti paracetamol dan air garam dalam bentuk peket sahaja. Sementara itu doktor hanya mampu berikan air supaya tidak dehidrasi. Ada setengah doktor berikan antibiotik (tidak membantu sebenarnya) dan kebanyakan doktor akan tunggu badan hasilkan antibodi sendiri. 

Itulah yang supplemen Shaklee bantu. Bezanya dengan pengambilan Shaklee, badan lebih cepat hasilkan antibodi yang diperlukan untuk lawan virus chikungunya rawat demam dan sakit sendi dengan cepat.

=========================================
Sihat dan Berjaya.
Jom sertai kami.Bagaimana ingin menjadi ahli?

Berminat untuk mencuba vitamin terbaik di Malaysia ini Sila hubungi saya segera :
Perunding Vitamin Anda :

Irene Chew
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Negeri Sabah.
Cod/by hand Tenom,Sabah
Gdex seluruh Malaysia Contact No : 012-8373981 (whatsapp/instagram)

Email : irene_adel26@yahoo.com

FANPAGE FB: https://www.facebook.com.irenevitamin.com
FB :Irene Chew

Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee
Anda boleh dapatkan konsultasi percuma &  produk Shaklee dari saya.Hubungi Segera.

No comments:

Post a Comment