Monday, 21 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Bantu Kekurangan Gula dalam Darah (Hypoglycemia)dengan ESP!

Selamat pagi dan Salam sejahtera para pembaca entri blog irenevitamin.Istilah perubatan  hypoglycemia memang agak jarang disebut namun bila disebut kekurangan gula dalam darah ramai yang tahu sebabnya ramai masyarakat di Malaysia mengalami masalah tekanan gula rendah ni.Apa yang membimbangkan,ianya boleh membawa maut!

Hipoglisemia terjadi apabila individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

    Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).

GULA RENDAH DALAM DARAH, HIPOGLISEMIA, Kurang Gula Dalam Darah ,

Untuk pesakit yang menghidapi kencing manis, hipoglisemia boleh berlaku akibat ubat-ubatan kencing manis seperti insulin atau sulfonilurea.

Untuk individu yang tidak menghidapi kencing manis, hipoglisemia merujuk kepada tahap gula yang rendah hingga menimbulkan tanda dan simptom kepada individu tersebut.

Apakah tanda-tandanya menghadapi masalah kurang gula dalam darah

●    Kepenatan

●    Penglihatan kabur atau mengalami perubahan visual seperti aura atau kilat

●    Tidak mampu untuk memberikan perhatian penuh pada pekerjaan

●    Berpeluh

●    Kulit menjadi pucat dan sejuk

●    Pertuturan menjadi tidak jelas

●    Untuk hipoglisemia yang serius, individu itu boleh menjadi tidak sedarkan diri atau mengalami sawan

Jika anda menunjukkan mana-mana tanda yang disebut di atas, sila periksa aras gula dalam darah anda menggunakan mesin glukometer.

Panduan makanan untuk pesakit hipoglisemia

Kawalan  makanan sangat penting dalam rawatan penyakit kencing manis.Patuhilah nasihat doktor anda mengenai makanan. Makanan harian yang anda patut makan bergantung kepada beberapa faktor seperti berat badan, umur, pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan oleh anda dan keadaan penyakit anda.

Adalah mustahak bahawa makanan harian mestilah seimbang iaitu, mengandungi semua bahan-bahan yang diperlukan oleh badan anda untuk kesihatan dan juga memberi tenaga untuk menjalankan tugas harian

Makanan yang patut dielakkan bagi pesakit hipoglisemia

●    Gula

●    Gula Melaka

●    Coklat

●    Jem

●    Madu

●    Sirap

●    Aiskrim

●    Biskut-biskut yang manis

●    Susu pekat manis

●    Minuman ringan

●    Gula-gula jeli.

Makanan yang patut dikurangkan bagi pesakit hipoglisemia

●    Nasi, Roti

●    Ubi kentang

●    Ubi keledek

●    Ubi kayu

●    Jus, Kelapa

●    Daging kambing

●    Buah-buahan jeruk

●    Bahan-bahan tenusu.

Makanan yang boleh dimakan dengan bebas bagi pesakit hipoglisemia

●    Serbuk lada

●    Rempah-rempah

●    Serbuk kari

●    Cecair air

●    Kopi

●    Jus tomato

●    Limau

●    Sup cair,

●    Sayur-sayuran

●    kacang panjang

●    Kobis

●    Bawang, timun

●    Lobak merah

●    Kangkung

●    Sawi

●    Cendawan

●    Bayam

●    Tomato

●    Bunga kobis

●    Kacang bendi

●    Terung

●    Petola.

Penjagaan berat badan

Penyakit kencing manis berlaku dengan lebih kerap di kalangan orang yang mempunyai berat badan yang berlebihan. Didapati bahawa tindakan insulin berkesan dalam orang yang gemuk. Amatlah penting bagi pengidap kencing manis untuk sentiasa ,menjaga berat badan. Kalau berat badan turun, badan dapat menggunakan gula dalam darah dengan lebih sempurna dan dengan itu, kadar gula dalam darah akan turun.

Jika anda gemuk.Kurangkan makanan !

Terutama makanan yang terlalu banyak karbohidrat dan lemak.Cuba melakukan senaman setiap hari seperti berjalan dan berkebun. Senaman yang dilakukan secara teratur adalah sangat baik untuk penyakit kencing manis kerana ini dapat menambahkan lagi pembakaran gula dalam otot-otot dan dengan itu mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Pengaliran darah juga bertambah baik. Perkara untuk diawasi : kalau anda kurang aktif dan sudah lama tidak bersenam, dapatkan nasihat doktor anda sebelum memulakan apa-apa senaman.

Mengelakkan jangkitan

Pesakit kencing manis lebih mudah mendapat jangkitan daripada orang biasa. Oleh itu, anda perlu menjaga diri sendiri melalui langkah-langkah berikut :

●    Selalu menjaga kebersihan diri

●    Cucikan kaki dan jari-jari kaki dengan menggunakan sabun dan air

●    Keringkan kaki dan sapukan bedak,

●    Mandilah selalu

●    Sapukan bedak di bahagian-bahagian kulit yang berpeluh berlebihan

●    Jaga kebersihan gigi

●    Menjauhkan diri dari kecederaan,jangan berjalan tanpa kasut atau selipar

●    Berhati-hatilah semasa memotong kuku jari dan jari kaki,

●    Bersih dan balutkan mana-mana luka yang ada

●    Berhati-hati semasa bercukur.

Penjagaan kaki

Kalau peredaran darah di bahagian kaki anda tidak dapat mengalir dengan sempurna atau diganggu, ini boleh membawa akibat yang buruk dan mungkin boleh menghilangkan kaki anda disebabkan oleh jangkitan yang melarat. Oleh itu, sentiasa perlu menjaga kaki anda.

Jangan menyilangkan kaki anda semasa duduk pada suatu masa yang lama, jangan pakai kasut yang ketat, sentiasa urutkan kaki anda.Setiap hari berbaringlah dengan meletakkan kaki di paras yang lebih tinggi dari badan anda untuk beberapa minit.

Saranan Shaklee

ESP
Susu soya non-GMO ni sangat digalakkan untuk diambil kerana dapat memberikan tenaga segera dan tiada kandungan kolestrol dan yang penting sekali ESP ni dapat membantu penyerapan vitamin lain untuk memberikan fungsi yang baik.

Ostematrix - magnesium penting untuk metabolisme karbohidrat (gula)

B Complex - penting untuk metabolisme karbohidrat (gula)

Vitamin C Plus - Untuk kekurangan pada kelenjar adrenal

Alfalfa - Kronium dalam alfalfa sangat penting untuk metabolism glukos

Jika anda ingin mendapatkan set untuk mengatasi masalah tekanan gula rendah ni bolehlah hubungi saya dan saya sedia bantu anda.

#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment