Demam kuning @ jaundis bagi bayi kerap berlaku seawal usia bayi 24 jam selepas dilahirkan.Ianya sangat merisaukan bagi ibu bapa muda yang belum berpengalaman tidak terkecuali saya sendiri.Kelahiran anak pertama kami,Darryl Ivan dan kedua Dexter Dwayne disambut dengan penuh kesyukuran namun apabila jururawat masyarakat setempat datang melawat saya dan bayi,mereka menyatakan perlunya membawa bayi saya ke hospital untuk diambil darah.Tujuannya ialah untuk mengetahui paras bilirubin dalam darah.
Melalui pengalaman saya sebelum ini,bayi akan kerap tidur daripada menyusu.Mereka akan tidur dalam jangka masa yang lama dalam 3 jam ke atas.Sebagai ibu muda yang kurang pengalaman ni saya hanya membiarkan sahaja dan berpendapat sudah menjadi kebiasaan bagi bayi seawal usia sehari ni lebih suka tidur daripada berjaga dan menyusu.Rupanya paras bilirubin semakin meningkat dari paras muka,ke paras dada dan yang lebih teruk lagi sehingga paras kaki.Sungguh jika diputarkan masa kembali saya lebih rela mengejutkan bayi saya agar lebih kerap menyusu,agar proses perkumuhan mereka iaitu kencing berak lebih kerap kali. Demam kuning pun akan hilang mengikut kencing berak mereka.Saya ceritakan serba sedikit tentang demam kuning ni.
APA ITU DEMAM KUNING?
Demam kuning ataupun Jaundis adalah penyakit biasa di kalangan bayi yang baru dilahirkan.
Ia berpunca daripada hati yang masih belum matang untuk memusnahkan dan menyingkirkan sel darah merah yang sudah mati (tanpa oksigen) daripada badan bayi. Bahan kimia yang terbentuk daripada penguraian sel darah merah tersebut dipanggil bilirubin.
Apabila bilirubin melebihi tahap normal, kekuningan jaundis akan bergerak daripada kepala ke tengkuk, ke dada dan boleh hingga ke jari kaki (tahap bilirubin yang tinggi ni, perlu ditahan di hospital).
KENAPA JADI KUNING?
Hasil penguraian sel darah merah akan menghasilkan bilirubin yang bertoksik dan berwarna kuning. Maka, apabila kandungan bilirubin terlalu banyak dalam darah bayi, warna kuning tersebut akan jelas kelihatan pada organ bayi terutama sekali mata dan kulit bayi.
Proses penguraian sel darah merah sememangnya adalah proses yang normal kerana sel darah merah hanya boleh bertahan lebih kurang 100 hari sahaja. Cuma , jika hati bayi belum matang, proses ini tidak dapat berjalan lancar dan cepat. Selama dalam kandungan, hati ibu berperanan untuk menyingkirkan bahan kumuh daripada ibu dan bayi, tetapi setelah dilahirkan, hati bayi sepatutnya akan mengambil alih fungsi menyingkirkan toksin termasuklah bilirubin tadi .
Billirubin yang di proses akan dibuang sebagai najis atau air kencing. Najis baby yang warna gelap adalah sebab ianya mempunyai kandungan billirubin. Maksudnya, hati baby tu berfungsi dengan baik.
CARA RAWATAN
1) Cara yang paling berkesan untuk memastikan bilirubin dibuang melalui najis adalah dengan penyusuan susu ibu yang kerap. Kolustrum sangat penting dalam dua hari pertama selepas kelahiran kerana kolustrum membantu untuk merendahkan tahap bilirubin. Perlu dikejutkan bayi selang di antara 2 jam untuk menyusukan kerana bayi yang mengalami jaundis tinggi akan sentiasa tidur dan kurang aktif.
2) Untuk yang lebih kritikal, diletakkan di bawah lampu cahaya biru.(phototherapy). Bayi perlu ditanggalkan keseluruhan pakaiannya agar kulit mereka terdedah kepada cahaya tersebut. Sinar uv daripada cahaya itu akan menggalakkan aktiviti hati .
3) Sekiranya sangat teruk dan kronik, proses pemindahan darah diperlukan untuk membekalkan darah merah baharu yang sihat kepada bayi anda.
ADAKAH IBU PERLU RISAU?
Kebanyakan ibu bapa muda akan panik apabila bayi mereka mengalami jaundis. JANGAN RISAU ! Jaundis di kalangan bayi TAK SAMA dengan jaundis di kalangan dewasa yang kebiasaannya disebabkan masalah kegagalan hati berfungsi. 60% bayi matang mengalami jaundis padahari ke-3 kelahiran dan 80% bayi pra-matang(prematured) berpotensi untuk mendapat jaundis. Ia biasanya akan pulih dalam masa sebulan selepas kelahiran.
Masalah jaundis di kalangan bayi hanyalah kerana HATI MEREKA MASIH BELUM MATANG untuk menyingkirkan bilirubin yang berlebihan dalam badan. Beri bayi anda masa untuk hati mereka matang dan boleh berfungsi untuk menyingkirkan segala toksik.
Hanya jika ia bukanlah kes yang serius, kebiasaannya jaundis bayi tidak akan merosakkan organ bayi. Kebanyakan jaundis adalah mild jaundis dan ianya akan hilang sendiri dan bersifat sementara. namun ianya boleh menjadi bahaya jika kandungan bilirubin terlalu tinggi boleh menjejaskan pendengaran bayi anda. Oleh itu awasi tanda-tanda jaundis dan segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Bagaimana ESP membantu merawat demam kuning?
Esp diperbuat daripada sumber protein terbaik daripada kacang soya yang ditanam secara semulajadi.Ianya diproses dengan kaedah tanpa pemanasan terlampau dan dicuci dengan air bukan alkohol.
Pengambilan ESP semasa bayi menyusu dapat mengurangkan demam kuning bayi apabila bayi menyusu kerana ESP akan memekatkan air susu dan bayi akan cepat berasa kenyang. Esp juga membantu mengemulsi lemak untuk kesihatan hati,ginjal dan buah pinggang.Air susu akan meriah dan payudara terasa penuh walaupun selepas bayi menyusu.Apabila bayi kerap menyusu ianya bagus untuk sistem penghadaman mereka agar dapat berfungsi dengan baik.Paras jaundis bayi akan segera kembali ke paras normal kurang dari 2 minggu.
#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment