Masyarakat hari ini terdedah kepada penyakit mental yang membahayakan emosi mental dan aktiviti seharian.Pengambilan supplemen yang bersesuaian sangat membantu untuk menstabilkan emosi fizikal dan mental seseorang.Namun ianya mestilah disertai dengan kemahuan individu tersebut untuk memperbaiki diri.
Apa itu depresi?
Anda mesti biasa dengar perkataan depresi, betul tak? Tapi anda tahu apa maknanya? Gangguan kesihatan yang menyebabkan kecelaruan perasaan dan fikiran. Apabila seseorang mengalami depresi, segala aktiviti harian akan terganggu, tidak mampu lagi untuk fokus atau memberi tumpuan. Depresi ada mirip stres. Namun stres berlaku pada waktu yang singkat dan akan berasa lega setelah sesuatu masalah itu diselesaikan. Manakala depresi boleh juga dikaitkan dengan sakit jiwa kadang kala sesetengah individu boleh mengambil tindakan dengan membunuh diri. Ini berlaku kerana jiwa mereka berada dalam keadaan tidak normal.
Apakah tanda-tanda (gejala) depresi?
● Sering merasa sedih
● Berasa marah yang keterlaluan walau dalam hal yang kecil
● Insomnia (susah tidur)
● Kurang selera makan dan hilang berat badan
● Lambat berfikir dan bertindak
● Sering berasa gelisah
● Menangis dengan tiba-tiba (tiada sebab)
● Sering merasa sedih dan tidak bahagia tanpa sebab
● Berasa sakit kepala
● Sering mengingati kesalahan lampau
● Berfikir tentang kematian, kejatuhan, kesedihan
Bagaimana cara mengatasi depresi?
Tidak ada cara yang khusus namun begitu ia boleh dielakkan dengan cara belajar mengawal stres dengan baik. Persahabatan dan komunikasi yang baik dengan orang di sekeliling amat membantu.
Bagaimana tangani stres?
Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kehidupan yang penuh dengan kesibukan akan mengundang stres. Stres berpanjangan dan tidak dikawal boleh membawa kepada depresi. Salah satu cara untuk atasi stres adalah dengan amalkan vitamin B-Complex.
Tahukah anda vitamin B-Complex juga dikenali sebagai vitamin anti-stres. Vitamin B-Complex adalah vitamin yang sangat lengkap dengan kesemua keperluan iaitu mengandungi vitamin B1,B2, B3, B5, B6, B12, folic acid, dan Biotin.
Antara khasiat vitamin B-Complex adalah melawan tekanan iaitu meredakan sakit kepala, mengelakkan kemurungan dan insomnia. Ia juga baik untuk mengurangkan keletihan dan kelesuan. Vitamin B-Complex sangat disarankan pengambilannya sebelum memulakan sebarang tugasan iaitu selepas sarapan pagi.
Banyak gejala kemurungan berkait rapat dengan KEKURANGAN MINERAL dan VITAMIN dalam badan. Antara makanan yang boleh membantu gejala kemurungan ialah Salmon.
Salmon mengandungi Omega-3 asid lemak, yang dikenali sebagai EPA. Omega-3 asid lemak membantu sel-sel otak kita untuk berkomunikasi antara dua neurotransmitter serotonin dan dopamin yang membantu untuk mengawal mood. Para penyelidik telah menyatakan bahawa mereka yang mempunyai tahap omega-3 yamg rendah dalam darah berkemungkinan akan mendapat kemurungan. Omega-3 juga boleh meningkatkan kesihatan kardiovaskular dan menurunkan tahap kolesterol dalam badan. secara tidak langsung bagus untuk kesihatan jantung dan darah tinggi.
Ostematrix membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi.
Sebanyak 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.
400 IU (100% DV) vitamin D diperlukan untuk merangsang penyerapan kalsium.Ostematrix ni merupakan tablet bersalut yang diformulasikan supaya mudah ditelan.Sangat sesuai diambil oleh mereka yang mengalami depresi.
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment