Monday, 21 September 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : 10 jenis makanan penentang Strok dan Lemah Jantung


10 MAKANAN ELAK ARTERI TERSUMBAT

Arteri tersumbat ni kita perlu jauhi sebab ia boleh membawa penyakit jantung, darah tinggi, strok dan juga maut! Arteri kita akan tersumbat apabila lemak-lemak  LDL terlalu banyak dalam darah lalu menempel pada dinding salur darah. Bila dah menempel lama kelamaan ia akan semakin banyak dan menimbun lalu mengeras. Bila dah sampai tahap ni, memang bahaya kerana darah tak boleh mengalir dengan lancar.

Itu yang boleh kena strok, koma sebab salur darah tu sudah tersumbat dan boleh pecah! Darah yang tak boleh mengalir dengan lancar pun sudah cukup untuk mengundang pelbagai jenis penyakit.Inikan pula bila salur darah pecah.

Oleh itu, amat penting untuk menjaga pemakanan kita supaya perkara-perkara  ini boleh dielakkan.

cegah dan atasi strok, penyakit jantung

Jom tengok 10 makanan yang membantu untuk mengelakkan arteri tersumbat;

1.) Bawang putih
Bawang putih diketahui telah digunakan sejak zaman purba bagi merawat penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Berdasarkan pada kajian, bawang putih mampu menghalang salur darah dari mengeras dan menjadi tempat pembentukan plak.

2.)  Anggur
Anggur sangat kaya dengan flanovoids, quercetin dan resveratrol. Flanovoid ditemui dapat menghalang proses okdidasi kolesterol jahat (LDL) yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding salur arteri. Ia juga merendahkan risiko darah tersumbat yang boleh membawa kepada serangan penyakit jantung.

3.)  Bayam
Bayam sangat kaya dengan potassium dan asid folik dimana ia bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein, sejenis carotenoid yang mampu menghalang serangan jantung dengan melindungi arteri bebas dari pembentukan kolesterol.

4.) Ikan
Satu kajian dari Southampton University telah menemui bahawa minyak Omega 3 yang terdapat pada ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pembentukan lemak dalam arteri. Asid lemak ini menghalang oksidasi kolesterol dan tragedi darah tersumbat.

5.)  Minyak zaitun
Kolesterol yang teroksidasi akan melekat pada dinding arteri lalu membentuk plak. Lemak monosaturated yang terdapat dalam minyak zaitun apabila bercampur dengan molekul kolesterol akan mengurangkan kadar oksidasi pada kolesterol tersebut.

6.)  Tomato
Berdasarkan pada kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari Korea, lycopene, kompaun dalam tomato yang memberikan ia warna membantu menghalang arteri dari mengeras.

7.) Buah delima
Jus dan buah delima yang sangat tinggi dengan antioksidan bukan sahaja dapat menghalang arteri dari mengeras dan rosak malah dapat mengundurkan semula progres penyakit ini.

8.)Kiwi dan cantaloupe (kalau di pasaraya nama dia rock melon)
Makanan yang kaya dengan antioksidan ini mengurangkan kesan toksik kolesterol LDL, yang terbentuk semasa penghasilan plak dalam arteri. Kiwi dan cantaloupe ni mampu menghapuskannya malah menghalangnya dari merebak. Makanlah secawan cantaloupe atau kiwi sehari untuk mengawal masalah darah tersumbat.

Rock melon a.k.a Cantaloupe

9.) Jus kranberi
Ia meningkatkan kebolehan sel-sel tubuh untuk menukarkan lemak kepada tenaga sekaligus menghalang ia dari menimbun dalam salur darah.

10.) Oat
Oat mengandungi serat yang akan melekatkan dirinya pada kolesterol dan membawa ia keluar dari sistem tubuh kita. Kajian menunjukkan, dengan memakan 1setengah hingga 2setengah cawan oat setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol sebanyak 20%.

Pengambilan ESP Memberi rasa kenyang yang lama sekaligus membantu dalam pengurusan berat badan.Ianya
menyokong kesihatan imunisasi badan dan
mengawal paras kolesterol.Selain itu ia
menyokong kesihatan jantung dan prostat.
Membantu penyerapan vitamin lain dengan lebih baik.
Kesimpulannya…
ESP membantu membentuk sel-sel badan kita yang sihat. Sel yang sihat akan dapat menyerap nutrien dari vitamin lain yang kita makan dengan lebih baik. Sekiranya sel kita tidak sihat, vitamin akan mengambil masa lebih lama utk diserap dengan efektif ke dalam badan. Jadi lambatlah sikit baru nampak kesannya.
Sebaiknya ambil ESP sebagai basic vitamin anda.

Bertindak dari sekarang dengan mengambil susu soya rendah lemak yang tiada kolestrol.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment