Showing posts with label cod pekan tenom sabah. Show all posts
Showing posts with label cod pekan tenom sabah. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

Pencerahan daripada Dr.Malinda Mohd.Ali

Perkongsian hari saya ingin mengongsikan dengan para pembaca bagaimana rahim membengkak dan apa pandangan beliau tentang simptom-simptomnya


THURSDAY, 4 SEPTEMBER 2014

Kenapa Rahim Membengkak?

*This entry is a purely copy paste from Dr Malinda Mohd Ali's personal facebook page. Dr Malinda is a consultant at Future Wellness as well as Dr Malinda Health & Beauty Clinic. Semoga bermanfaat ;)


Kenapa Rahim Bengkak?



Contoh ilustrasi rahim yg membengkak

Ramai pula yang inbox saya tentang isu ini. So, better saya buat sedikit 'press conference'. hihi.. Untuk kita semua lebih jelas.

Ok. 

Basically,

Rahim = Uterus (terdiri dari pangkal rahim, badan rahim dan saluran fallopian)

Kilang telur = Ovari.


Rahim = Uterus
Ovari = Kilang telur

Ramai pesakit saya tak pasti samada uterus atau ovari yang sebenarnya membesar, so mereka akan just kata 'rahim'. 

So, jika anda berhadapan dengan perkara ini, lebih baik dapatkan diagnosis sebenar pada doktor. Uterus atau ovari yang bengkak?

Uterine fibroid atau Ovarian cyst adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai 'rahim bengkak'.

Kajian menunjukkan bahawa 20-50% wanita mempunyai sekurang-kurangnya 1 fibroid dan kebanyakkan mereka tidak pernah tahu atau tidak di diagnosis oleh mana-mana doktor ataupun accidentally dikesan semasa melakukan scan. (Rujukan: Life extension book : Disease prevention and treatment; 2003: Page 1569). 

Dalam 99% kes uterine fibroid, ia adalah bukan jenis kanser.

Sehingga sekarang, tidak ada seorang doktor atau saintist yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku. Anda tidak boleh menuding jari mengatakan rahim anda bengkak di sebabkan satu perkara sahaja. Sesuatu diet, produk atau apa-apa supplement.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cyst berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor, di antaranya adalah kerana :


1. Hormon Estrogen yang berlebihan

- fibroid atau cyst adalah ketumbuhan sel yang bergantung pada estrogen. Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda tidak seimbang, anda pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.

Keadaan seperti ini sangat ketara dalam mereka yang mengalami masalah PCOS yang boleh menyebabkan infertility.

Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.


Kiri: Kesan hormon Estrogen yg berlebihan


2. Lambakan xenoestrogen dalam badan

Xenoestrogen adalah 'estrogen sintetik' yang terdapat dalam persekitaran (makanan, air, kimia dari industri pertanian dan penternakan).

Dalam kata lain, ia adalah estrogen palsu dalam badan. Ia boleh merangsang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.

Dari mana datangnya xenoestrogen ini?

- phthalates (bahan dlm plastic atau getah)
- racun serangga (pesticides)
- tobacco by products


Xenoestrogen banyak terdapat di sekeliling kita.
Antaranya: Bekas makanan atau botol air plastik, lipstik, air paip, etc



3. Obesiti

- Lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan satu sistem yang kita panggil 'Endocanabinoid system'. Sistem ini akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain dan juga boleh menyebabkan silent inflammation atau radang yang tinggi dalam badan.

Ini bukan sahaja menyebabkan ketumbuhan, malah berisiko untuk mendapat pelbagai jenis kanser.


Salah satu faktor penyumbang



4. Genetik

- Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit yang sama, anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.


Kaji salasilah dan 'sejarah' keluarga anda



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa tanda-tanda fibroid atau cyst?

Kebanyakkan wanita tidak mempunyai sebarang tanda. Tak sedar pun ia wujud dalam badan kita. Tetapi, jika ia semakin aktif atau membesar, ia boleh menunjukkan simptoms tertentu.


Antara simptom-simptom fibroid /cyst adalah:
- haid yang tidak teratur / berpanjangan
- sakit perut
- sakit ketika hubungan kelamin
- perut membuncit
- pendarahan abnormal


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Perlukah operation?

Pada kebiasaannya, tidak memerlukan operation sekiranya ia tidak mengganggu dan tidak membesar. Tetapi Jika fibroid menyebabkan pendarahan yang berterusan, anda perlu melakukan pembedahan.


So? Macamana nak elakkan memandangkan kebanyakkan wanita berisiko?


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Cadangan diet yang sesuai:

1. Elakkan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti : Produk berasakan tenusu, daging merah, makanan bergoreng, makanan dan minuman bergula, salt, kafein dan alkohol.


Elak atau kurangkan memakan daging merah


2. Buahan dan sayuran segar yang mengandungi banyak phytoestrogen. Plant estrogen ini membantu kestabilan estrogen dalam badan.


Kandungan estrogen dalam buahan dan sayuran
mampu menstabilkan estrogen dalam badan manusia



3. Makanan berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan - fecal estrogen meningkat. Ini menyebabkan fungsi estrogen dalam badan lebih stabil dan mengurangkan tahap xenoestrogen dalam badan.


Lebihkan makanan yg berserat tinggi



4. Kawal berat badan


Pastikan BMI anda ideal


5. Tidak merokok atau menjadi perokok pasif.


Elakkan juga daripada menjadi passive smoker



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ok, ramai juga orang tanya : Soya produk tak bagus untuk wanita?

Banyak perbahasan tentang isu soya ini. Ada yang pro dan cont.

Beberapa kajian yang mengatakan wanita yang mempunyai fibroid tidak boleh mengambil soya kerana kandungan isoflavinoids Genistein dan Daidzein boleh menggalakkan estrogen aktiviti.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa negara seperti Jepun yang mengamalkan pengambilan soya Sebagai makanan utama mempunyai kadar penyakit kanser rahimyang sangat rendah berbanding negara yang tidak mengambil soya langsung.

(Michael T. Et al, 2012), Candangan yang mengatakan pengambilan soya adalah tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai cyst atau fibroid tidak tepat. Ini kerana isoflavinoid dalam soya mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel-sel badan yang berbeza. Soy phytoestrogen tidak mempunyai kesan meransang sel fibroid tetapi ia mempunyai kesan'anti-estrogen' di mana ia membantu mengecutkan fibroid. Tetapi, pastikan sumber soya anda adalah dari jenis soya yang tidak dimodifikasi secara genetik (non-GMO).

Walaubagaimanapun, bersederhana adalah jalan yang terbaik. Cadangan pengambilan antara 45 - 90mg soy sehari.

Soya, nuts, flaxseed mengandungi phytoestrogen yang baik.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Nutrition supplement yang dicadangkan untuk anda yang mengalami fibroid atau cyst:

1. Lipotrophic factor spt Innositol dan Choline membantu detoxification estrogen - melancarkan pemecahan lemak dibahagian hati.

2. Immune enhancing nutrient - coQ10, vitamin C, vitamin E, selenium dan zinc

3. Omega 3 (EPA + DHA) - antiinflammasi.

4. Liver enhanced detox supplements - milk thislte, dandelion dan artichoke.

5. Vitamin B - membantu proses detoksifikasi (methylation) dalam sel hati.

6. Grape seed extract - strong antioxidant dengan ORAC yang tinggi

7. Green tea - powerful antioxidant



GLA boleh ke?

- GLA adalah good omega 6 yang membantu mengurangkan randang dan membantu kestabilan hormon.
- GLA dari minyak borage adalah yang terbaik berbangin dari EPO. 
- Minyak yang kita gunakan untuk menggoreng seperti minyak jagung, corn oil dan minyak sunflower juga mengandungi omega 6 tetapi minyak jenis ini lebih bersifat pro-radang dan menyebabkan keradangan.

Hati-hati dalam penggunaan minyak yg kita goreng, kerana ini antara sebab fibroid dan cyst boleh semakin membesar.


Semoga sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.

Take care of your health.

Wanita - Anda Istimewa ;)

Luv, 
Dr. Malinda

Perkongsian daripada Dr.Malinda Mohd.Ali
(Pemilik Health & Beauty Clinic)

Diharap kita dapat pencerahan sebenarnya bagaimana terjadinya keadaan  rahim bengkak.Sebagai wanita kita kena bersedia dan jika boleh elakkan diri terus daripada mengambil makanan seperti yang diberitahu oleh Dr. Malinda tadi.




Monday, 8 September 2014

Hilangkan gastrik dan pedih ulu hati dengan supplemen Shaklee

Hilangkan gastrik dan pedih ulu hati dengan supplemen Shaklee

Bila ramadhan je, mesti dengar alasan gastrik. Jadi kawan kawan, Boleh ke gastrik hilang dengan produk Shaklee? Kali ni kita akan kongsikan ya.

Artikel Ini Akan Membantu Kawan Kawan Untuk;

 1. Mengetahui Tanda  Penyakit Gastrik. Macam Mana Nak Tahu? 

 2. Mengetahui Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Penyakit Ini


Apa Tanda Anda Menghidap Gastrik?

Menurut Tuan Haji Lokman dari pusat rawatan Al Hidayah ramai pesakit gastrik tidak menunjukkan tanda tanda mengalaminya diperingkat awal. 

Kerosakan pada dinding perut disebabkan asid perut menyebabkan gastrik. Kenapa? Bila kita skip makan, dinding perut akan mula terhakis. Antara tanda tanda awal yang memberikan petunjuk anda mempunyai gastrik

>> Sakit perut
>> Hilang selera makan
>> Rasa loya 
>> Muntah-muntah
>> Pening kepala yang berpanjangan

Kalau kawan kawan tak buat sebarang rawatan, penyakit gastrik akan semakin teruk dengan adanya ulser di perut. Cuba bayangkan, ulser dimulut pun sakit, apa lagi didalam perut? Cuba fikirkan sejenak ya..

Tanda gastrik anda semakin kronik ialah

1) Pendarahan di dinding perut

Pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam 

2) Muntah darah.

Kalau anda mempunyai tanda tanda diatas, dapatkan rawatan hospital atau pergi ke klinik segera. 

Produk Shaklee Mana Yang Sesuai Untuk Membantu Melegakan Gastrik
Sekali lagi Mazni nak ingatkan, produk Shaklee bukan ubat, dan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. 

Apa yang dicadangkan ini akan memberikan zat zat yang diperlukan badan untuk beroperasi dengan lebih baik. Bila khasiat cukup, badan mula menyembuhkan dirinya sendiri.


Antara produk shaklee yang sesuai untuk pesakit gastrik ialah

1. ) Energizing Soy Protein (ESP)
Asid dalam perut yang menyebabkan ulser akan bertindakbalas dengan ESP yang dibuat dari soya. Sifat soya berlawan dengan asid kerana ia adalah alkali. Ini akan mengurangkan kesan asid tu.

Lagi terbaik, ESP akan bekalkan badan dengan 20 jenis asid amino untuk membina sel baru dan menggantikan tisu rosak didinding perut semasa penghadaman. Jadi sekarang badan kita ada bekalan bahan mentah untuk pemulihan luka dalam perut menyebabkan gastrik. 


2.) Ostematrix

Ostematrix mengandungi Kalsium yang bersifat alkali. Sama macam makan ESP, kesan asid akan berkurangan. Ianya terdapat dalam bentuk kapsul.

3.) Vitamin B Complex

Selalunya pesakit gastrik akan dibekalkan dengan ubat tahan sakit. Ubat ni kalau digunakan dalam jangka masa panjang ada kesan sampingan. Contoh ubat tahan sakit yang biasa kita dengar ialah PONSTAN.

Menurut Dr Zubaidi, kesan mengambilnya berterusan untuk masa yang lama akan menyebabkan keradangan, luka dan kebocoran pada perut, usus kecil dan besar. Belum cerita kesan pada kulit dan buah pinggang..

Jadi cara lain nak kurangkan sakit boleh makan vitamin B complex. Ada manfaat untuk membantu melegakan ketegangan  (stress). Bila kita stress, antibodi badan akan lemah.B complex ni juga boleh membantu memulihkan sel-sel DNA manusia kembali normal.

Kalau boleh jangan bergantung harap sangat pada ubat ubatan. Produk Shaklee bukan ubatan ya, ia makanan tambahan untuk memulihara kesihatan manusia.

4.)  Peppermint Ginger Plus

Produk Shaklee ini membantu melegakan rasa tak selesa disebabkan oleh masalah penghadaman. Antara bahan bahannya ialah halia dan pudina.Jika ingin membuat supplemen ni mudah dihadamkan,hanya ambil 1-2 biji peppermint ginger ni dan masukkan ke dalam segelas air berisi air suam- suam kuku.sedia  untuk diminum..


Bila kita tahu apa penyebab gas gastrik mudah terkena pada kita,kita mampu mengubah cara pemakanan dan gaya hidup kepada yang lebih baik.Senang kata,upgrade kan kesihatan ke tahap maksima.Supplemen ni hanya sebagai bantuan dalam merawati di antara kita yang menghidap gastrik ni.

Paling penting,jaga makan minum dan lakukan senaman secara kerap dan berterusan..Jadi,apabila badan sihat,automatiknya kita akan dapat  menikmati hidup ini dengan lebih baik pada masa akan datang..Mudahkan?Jom,kita fikir-fikirkan ya..

Sehingga kita berjumpa di lain perkongsian lagi.Salam damai..