Saturday, 31 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH: 5 Khasiat Mentega Kacang yang ramai tidak tahu

5 Kebaikan Mentega Kacang Yang Anda Tidak Tahu

Mentega Kacang

Sesetengah orang tidak meminati mentega kacang kerana ianya manis dan berlemak. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama kita perolehi dan harganya mengikut kemampuan masing-masing. Tahukah anda, mentega kacang mempunyai kebaikan tersendiri yang anda tidak tahu. Jom kita lihat apakah 5 kebaikan ada pada mentega kacang ini :

1. Membina Otot

Dalam mentega kacang, terdapat protein penting untuk membina dan memperbaiki otot dalam tubuh manusia. Selain dari itu, ia dapat membantu menahan rasa lapar yang lama berbanding dengan sarapan yang lain.

2. Menjaga Kesihatan Jantung

Selain kaya dengan Protein, mentega kacang juga mengandungi lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu ini mampu melindungi kesihatan terutama jantung dari penyakit kardiovaskular. Jika pengambilan yang banyak, ia tidak berbahaya.

3. Menguatkan Tulang

Mentega kacang juga mengandungi kalsium dan megnesium yang tinggi bagi menguatkan tulang. Bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk orang dewasa dari mencegah penyakit osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.

4. Membaiki Saluran Pencernaan

Ia mengandungi serat yang baik bersama protein dan nutrisi yang lain. Jika anda mengalami masalah pencernaan, pengambilan mentega kacang juga baik untuk anda.Jangan fikir pisang sahaja boleh memulihkan pencernaan anda, mentega kacang juga boleh.

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Dengan kandungan protein, kalium, magnesium, antioksidan, serat, dan juga lemak tidak tepu sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jika kita amalkan, pasti kita kelihatan muda sentiasa.

Jadikan sarapan bersama roti dengan mentega kacang melengkapi sarapan pagi anda.

#ShakleeTenomSabah
#ShakleeMalaysia
#ShakleeMurah
#ShakleeMampuMilik

Hubungi saya Irene 0128373981
Untuk konsultasi vitamin anda dan jadilah sebahagian dari kami.

SHAKLEE TENOM SABAH:Promosi November Ini

Salam hari Ahad semua!

Hari ni nak update bermula 1 November promosi Vitamin C SR dan juga Vitalea for Children berlangsung selama sebulan.Teruja sangat nak update promosi Vitamun C SR ni.Best tau♡♡♡♡

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.

Apa yang nak saya tekankan di sini ialah sebagai pengguna setia produk ni selama 2 tahun saya mendapati walaupun vitamin c di pasaran  kebanyakkannya diperbuat daripada buah oren namun Vitamin C SR Shaklee ni eksklusif diperbuat daripada ekstrak buah jagung yang kurang berasid dan pengguna tidak akan mendapat gastrik.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee kawasan Sabah
Irene 0128373981

Wednesday, 28 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Mengapa Shaklee pilihan kami sekeluarga?

Antara bisnes yang tetap bertahan dikala ekonomi bergelombang adalah bisnes berkaitan kesihatan.

Sebab orang TERKENA penyakit tak tengok taraf ekonomi, hanya tengok cara dia menjaga diri sebelum sakit.
Bila dah sakit (ini yang saya kata try-sick), mahu tak mahu.. memang kena cari jalan untuk kembali sihat.

Walaupun vitamin Shaklee bukan ubat, namun asbab bahan bahan utamanya dari sumber semulajadi, dan ia fokus pada keperluan asas tubuh badan.. dan dah berjaya bantu ramai orang kembali sihat..orang yang sudah TERKENA penyakit akan sanggup spend duit demi nak sembuh.

Kami bukan fokus nak untung semata-mata tapi Kami fokus nak ramai rakyat Malaysia kekal sihat bebas penyakit .Syukur juga poket kami pun berjaya sihat bila bantu orang sihat.

Happy Month Of Oktober

SHAKLEE TENOM SABAH:Bagaimana OmegaGuard membantu merawat sakit sendi

Hai selamat petang dan kembali bersiaran lagi.Mengapa saya suka cadangkan pengambilan omega guard dalam set sendi? Minyak ikan ni bertindak sebagai minyak pelincir dan membantu imflamasi @ radang pada sendi.Kiranya mudah saja sambungan sendi tu nak bergerak.Bukan sahaja warga emas yang mengalami masalah ini,mereka yang kurang mengambil kalsium,mengambil kafein berlebihan pun boleh terjejas kesihatan sendi mereka.Mari saya kongsikan sedikit nota ini ya.

Sendi merujuk kepada pertemuan antara tulang-tulang di dalam badan. Empat komponen utama di bahagian sendi ini adalah tulang rawan, bendalir sinovia, tendon, dan ligamen.

Tulang rawan bertindak sebagai ‘kusyen’ yang melindungi sendi, dan membenarkan tulang untuk geluncuran antara satu sama lain.

Manakala bendalir sinovia pula bertindak sebagai pelincir dan membekalkan khasiat kepada tulang rawan.

Tendon pula merupakan struktur berserat yang menghubungkan otot kepada tulang, dan ligamen merupakan serat yang fleksibel yang mengikat tulang.

Untuk mempunyai sendi yang sihat, keempat-empat komponen ini perlulah berada dalam keadaan yang baik.

Cara yang biasa digunakan untuk merawat sakit sendi adalah dengan menggunakan UBATAN dan SUNTIKAN. Tetapi ubatan dan suntikan ini hanya dapat melegakan kesakitan dan keradangan untuk sementara  waktu sahaja. Dan pengambilan secara banyak dan berterusan boleh menyebabkan kerosakan organ-organ badan.

Selain itu, kaedah pembedahan juga turut digunakan bagi merawat penyakit ini. Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu melakukannya disebabkan kos yang mahal, dan juga akan menyebabkan pergerakan menjadi terhad selepas pembedahan.

Jika anda ingin mengelakkan cara-cara ini dan inginkan cara yang lebih selamat, jom sambung pembacaan anda!

3 Langkah ke arah sendi yang sihat

Langkah 1: Membantu Mengekalkan Tulang Rawan Yang Sihat (AJHT)

AJHT memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara, iaitu;

i- menyokong keselesaan sendi (melalui kesan daripada ekstrak Boswellia),

ii- meningkatkan kesan ‘kusyen’ (melalui kesan daripada ekstrak jagung yang kaya dengan glukosamina),

iii- memelihara tisu penyambung yang sihat (melalui kesan daripada vitamin C, zink, tembaga, dan mangan).

cara ajht shaklee bertindak

Ekstrak Boswellia yang terdapat dalam AJHT ini telah diguna secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic sejak lebih 5000 tahun dahulu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Di dalam ekstrak Boswellia ini terdapat  AKBA (Asetil-Keto-Beta-Boswellik Asid) yang merupakan agen anti-radang semulajadi. AKBA ini bertindak menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ujian klinikal mendapati bahawa ekstrak Boswellia ini dapat bertindak seawal 5 hari dan lebih berkesan berbanding jenama terkemuka lain dalam kategori yang sama.

Langkah 2: Mengurangkan Inflamasi (Omega Guard)

Omega Guard dimasukkan ke dalam set sendi sihat ini kerana kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi berbanding daripada mengambil glukosamina sahaja.

Omega-3 bertindak untuk melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ianya juga bertindak sebagai pelincir dalam membantu pergerakan yang lebih mudah.

Omega Guard Shaklee sangat berkualiti kerana 99% daripada kandungannya adalah Omega-3, berbanding dengan kapsul minyak ikan dari jenama lain yang hanya mempunyai antara 30-60% Omega-3.

Minyak ikan ini melalui pelbagai peringkat proses penyulingan yang ketat bagi membuang plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, PCBs dan lain-lain bahan pencemaran. Proses ini juga bertujuan untuk mengurangkan oksidasi dan pembentukkan lemak trans serta mengurangkan bau dan rasa ikan yang hanyir.

Langkah 3: Mengekalkan Sel Tulang Yang Sihat (OsteMatrix)

OsteMatrix Shaklee bukan hanya sekadar pil kalsium. Ianya turut dilengkapi dengan magnesium (membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya), vitamin D (merangsang penyerapan kalsium), boron (membantu dalam metabolisma tulang), serta mangan, tembaga, dan zink (mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang).

Hanya dengan 3 langkah mudah segala keperluan nutrien untuk sendi yang sihat.Cubalah hari ini dan saya menunggu testimoni anda sendiri bagaimana khasiat supplemen ini membantu anda bergerak dengan bebas.

Hubungi saya segera untuk mendapatkan vitamin untuk sendi yang bebas bergerak.
Perunding Kesihatan Shaklee anda
Irene Chew
PM/Whatapp/sms
0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia/Singapura/Brunei/Indonesia

SHAKLEE TENOM SABAH:Vitamin sihat untuk minda anak

Salam damai dan selamat petang pembaca blog entry irenevitamin.Masa kini ramai ibu bapa amat mementingkan perkembangan minda anak agar tumbuh dengan sihat dan cerdas.Saya sebagai ibu kepada 4 orang cahayamata juga mengambil supplemen yang berkhasiat seperti omega guard,mealshakes,lecithin dan juga vitamin c chewable sebagai pelengkap makanan tambahan mereka.Jom kita lihat apa kepentingan DHA kepada minda anak anda.

Kepentingan DHA Untuk Minda

Dalam kebanyakan produk makanan untuk kanak-kanak sering menekankan kepentingan DHA untuk perkembangan minda yang cerdas. Namun apakah sebenarnya DHA tersebut? Benarkah ia penting dalam tumbesaran kanak-kanak yang lebih sihat dan cerdas?

DHA (asid dokosaheksaenoik) adalah nutrisi penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik. DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh.

DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi  neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.

Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.


Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:

*Meningkatkan daya fokus

*Perkembangan otak yang baik

*Menajamkan penglihatan

*Meningkatkan sistem imun

*Mencegah ekzema

Jumlah DHA yang diperlukan oleh kanak-kanak mengikut usia:

*1 hingga 2 tahun – 100 hingga 120 miligram DHA setiap hari.

*2 hingga 4 tahun – 100 hingga 150 miligram DHA setiap hari.

*4 hingga 6 tahun – 150 hingga 200 miligram DHA setiap hari.

Makanan yang kaya DHA:

*Ikan laut seperti tuna, salmon, trout, sardin, ikan bilis mengandungi  10 hingga 100 kali lebih DHA daripada sumber makanan yang bukan berasal dari laut seperti kacang, bijirin penuh dan sayuran hijau.

TESTIMONI

Puan Norita Idris

Lecithin membantu meningkatkan daya ingatan serta sangat bagus dalam membantu proses pembuangan yang lebih lawas.

Anak-anak saya dah amalkan dengan konsisten selain dari Omega Guard Shaklee. Sangat mudah bila dua beradik dah pandai makan.

Mereka makan setiap hari 2-3 biji Lecithin, 1 biji Omega, 1-2 biji Ostematrix, 1 biji Carotomax, minum ESP+PD+Mealshake setiap pagi dan malam.

Perkongsian dari Puan Norita yang telah mengamalkan pegambilan supplemen Shaklee selama 17 tahun.

Saya sangat teruja dengan perkembangan anak saya yang semakin fokus dan bertenaga walaupun sistem ko kurikulum di sekolah amat padat dan boleh menerima pembelajaran di sekolah serta di rumah.Jika anda pernah mengalami masalah atau ingin mendapatkan set kesihatan minda cerdas ni bolehlah hubungi saya.

Perunding Kesihatan Shaklee Anda
Irene Chew
PM/whatapp/sms
0128373981
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia/Brunei/Singapura/Indonesia

Monday, 26 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH:Rawat Demam Kepialu dengan Shaklee

Apa itu Demam Kepialu @ tifoid ?

Demam Kepialu adalah satu jangkitan bawaan makanan disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi(S.typhi). Bakteria ini terdapat di dalam darah,urin dan najis pesakit dan juga najis pembawa.

Pembawa adalah seorang yang mempunyai bakteria tifoid tetapi tidak mempunyai gejala demam kepialu. Mereka ini sukar dikesan dan sentiasa mengeluarkan bakteria tifoid di dalam najis dan menjangkit kepada orang lain.

Bagaimana Penularan Berlaku?

●    Melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria Salmonella typhi
●    Melalui makanan dan minuman yang disediakan oleh pesakit dan pembawa
●    Melalui hinggapan lalat yang membawa bakteria Salmonella typhi
●    Menggunakan bekalan air yang tidak bersih

Bahaya demam kepialu ini boleh menyebabkan:

1)    Bahagian usus pesakit yang dijangkiti boleh pecah/bocor dan boleh menyebabkan pendarahan
2)    Bakteria yang masuk ke dalam sistem darah boleh menyebabkan komplikasi di organ-organ lain selain usus
3)    Boleh menyebabkan kematian jika tidak mendapat rawatan secukupnya

Tanda-tanda anda menghidapi demam kepialu

Demam kepialu mudah dijangkiti dan pesakit akan mengalami simptom seperti demam, sakit perut dan sakit kepala yang mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas,segeralah berjumpa dengan doktor dan mendapat rawatan segera.

Amalkan langkah-langkah pencegahan seperti di atas, Sebaik-baiknya masak sendiri di rumah dan dapatkan bekalan air yang bersih.

Cadangan pengambilan Shaklee bagi mencegah Demam Kepialu

Di antara langkah terbaik adalah kita senantiasa menguatkan antibodi dan badan kita dengan mengambil vitamin-vitamin yang bersifat antioksida seperti Vitamin E, Vitamin C dan Garlic.

Bagi mengurangkan risiko serangan demam kepialu ini, saya menyarankan agar anda dan keluarga perlu mengambil Vitamin E atau Vitamin C bagi tujuan menguatkan antibodi dalam jangkamasa panjang dan anda perlu menyimpan atau makan bila perlu iaitu Nutriferon iaitu suplemen yang dihasilkan khusus untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita. Bukan setakat demam kepialu sahaja, serangan bakteria dan virus lain dapat dicegah dengan pengambilan secara berterusan vitamin ini.Garlic complex pula dapat dijadikan sebagai antibodi untuk kesejahteraan secara keseluruhan.Malah serangan jerebu juga dapat dikurangkan.

Anda tak perlu risau kerana semua produk Shaklee adalah selamat dan berkesan. Tiada bahan kimia atau pewarna/perasa tiruan didalamnya. Semua produk Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi.

Jadi, sebagai ibu-bapa yang prihatin, kita perlu bertindak sebelum parah. Sebagaimana kita memberikan pendidikan kepada anak-anak agar mereka berjaya di masa hadapan, begitu juga dengan kita menjaga kesihatan mereka dengan memberikan nutrisi yang secukupnya agar mereka senantiasa sihat.

Hubungi saya perunding kesihatan Shaklee anda
0128373981 Irene
Penghantaran seluruh Malaysia

Sihat itu kekayaan

Saturday, 24 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Rawat Penyakit Kencing Tikus dengan Shaklee

Apa itu Leptospirosis atau Penyakit Kencing Tikus?

Leptospirosis atau Penyakit kencing tikus merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir leptospirosis merupakan jangkitan bakteria jarang berlaku pada manusia. Jangkitan biasanya dipindahkan kepada manusia apabila air yang dicemari dengan air kencing haiwan menyentuh bukaan pada kulit, mata, atau dengan selaput lendir.

Sumber:wiki

Tanda-tanda/Komplikasi Penyakit kencing Tikus

■    Sakit kepala yang melampau
■    Demam
■    Sakit otot dan sendi
■    Mata merah
■    Leher tegang
■    Kerosakan hati
■    Pendarahan usus dan peparu
■    Denyutan jantung yang tidak sekata atau kegagalan jantung
■    Kegagalan fungsi buah pinggang R
■    Ruam kulit
■    Loya, muntah, sakit di bahagian abdomen dan cirit- birit

Rawatan untuk penyakit kencing tikus

●    Menghentikan ejen penyebab dan melawan semua komplikasi yang mungkin berlaku Antibiotik dan penicilin mungkin diperlukan
●    Glucose dan larutan garam atau dialisis(bagi yang berada di tahap kritikal)
●    Penjagaan organ secara spesifik sangat penting seperti buah pinggang, jantung atau hati.

Kaedah mengurangkan risiko kepada penyakit kencing tikus

●    Cuci tutup tin minuman dengan bersih sebelum minum atau sentuh

●    Biasakan diri untuk mencuci bersih semua peralatan seperti sudu dan garfu, pinggan mangkuk dan cawan sebelum digunakan

●    Amalkan menjaga kebersihan setiap masa

●    Bersihkan diri setiap kali selepas melakukan aktiviti luar

●    Jaga kebersihan rumah dan persekitaran tempat tinggal anda

Sekarang ni ada bermacam jenis penyakit dan virus..apakata anda kuatkan tahap imunisasi badan dengan NutriFeron Shaklee..tapi sebelum tu jom baca tentang Nutriferon Shaklee yang sangat hebat ni..

Nutriferon shaklee, tingkatkan sistem imun, tingkatkan antibodi tubuh

Apa itu Nutriferon?

Nutriferon ialah vitamin penggalak sistem imun tubuh @ immune booster. Ianya merupakan vitamin yang sanagt hebat dan sangat berkesan, ia telah melalui satu set ujian-ujian saintifik yang sangat ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Masih ingatkah pada pelawak terkenal Din Beramboi yang meninggal dunia disebabkan oleh virus kencing tikus. Simptom yang dianggap biasa sahaja hingga menyebabkan kematian.

Memang Leptospirosis boleh membawa maut apabila sistem pertahanan dalam badan kita menjadi lumpuh.

Mencegah lebih baik kan.

Sejarah Nutriferon

Nutriferon dicipta oleh ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima. Beliau merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954.

Nutriferon ni untuk siapa?

Sangat sesuai untuk anda semua yang sering jatuh sakit, demam , selsema, demam ,menghidap kanser, asma… tetapi harus diingat yang produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh sebarang jenis penyakit.

Cara Nutriferon bertindak

Nutriferon membantu mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan juga menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan.

Vivix Agen antioksidan berkuasa

Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Katanya, Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya.

Vitamin C 500mg (sustained released)

Membekalkan anti oksidan semulajadi dengan mengekalkan integriti sel.Selain itu dengan pengambilan vit c ini juga dapat memperbaiki salur darah.

Apabila anda atau ahli keluarga mengalami masalah virus kencing tikus ni segera lah ke hospital yang berdekatan dan boleh berikhtiar mengambil supplemen Shaklee ni.

Hubungi saya Perunding kesihatan Shaklee anda Irene 0128373981

#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
#ShakleeMurah
#shakleeMampuMilik

Friday, 23 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Khasiat Timun kepada kesihatan

14 Khasiat Timun Untuk Kesihatan Anda

Timun adalah makanan seharian yang penuh khasiat dan boleh digunakan dalam pelbagai masakan atau boleh
dimakan mentah begitu sahaja. Bila anda membeli timun pilih yang keras dan berwarna hijau gelap untuk
mendapatkan kesegaran timun.

Timun memberikan khasiat seperti berikut:

1) Khasiat Timun Menghidrasi Badan Anda .

Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun,
ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timun mengandungi 90% air.

2) Khasiat Timun Menghilangkan Panas Badan dari Luar dan Dalam.

Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn.

3) Khasiat Timun Membuang Toksin Dari Badan.

Cecair yang ada dalam timun bertindak seperti penyapu,
menyapu keluar segala toksin dari badan anda. Amalkan
makan timun selalu untuk menghilangkan batu dalam buah pinggang (kidney stone).

4) Khasiat Timun Membekalkan Keperluan Vitamin Harian Anda

Timun mempunyai sebahagian besar vitamin yang diperlukan oleh badan dalam sehari. Timun mengandungi vitamin A, B dan C, yang meningkatkan sistem imun badan, memastikan anda berseri dan memberi anda tenaga.
Jadikan timun lebih berkuasa dengan membuat jus timun
campur bayam dan lobak merah. Jangan buang kulit
timun kerana ia mengandungi kira-kira 12% keperluan vitamin C harian anda.

5) Khasiat Timun Membekalkan Mineral Mesra Kulit

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa
yang berasaskan timun.

6) Khasiat Timun Membantu Dalam Penurunan berat
badan dan Penghadaman

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang
rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-
orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt rendah lemak. Mengunyah timun memberikan rahang anda senaman yang baik dan serat di dalamnya baik untuk
penghadaman. Ambil timun sebagai makanan harian
sebagai bantuan untuk sembelit kronik.

7) Khasiat Timun Memulihkan Mata

Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan
biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh
membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan
keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

8) Khasiat Timun Melawan Kanser

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari,
payudara, prostat dan kanser rahim.

9) Khasiat Timun Menyembuhkan Kencing Manis, Mengurangkan Kolesterol dan Mengawal Tekanan Darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan
tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium
yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

10) Khasiat Timun Menyegarkan Mulut

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan
menyegarkan sakit gusi.
Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk
menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang
bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

11) Khasiat Timun Menyihatkan Kuku dan Rambut

Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

12) Khasiat Timun Untuk Kesihatan Sendi, Melegakan
Artritis dan Sakit Gout

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang
menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan
mengurangkan tahap asid urik.

13) Khasiat Timun Menyembuhkan mabuk (hangover)

Untuk mengelakkan sakit kepala pagi atau mabuk
(hangover) anda boleh makan beberapa keping timun
sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan tahap kedua-dua mabuk dan sakit kepala.

14) Khasiat Timun Menjaga Kesihatan Buah Pinggang

Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini mengekalkan menjadikan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

SHAKLEE TENOM SABAH: Motivasi Hari Jumaat

Gembira hari ni sebab hujan di kawasan tempat tinggal saya sekeluarga di Kg.Paal Seberang Tenom Sabah dirahmati Tuhan Semesta Alam dengan hujan rahmat. Percayalah,setiap hari pasti akan berlaku keajaiban. Jangan gundah hati kita dan tetaplah percaya!
Terima kasih Tuhan������

012-8373981 Irene
Perunding kesihatan Shaklee anda

#SayaPengedarSahShaklee #WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect
#ShakleeMurah
#shakleeMampuMilik
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE

Tuesday, 20 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Jangan Berdengkur Lagi

VITAMIN E ~~dapat mengurangkan DENGKURAN SEMASA TIDUR (SNORING)

♥VITAMIN E mempunyai antioksida dan membantu proses pengangkutan oksigen dalam darah.
♥Ia mampu untuk mengatasi masalah dengkuran dengan membantu melancarkan saluran pernafasan semasa tidur.
♥Vitamin E membolehkan hemoglobin dalam sel darah merah untuk membekalkan oksigen ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.

**  ISTERI-ISTERI yang mempunyai SUAMI yang mengalami  MASALAH BERDENGKUR boleh memberikan suami anda ♥VITAMIN E SHAKLEE untuk mengurangkan gsngguan semasa tidur anda berdua...Masalah dengkuran boleh mengganggu kualiti tidur pasangan.

Jika masalah ini dibiarkan berlanjutan, ia juga boleh menjejaskan hubungan anda pada masa akan datang...bunyi macam remeh, tapi tahukah anda ada Statistik yang menunjukkan perceraian berlaku akibat masalah pasangan yang berdengkur semasa tidur!

         Vitamin E adalah vitamin larut lemak dan antioksidan. Ini bermakna ia diserap oleh lemak atau lipid dalam sel-sel anda. Sebab itu Vitamin E dikenali sebagai vitamin antioksidan "fat-loving".

Vitamin E Shaklee diperbuat dari :

● Minyak kacang soya
● Minyak biji gandum yang KAYA dengan Vitamin E8 jenis Vitamin E (d-alpha,beta,gama,delta)
● Mengandungi
10mg SELENIUMsemulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih baik.
● Yang terbaru, GRAPE SEED EXTRACT.

Bagaimana caranya untuk mengenalpasti samada Vitamin E tu semulajadi atau sintetik?

Ada beberapa cara untuk mengenal antara vitamin sintetik atau vitamin semulajadi.

Satu kajian di bawah lampu polarized dibuat. Jika cahaya dipancar pada vitamin asli, akan sentiasa membengkok ke kanan yang mana biasa kita akan jumpa vitamin asli akan tertulis'd' (representing dextro means right). 

Manakala jika cahaya yang sama dipancarkan, akan terbahagi kepada 2, ke kiri dan ke kanan jika vitamin itu adalah sintetik. Sebab itulah vitamin sintetik biasanya tertulis 'dl' (sintetik)kerana ianya separuh 'dextro' (right) dan separuh 'levo' (left). Cuba tengok vitamin E shaklee ada tertulis 'd' kan maknanya ianya asli.

Kalau lihat botol, Vitamin E Shaklee adalah D-alfa tokoferol (semulajadi).Jika vitamin itu tertulis DL-alfa tokoferol bermakna ianya adalah sintetik.

Selain semulajadi, antara kelebihan atau keistimewaan Vitamin E Shaklee berbanding jenama lain ialah ianya mengandungi selenium.

Apa sebenarnya fungsi Selenium? Kenapa Selenium ni perlu ada dalam vitamin E?

Selenium mempunyai 3 fungsi utama iaitu:

1. Selenoprotein (Selenium + Protein)

Berikut adalah 7 perkara selenoproteins lakukan untuk tubuh anda :

■ Membantu dalam pengeluaran glutation.Glutation adalah penting kerana ianya merupakan pertahanan antioksida semula jadi badan anda daripada radikal bebas.

■Melindungi sperma dari kerosakan oksidatif (radikal bebas).

■ Berfungsi sebagai penciptaan semula beberapa antioksida termasuk Vitamin C.

■ Selenium terlibat dengan thioredoxin, iaitu sangat berguna untuk individu yang mempunyai masalah gatal-gatal pada kulit tanpa mengetahui punca kegatalan tersebut.

■Membantu dalam peraturan hormon tiroid dengan bertindak sebagai "pengantara" antara 2 hormon tiroid iaitu menukarkan hormon T4 yang tidak aktif menjadi hormon T3 yang aktif.

■Membantu dalam penciptaan Selenoprotein P. Selenoprotein P membantu melindungi sel-sel badan yang membentuk saluran darah, jantung dan sistem peredaran darah.

■ Selenoprotein P berfungsi melawan radikal nitrogen iaitu sejenis radikal bebas yang menyerang sel-sel sistem peredaran darah.

■Berfungsi dalam penghasilan sperma (spermatogenesis)Berfungsi sebagai anti radang dan tindak balas imun.

** Get at least 55 mcg of selenium per day but no more than 400 mcg per day.

2. Antioksidan

Selenium bertindak balas dengan natural antioksidan yang terdapat dalam badan kita iaitu Gluthathione.

3. Disease Prevention

Selenium memberi signal kepada Cytokines iaitu sel penggera untuk sistem immuniti bekerja.

Vitamin E yang baru telah diformulasikan dengan "grape seed".

Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan untuk memelihara kecantikan.

Yang paling best, grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul ..

Melambatkan penuaan :

Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain).

OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Apa lagi kelebihan ekstrak biji anggur ni?

¤ Mengurangkan risiko kanser dan strok
¤ Mengurangkan hipertensi (tekanan darah tinggi) dan melancarkan peredaran darah.
¤Mengurangkan aterosklerosis (pengerasan arteri)
¤Meningkatkan pembakaran kalori
¤Menyuburkan organ-organ dan otot, membantu mereka bekerja dengan lebih berkesan.
¤Meningkatkan ketahanan fizikal".

Anda perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg (150 IU) sehari tapi tidak melebihi 1000mg per day (1500 IU)" - Dr Bruce Miller

Sebiji vitamin E mengandungi 400iu....semulajadi dan dilengkapi selenium. Banyak betul kelebihan vitamin E Shaklee ni. Sebab tu, ia antara produk terlaris terutamanya untuk kecantikan kulit dan masalah kesuburan.

Secara asasnya, ada beberapa panduan lain untuk mengenalpasti vitamin E yang terbaik di pasaran. Tak semestinya Shaklee...Anda bebas untuk memilih jenama pilihan anda sendiri.

Antara garis panduan pemilihan Vitamin E ialah:

1. Pilih Vitamin E yang bersumber semulajadi. Jika ada huruf d kecil (d-alfa tocoferol) menunjukkan ia sumber semulajadi manakala jika ada satu huruf 'l' or 'dl' menunjukkan ia sumber tiruan or kimia. (Boleh rujuk pada label)

2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.

3. Pilih Vitamin E yang ada selenium

Sumber semulajadi adalah lebih baik kerana ia lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber kimia/tiruan.

Kriteria di atas dipenuhi oleh jenama Shaklee. Anda pilih vitamin E jenama apa?

Hubungi saya untuk konsultasi kesihatan anda.Saya akan bantu anda menyelesaikan masalah yang melanda aktiviti tidur anda selama ini

0128373981 Irene
ig Irene8516
fb Irene Chew
fanpage fb Vitamin Irene

#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
#ShakleeMurah
#shakleeMampuMilik

Penghantaran poslaju seluruh Malaysia / Brunei / Singapore / Indonesia

SHAKLEE TENOM SABAH : VITAMIN E Semulajadi

Tahukah anda  untuk mendapatkan khasiat 400IU Vitamin E ( bersamaan dengan sebiji kapsul Vitamin E Shaklee) anda perlu makan:
<< 1 kilogram gandum
<< 500ml minyak safflower
<< 8kg badam
<< 500g badam

Macam mana nak telan semua ni kan..Nasib baik ahli saintis di Shaklee telah menemui penemuan istimewa ni kan.Ekslusif lagi!

Nak dapatkan sebotol hari ini?Saya bagi lagi sebotol buat cik adik,Cik kak dan cik abang untuk mendapatkan khasiat ekslusif Vitamin E ni.Jangan lepaskan peluang ya..sehingga akhir Oktober ini sahaja,kerana jualan penghabisan stok....

#VitaminEComplex!
#VitaminCintaSayang!
#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE
#ShakleeMurah
#shakleeMampuMilik

Pm/Whatapp 012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia / Brunei / Singapore / Indonesia

Kunjungi kedai online saya
♡ wwwirenevitamin.blogspot.com ♡

Thursday, 15 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Mengapa Minyak Ikan diberi di Klinik Swasta berbanding klinik kerajaan?

Salam damai dan kembali bersiaran lagi...Petang ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman Dr.Hana iaitu pakar kanak-kanak di salah sebuah klinik kesihatan kerajaan yang menyatakan mengapa minyak ikan diberikan kepada ibu mengandung seawal usia kandungan 3 bulan sehingga 7 bulan iaitu pada trimester kedua dan ketiga.

Kebanyakan klinik swasta memberikan preskripsi vitamin termasuk minyak ikan manakala di klinik kerajaan ibu hamil hanya dibekalkan dengan vitamin mengikut kesesuaian ibu hamil seperti ferrous fumarate,B complex,magnesium.Minyak ikan tidak dibekalkan oleh kementerian kesihatan disebabkan oleh faktor kos yang agak mahal.Berikut saya sertakan di sini perkongsian dari Dr Hana.

PRIVATE LEBIH CANGGIH?

Klient hamil saya yang ada checkup di private, biasanya akan menerima antenatal supplemen yang lebih "canggih" sedikit berbanding di klinik kesihatan kerajaan. Antara supplemen yang mereka dapati dari private hospital, adalah fish oil seperti Neurogain.

.
Kajian memang menunjukkan Omega-3 diperlukan untuk pembentukan neurologi (termasuk otak) serta perkembangan visual (penglihatan) bayi dalam kandungan. Ketika mengandung, dijangka ibu akan kekurangan Omega-3 kerana banyak yang disalurkan kepada bayi dalam rahim.

.
Selepas bersalin, Omega-3 (terutamanya DHA dan EPA) turut menjadi antara "ramuan" penting untuk penghasilan susu badan yang berkualiti, yang akan terus merangsang perkembangan otak dan visual si bayi yang menyusu. Tanpa pengambilan yang mencukupi, Omega-3 akan terus berkurang dan berkurang dalam badan si ibu, apatah lagi bila ia mengandung, menyusu, mengandung, dan menyusu silih berganti.

.
Omega-3 banyak terdapat di dalam ikan seperti sardin, herring, salmon dan sebahagian ikan lain. Tetapi ikan segar dari laut kadangkala dicemari toksin seperti merkuri yang merbahaya terutama untuk ibu mengandung. Atas faktor ini, American Pregnancy Association mencadangkan supaya Omega-3 diambil dari PURIFIED FISH OIL SUPPLEMENTS.

.
Kerana faktor kos, klinik kesihatan kerajaan tidak memberikan fish oil supplements secara rutin. Tapi, saya amatlah menggalakkan pengambilan Omega-3 purified fish oil sebagai salah satu supplemen ibu hamil & ibu menyusu sekalian, kerana banyak research membuktikan pengambilan Omega-3 oleh ibu hamil memberikan efek positif terhadap perkembangan kognitif dan visual bayi selepas lahir

-Kredit Sharing Dr Hana -

Bulan Oktober ni berlangsung lagi promosi omega guard beli 6 botol percuma sebotol @ boleh juga membeli dengan diskaun 5 % dengan 2 botol sahaja.Sungguh jimat dan berbaloi dengan nilai wang.

#SayaGunaSayaJual
#shakleeTenomSabah
#SayaPengedarSahShaklee
#WHAMSHAKLEE
#shaklee_effect

♡ kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia

Wednesday, 14 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Pelembut Kain Terbaik Shaklee

Soft fabric concentrate Shaklee
Harga runcit : RM 40.00
Harga ahli     : RM 32.00
Size: 32fl

Anda masih mencari Pelembut pakaian yang betul - betul wangi dan mampu mengelakkan kain daripada kedut yang melampau setelah mencucinya dengan mesin basuh?Jangan risau,teknologi R & D Shaklee mampu menghilangkan kegusaran anda..Dulu saya pun begitu,bila cari di supermarket dan kedai biasa pun kena teliti..Nak lagi kena sesuaikan dengan budget..Hehe..ni la salah satu mengapa I love Shaklee♡♡♡

♡ Melembutkan Pakaian

Pekatan Pelembut Fabrik (Soft Fabric Concentrated) yang berbau harum ini jauh lebih berkesan daripada produk lain dalam mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan akibat kesan statik. Dengan rumusan kepekatan tinggi, ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah anda dapat merasai perbezaannya dengan sentuhan.

    Berkepekatan tinggi iaitu 32 auns berupaya melembutkan 64 cucian.
    Melembutkan, mengurangkan kedut dan mengawal
    pelekat statik dengan semulajadi
    Mudah dibawa, dituang dan disimpan

Perbezaan Shaklee dengan jenama lain di pasaran

Selamat

    Tidak bertoksik
    Sesuai untuk semua jenis fabrik yang boleh dibasuh
    Tanpa bahan kimia berbahaya
    Tanpa gas beracun
    pH yang seimbang

Berkesan

    Berpekatan tinggi – bagi 64 cucian
    Hanya ½ aun diperlukan untuk setiap cucian
    Kurangkan kedutan dan kesan statik

 
Mesra Alam

    Ramuan Semulajadi
    Tanpa Fosfat
    Tanpa bahan perwarna
    Bungkusan yang boleh dikitar semula
    Selamat untuk sistem septik dan pembentangan

Petua berguna

Gunakan Pekatan Pelembut Fabrik untuk cucian dengan mesin basuh. Ia boleh menjadikan pakaian lebih lembut berbanding sebelumnya dan mengelakkan pakaian daripada berkedut atau melekat pada badan.

Ujian prestasi tersebut dijalankan pada 20hb Jun 2006 dan hanya sah terhadap produk tersebut yang dipasarkan pada masa itu.

Kalau anda ingin mencuba produk bermutu ni,jangan lupa whatsapp saya ataupun sms di nombor ini
012-8373981
Irene...
Saya akan bantu anda menjadi pengguna bijak!!

Monday, 12 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH : Cinch Shake Mix bantu lebih Langsing & Sihat

Tahun 2015 hampir melabuhkan tirainya tidak berapa lama lagi..Kira-kira 2 bulan saja untuk kita merealisasikan,sebuah azam tentang mendapatkan bentuk badan yang langsing dan sihat secara semulajadi ya,bukan yang langsing cepat tetapi mempunyai pelbagai side effect berbahaya kepada nyawa dan kesihatan.

Kelebihan produk Shaklee berbanding dengan produk kurus badan yang lain:

Mengandungi nutrien yang mencukupi.
Membantu mengawal kelaparan dengan baik
Melindungi, membina otot dengan meningkatkan jisim otot tanpa lemak
Indeks glisemik yang rendah.
Membakar lemak dan meningkatkan tenaga
Menyokong metabolisma optimum
Penggunaan bahan-bahan asli bebas GMO.
Mengandungi makro & mikro nutrien penting.
Diuji secara klinikal

Untuk Tempahan Produk Dan Konsultasi Percuma
Sila Pm/Whatsapp  SEKARANG

Irene 0128373981
wwwirenevitamin.blogspot.com

Thursday, 8 October 2015

SHAKLEE TENOM SABAH :Ingin mengurangkan berat badan walaupun masih menyusukan bayi?

Salam sejahtera semua...
Entri kali ni saya nak ceritakan serba sedikit agen penurun berat badan semasa masih menyusukan bayi.Kurus,sihat & bertenaga inilah nilai yang diidamkan wanita di luar.Banyak produk kesihatan lain menawarkan produk pelangsingan  namun dikuatiri mengandungi bahan berbahaya yang boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi.Jangan risau,Shaklee ada jalan penyelesaiannya yang dapat membantu mengurangkan inci dan lebihan lemak-lemak yang tidak diingini.

Set Kurus Shaklee Terbaik Untuk Ibu Menyusu

BERITA BAIK untuk ibu-ibu yang masih breastfeeding tetapi mempunyai masalah untuk kuruskan badan. Shaklee menyediakan beberapa suplemen yang boleh membantu ibu-ibu kembali langsing serta mendapatkan berat yang ideal dan kekal sihat. Kurus dengan cara yang sihat, dalam masa yang sama susu badan tidak berkurang dan mudah-mudahan semakin bertambah.

Kenapa saya katakan set kurus shaklee terbaik untuk ibu menyusu?

Set ini membantu menurunkan berat badan yang berlebihan secara selamat dan efektif.
Alfalfa dan ESP juga bertindak sebagai milkbooster  @ penggalak susu dan mampu membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu. Jadi tak perlu risau susu berkurang atau merudum sewaktu mengambil set kurus shaklee ini.
Alfalfa membantu masalah sembelit tetapi ibu-ibu hendaklah konsisten minum air 2-3 liter sehari.
Bonusnya, ibu-ibu lebih bertenaga, kulit semakin cantik dan berseri selepas mengambil set kurus shaklee ini

Bagaimana Set Kurus Shaklee ini berfungsi?

● Lecithin – berfungsi membakar lemak berlebihan dalam badan
● Alfalfa – berfungsi sebagai detox untuk menyingkirkan toksin berlebihan serta membuang lemak yang telah dipecahkan dan turut bertindak sebagai milkbooster
● ESP – protein soya terbaik yang membantu ibu merasa kenyang, membantu pembakaran kalori 35% lebih tinggi dan merupakan milkbooster terbaik untuk ibu menyusu

Kombinasi Lecithin + Alfafa + ESP merupakan set kurus yang TERBAIK dan BERKESAN untuk ibu-ibu menyusu yang ingin kuruskan badan dan dalam masa yang sama meneruskan misi penyusuan sehingga anak 2 tahun.Sangat berbaloi dengan pelaburan wang yang anda belanjakan kerana ianya berkualiti,tiada bahan kimia berbahaya,selamat dan sangat mesra alam!

#SayaPengedarSahShaklee
#shakleeTenomSabah
#Shaklee_effect
#WHAMSHAKLEE

kedai online saya ♡
wwwirenevitamin.blogspot.com
012-8373981 Irene
Penghantaran poslaju seluruh Malaysia